Barang Apa Tu? | Koleksi Makeup Althea Terbaru Yang Super Best Dan Mampu Milik

By Izaramli - February 26, 2019

Assalamualaikum

Hello readers! Hari ni Iza nak share dengan korang affordable makeup dari Korea yang sangat worth it to buy. Pernah dengar Althea? Kalau korang selalu follow Iza mesti korang tau Althea tu apa sebab Iza selalu mention pasal Althea.

Althea Makeup Collection



Anyway, Althea ni sebenarnya website yang korang boleh beli product kecantikan dari Korea. Tapi Althea ada jugak keluarkan produk dia sendiri. Sebelum ni Iza selalu cerita pasal skincare dari Althea je. Kali ni Althea dah keluarkan makeup collection pulak. Dahla best produk dia, affordable pulak tu. Memang worth it kalau beli.

ALTHEA SKIN RELIEF SPOT FILM GEL (RM 19.00)

Ok yang ni tak termasuk dalam makeup collection sebenarnya tapi kalau korang ada jerawat, korang akan perlukan ni sebelum korang apply makeup. Haaa kenapa pulak tu kan?


Skin Relief Spot Film Gel ni dia bukan setakat merawat jerawat korang tu, tapi dia melindungi jugak dari pencemaran lain especially orang selalu pakai makeup macam Iza ni. Ibaratnya macam korang pakai pimple patch tapi nipis sangat. Gitu!


Antara kandungan utama dalam Skin Relief Spot Film Gel ni ialah:

Tea Tree Oil - Mempunyai sifat antibakteria yang boleh merawat jerawat.
Centella Asiatica Extract - Melegakan kemerahan dan menguatkan kulit.
Pine Leaf Extract - Kaya denga antioksida yang mebaiki dan menenangkan kerengsaan.

ALTHEA FLAWLESS CREAMY CONCEALER (RM 15.00)

Dalam step makeup korang ada concealer tak? Mesti ada kan? Nak cover eyebag and darkspot kotang tu kan? Tapi concealer ni adalah concealer yang paling best and murah Iza pernah try. 


Conceler ni matte finishing so part yang letak concealer memang tak berminyak. Especially bawah mata tu kan. Coverage pun not bad. So Iza bukan setakat pakai untuk conceal je tapi Iza guna jugak sebagai foundation.


Ada empat shades semuanya. Antaranya ialah Vanilla (Pink Beige #21), Ginger (Warm Ivory #22), Honey (Warm Peach #23-#25) and Mocha (Deeper Yellow #30).

BCL X ALTHEA SUNRISE & MOONRISE EYESHADOW PALETTE (RM 140.00)

Kalau sebelum ni Althea ada collaborate dengan Titi Kamall. Kali ni dorang collab dengan Bunga Citra Lestari pulak. Kat sini siapa tak kenal Bunga Citra Lestari or singkatan dia BCL? Tipu la kalau korang tak kenal kan? Collab kali ni Althea hasilkan pallete pulak.


Pallete ni cantik sangat. Ada 2 theme dalam palette ni, brownish and pinkish. So korang memang boleh guna untuk siang dan malam. Ada 8 shades semuanya dan mix of glitter, shimmer and matte yang senang nak blend.


Pigmentation pun not bad jugak. Cuma warna yang light tu pigmentation pun light jugak. Tapi untuk warna yang a bit gelap sangat-sangat pigmented. Semua shades ni sesuai untuk semua jenis warna kulit jugak. So you guys tak perlu risau takut tak sesuai ke apa.


ALTHEA SPOTLIGHT EYE GLITTER (RM 24.00)

Tak cukup glam? Haa. Nah ni penyelesaiannya. Spotlight Eye Glitter ni confirm buat makeup korang lagi glamor. Banyak cara boleh guna. Korang boleh tambah dekat eye makeup korang jadi lagi glamor, boleh jadikan eyeliner, boleh jadikan highlight and macam-macam lagi la.


Ada 2 shades, Pink and Gold. Favourite Iza memang dah semestinya warna gold. Owh, korang akan nampak warna gold tu macam putih tapi bila dah apply dia akan jadi gold tau.


