Makan Apa Tu? | Me Famiglia Restoran Makanan Itali Tersorok Di Kepong

By Izaramli - February 08, 2019

Assalamualaikum.

Hello readers! Hari ni Iza nak share dengan korang tempat makan makanan Itali yang korang patut cuba. Me Famiglia atau nama lamanya La Famiglia, restoran Itali yang bertempat di Kepong ni mungkin ramai lagi yang tak tau. Restoran ni dalam proses rebranding sebenarnya. Logo dan menu mungkin akan ada sikit perubahan lepas ni. Tapi apa-apa pun jom Iza tunjuk makanan apa yang Iza dah cuba dekat sini.


Kalau dah namanya pun restoran Itali, jangan la pulak korang nak order nasi goreng kampung ok? Nanti buat orang marah je. Bagi korang yang suka makan western macam Iza ni mesti korang akan suka restoran ni.



FETTUCINE AL-FUGHO (RM 19.50)

Bila kita makan fettucine mesti kita akan makan dengan carbonara kan? Too mainstream untuk Iza and husband. So kitorang decide makan Fettucine Al-Fugho ni. Gabungan pasta yang di masak dengan  campuran cendawan dan sos putih berkrim. Lepas kitorang order macam terfikir jugak la sedap ke tak sebab dia masak dengan cendawan je. Tak ada ayam or daging. Tapi lepas kitorang rasa Fettucine Al-Fugho ni memang terbaik.


Rasa sos putih dia memang betul-betul berkrim. Rasa dia bukan rasa krim yang kita cepat muak tu. Tapi rasa krim yang sedap. Perasa dia memang complete. Even makan dengan pasta pun masih terasa rasa krim dia. Kadang-kadang kalau makan pasta berkuah ni, rasa kuah sedap tapi bila makan sekali dengan pasta jadi tawar. Tapi yang ni tak.


Selain Fettucine Al-Fugho, ada jugak pasta lain yang korang boleh cuba. Kotla korang tak suka cendawan kan. Fettucine Carbonara pun ada je and ada jugak pasta yang korang tak pernah dengar tapi mungkin korang teringin nak cuba.



IL FAMILIA PIZZA

Selain dari pasta, pizza pun antara makanan yang famous dekat Itali. So kalau korang pergi restoran yang serve makanan Itali, korang patut cuba pizza jugak. Dekat Me Famiglia ni pun ada macam-macam jenis pilihan pizza. Sampai kitorang pun tak tau nak pilih yang mana. Tapi sebabkan Il Familia Pizza ni ada mention chef 's specialty, so kitorang decide nak makan yang ni.


Bila pizza sampai, bau dia menusuk kalbu betul. Bau roti pizza dengan topping atas pizza tu buat kitorang tak sabar nak rasa pizza tu. Rasa sos yang dia jugak atas pizza dengan topping pizza ni sumpah sedap. Iza rasa ni pizza handmade paling sedap Iza pernah rasa. Anak Iza yang memilih makan pun suka makan pizza ni. Rasa dia memang terbaik. Pizza dia tak terlalu tebal so tak cepat muak bila makan.


Kalau korang nak tau semua pizza kat sini dorang buat on the spot. Korang order baru dia buat. So akan ambil masa sikit la nak siap. Fresh dari oven gitu. Ada banyak lagi pizza menarik yang teringin nak cuba. Next time datang boleh cuba yang lain pulak.


GARLIC BREAD (RM 4.00) & SOUP OF THE DAY - POTATO SOUP (RM 5.50) 

Kalau makan garlic bread mesti kita akan terfikir sup kan? Sup cendawan la biasanya. Tapi hari yang Iza and datang untuk review makan tu adalah hari untuk sup kentang. So kitorang order je sup kentang tu.



Iza suka garlic bread dekat sini sebab garlic butter yang disapu atas roti tu memang sedap. Rasa masin-masin garlic tu rasa kat seluruh roti. Makan macam tu pun sedap dah bagi Iza.



Sup kentang tu pulak bagi kitorang a bit mild. Tapi memang macam tu la pun rasa sup kentang, Dia tak masin sangat. Betul-betul rasa kentang. Tapi bila korang makan dengan garlic bread korang akan rasa sup kentang tu lagi sedap. So Iza memang suggest kalau korang order sup kentang, korang kena make sure order garlic bread jugak.


Ada jugak sup dengan roti lain yang lebih fancy untuk korang cuba and nampak macam mennarik jugak. Maybe korang korang boleh cuba yang tu kalau rasa garlic bread ni mainstream.


CLASSICO E'TIRAMISU (RM 9.90)

Kalau korang datang makan kat sini, Iza sangat recommend korang untuk cuba Classico e'Tiramisu ni. The best tiramisu cake yang Iza pernah try. Iza bukan la penggemar coffee. Tapi tiramisu cake ni memang terbaik. Cukup rasa dia punya tiramisu cake ni. Rasa pekat yang sedap.



AISKRIM (RM 5.20) & ITALIAN SODA (RM 7.00)

Bila makan tu biasala kita ni suka ada pemanis mulut. So kitorang order aiskrim yang anak Iza pun boleh makan jugak. Aiskrim vanilla memang favorite Iza and anak. Aiskrim kat sini presentation dia fancy betul Anak Iza kemain excited nak makan aiskrim.


Air pulak kitorang saja nak cuba yang lain sikit. Kitorang order Italian Soda Strawberry dan Italian Soda Blackcurrent. Memula ingat nak ambil ice blended tapi takut nanti kenyang sangat pulak sebab nak rasa banyak makanan. Memandangkan ada perkataan Italian tu yang buat kitorang tertarik nak order. Rasa dia gassy sikit sebab ada soda but overall sedap.



Overal Review
Masa memula sampai area kedai ni, kitorang macam musykil ada ke restoran Itali dekat sini. Sebab kawasan dia agak sibuk and banyak kedai makan makanan cina. Tapi ada terselit restoran Itali dekat sini. Kalau orang tak tau memang tak datang area sini. Me Famiglia tak ada serve alcohol atau pork dan sumber makan dari kedai halal. So korang tak perlu risau nak makan kat sini walaupun di keliling kedai yang tak halal.


Antara semua menu yang Iza dah cuba, Il Familia Pizza tu menu paling favorite untuk kitorang 1 family. Kalau nak ikutkan ranking dari atas Il Familia Pizza, Fettucine Al-Fugho, Claasico e'Tiramisu then baru Garlic Bread & Potato Soup.


Bagi Iza harga dia a bit pricey tapi untuk rasa dia yang sedap macam ni, harga akan jadi nombor 2. Bab makan ni, Iza and husband memang particular sikit especially rasa makanan tu. Kalau memang sedap kitorang ok je nak spend duit lebih sikit.

Baca dekat sini boleh buat korang lapar je. Apa kata korang cuba sendiri makan dekat Me Famiglia ni. Lepas ni kalau lalu area Kepong boleh la singgah makan dekat sini. Check out details dekat bawah:

Alamat:
Me Famiglia
C-G-16, Jalan Metro Perdana 3, Kepong
Kuala Lumpur, Malaysia

Waktu Operasi:
11:00 AM - 3:00 PM
6:00 PM - 11:00 PM

Facebook:


Instagram:

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: All foods were sponsored by Me Famiglia. My review are all honest after trying their foods.)

  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. semua sedap je niii. kalau pergi kepong bleh singgah sini.

    ReplyDelete
  2. Somebody just kill me !!! Food looks tempting!!!!

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaaa. Boleh terjah ni sebab dekat sangat ngan kita. Harga pun ok sgt tu.

    ReplyDelete