Skincare Apa Tu? | Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask Hilangkan Kendur Di Wajah

By Izaramli - January 25, 2019

Assalamualaikumn!

Hello readers! Hari ni Iza nak share dengan korang produk yang Iza baru cuba dari ID.AZ. Kalau korang ingat sebelum ni pun Iza pernah share tentang ID.AZ Dermastic Clay Mask yang best tu. So kali ni Iza nak share sleeping mask dia yang best jugak. 

FACE FIT CU-V TENSIONING SLEEP MASK


Iza ni memang tak pernah pakai sleeping mask. So macam excited jugak la nak cuba. Nak-nak pulak bila tau produk ni boleh menegangkan kulit. Mana tau kotla boleh dapat bentuk V ke muka kan? Sebelum Iza lompat ke review, Iza share dulu apa benefit yang kita boleh dapat bila pakai sleeping mask ni.


Fungsi Utama Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask
#1 Memperbaiki kepadatan kulit
#2 Memperbaiki muka kendur
#3 Menegangkan kulit muka
#4 Anti-penuaan

Semuanya berunsurkan tegang dan padat belaka sleeping mask ni. Sleeping mask ni bukan setakat menggalakkan pelangsingan dengan fungsi mengukuh malah boleh membantu melembutkan kedutan dengan meningkatkan pembentukkan elastin dan membantu mengekalkannya. Dengan adanya Sodium Deoxycholate (SDC) dalam sleeping mask ni boleh membantu melembut dan menegangkan kulit muka serta memecahkan lemak pada kulit muka.


Korang boleh check out ingredient best dalam Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask kat bawah ni:

Water, Butylene Glycol, Squalene, Alcohol Denat., Butyrospermum Parkii (Shea) Butter, Glycerin, Hydrogenated Poly (C6-14 Olefin), Chondrus Crispus Extract, Saccharum Officinarum (Sugarcane) Extract, Glyceryl Stearate, Caprylic/Capric Triglyceride, Caprylic/Capric/Myristic/Stearic Triglyceride, Macadamia Integrifolia Seed Oil, Niacinamide, PEG-40 Stearate, Cetearyl Alcohol, Cyclopentasiloxane, Argania Spinosa Kernel (Argan) Extract, Anemarrhena Asphodeloides Root Extract, Curcuma Longa (Turmeric) Root Extract, Prunella Vulgaris Flower/Leaf/Stem Extract, Tagetes Erecta (Marigold Flower) Flower Extract, Dioscorea Japonica (Yam) Root Extract, Morus Alba (White Mulberry) Root Extract, Salvia Officinalis (Sage) Extract, Pentylene Glycol, Synthetic Beeswax, Cyclohexasiloxane, PEG-100 Stearate Polyacrylate-13 Polyisobutene, Palmitic Acid, Caprylyl Glycol, Stearic Acid, Tocopheryl Acetate, Adenosine, Polysorbate 20, Sorbitan Isostearate, Sodium Deoxycholate, Myristic Acid, Arachidic Acid, Lauric Acid, 1,2-Hexanediol, Sorbitan Laurate, Oleic Acid, Sodium Cocoyl Glutamate, Hydroxyethylcellulose, Acetyl Dipeptide-1, Cetyl Ester Alcohol, Carbomer, Disodium EDTA, Phenoxyethanol, Fragrance


My Review
Selepas selama dua minggu Iza cuba produk ni Iza dapat rasakan yang kulit muka Iza lebih elastik. Part hilangkan kedutan tu Iza perasan jugak. Nampak berkurang sikit dekat area tepi mata dengan tepi mulut bila senyum. So far Iza pakai tak ada la tumbuh jerawat kecik-kecik tu. Means sesuai la dengan kulit muka Iza.


Iza cuba jugak ukur bawah dagu Iza boleh dapat bentuk V ke tak and yes berkurang dalam 2cm. Macam tak percaya pulak. Harapnya betul la yang Iza ukur tu. Tu baru pakai dua minggu. Kalau pakai sebulan? Slim la muka Iza gitu.


Tekstur dia agak pekat kalau compare dengan moiturizer. Bau dia wangi tapi tak kuat sangat so just nice je bila nak sapu kat muka. Iza pakai sleeping mask ni pada step terakhir skincare routine Iza setiap malam. Kadang-kadang lepas moisturizer and kadang-kadang Iza skip moisturizer and gantikan dengan sleeping mask ni je. Nama pun sleeping mask kan? Ofcourse la pakai sebelum tidur. Packaging dia pulak sangat sturdy and nampak eksklusif sangat


Sangat sesuai untuk semua jenis kulit kecuali yang sensitif pada alcohol and fragrance. Korang kena take note ni ya. Nanti sayang je beli-beli tak boleh nak pakai pulak. Untuk korang yang rasa produk ok untuk korang and nak cuba, korang boleh check out details dekat bawah ni and sekarang Watsons ada promo tau. So check out cepat:

Harga: RM 199.00
Instagram: @idplacosmetics_my

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *
(Disclaimer: All the products was given to me for review and this is my honest review. The product might works well on me but not on yours.)

  • Share:

You Might Also Like

0 comments