ALTHEA WATER COLOR CREAM TINT (RM 20.00/each)

Iza denga lip tint ni memang tak berapa sangat sebab Iza bila pakai lip tint lama-lama mesti warna bibir jadi kelakar. Tapi Althea Water Color Cream Tint ni tak pulak. Elok cantik je walaupun dah pakai lama.


Bagi Iza cream tint ni tahan lama walaupun Iza dah makan macam-macam. Bau dia pun wangi. Best! Kalau korang tak suka lip matte yang buat bibir rasa berat, cream tint ni memang pilihan tepat untuk korang sebab lebih ringan.


Bukan setakat tahan lama tapi cream tint ni jugak ada kandungan utama yang bagi benefit dekat bibir, antaranya:

Squalene - membantu melembutkan bibir
Hyaluronic Acid - membantu menghidratkan bibir

Tedapat 4 warna pilihan iaitu Plum Cream, Strawberry Cream, Peach Cream dan Maron Cream. Korang boleh beli semua sekali 4 warna and datang sekali dengan box dengan diskaun 10% (Althea tengah buat promo ni). Tapi kalau korang nak beli individual pun boleh jugak.


Dekat sini Iza nak share jugak tutorial Iza pakai semua produk kat atas ni. Korang boleh checkout video dekat bawah ni ok?



Overall

Semua makeup keluaran Althea ni sangat affordable. Mungkin eyeshadow palette tu abit pricey tapi untu collab dengan BCL tu bukan calang-calang tau and bukan sennag jugak nak approach artis untuk buat collab. So bagi Iza harga tu bersesuaian. Bukan stakat affordable tapi sangat berkualiti. Eyeshadow yang pigmented. Cream tint yang long lasting. Concealer yang very good coverage. Giltter yang super glittery. Semuanya best.


Kat mana nak dapatkan semua produk kat atas ni? Senang je. Korang cuma perlu pergi link dekat bawah ni and jangan lupa chek out IG and FB dorang jugak untuk update terkini.

Website:

Instagram:

Facebook:

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: The product was sponsored by Althea for Althea Angels. All my reviews are honest after testing the product.)

  • Share:

You Might Also Like

11 comments

  1. kali ini kak tengok althea bagi makeup stuff yang cun sangat. Sukalah tengok eye palette tu so gorjes. Dia puna concealer pun npk soft and creamy. Btw eye glitter dia super awesome. adui kena belilah nak kena try ni

    ReplyDelete
  2. ALTHEA SPOTLIGHT EYE GLITTER looks suitable for me too. The price is reasonable and the colour is super natural.

    ReplyDelete
  3. sukanya tengok product althea sekarang ni, semua color cantik-cantik. Kalau dapat set ni semua mesti seronok nak make up hari-hari. baru semangat marii :)

    ReplyDelete
  4. Yup memang super best..sis pun suka sangat2. Lepas ni meletop kebabom lah masing2 melaram gan makeup althea ni..hehehe

    ReplyDelete
  5. bestnya ada set mekap Althgea yang lengkap macam nih , nak bergaya jer rasa ....ni rasa nak beli dia punya concelear sebab nampak sesuai untuk semua jenis kulit kan walaupun tak pandai nak shading2...

    ReplyDelete
  6. cantik cantik kaler tu. Suka tengok bila org pompuan dok memilih lipstik ni, mesti dok calit kat belakang tapak tangan tu kan. nak tgk perbezaan kaler..hehe..

    ReplyDelete
  7. Suka dengan pilihan warna lip tint dia cantik dan cerah..kalau org terror make up mmg nampak effect dia..mmg sangat menyerlah..harga kat akthea takdelah mahak sgt kiranya berbaloi lah jugakkan

    ReplyDelete
  8. Banyak banyak benda tertarik dgn skin relief tu sbb dia ada tea tree. Sy mmg suka skin produk dgn tea tree ni.

    ReplyDelete
  9. lawa gambar-gambar awak. Anyway produk makeup baru dari jenama Althea sendiri ni memang best gilakan. I pun ada share gak pasal produk makaeup ni. Jom check it out entri i juga :D

    ReplyDelete
  10. Althea flawless creamy concealer is mouse mommy's favourite! Good in coverage and smooth after apply it.

    ReplyDelete
  11. Ramai betul orang beli dan guna barangan makeup dari Althea ni ya. Mesti bagus sangat ni.

    ReplyDelete