Barang Apa Tu? | Unboxing Althea Haul Sempena Hari Lahir

By Izaramli - March 08, 2019

Assalamualaikum.

Hello readers! Hari ni Iza nak share dengan korang apa yang Iza shopping guna Althea birthday points masa birthday Iza hari tu. Anyway, Iza dapat birthday points ni sebab Iza salah sorang Althea Angels so ni antara benefit yang kitorang dapat. Alhamdulillah untuk rezeki ni. Dah tak kerja ni, points or voucher dari mana-mana pun sangat bermakna untuk sis ya. Hahah. Ok jom check out apa yang Iza shopping.

LANEIGE

Brand yang paling Iza idam-idamkan untuk skincare dari Korea ni. Kalau nak beli memang mahal. Alang-alang dah dapat points nak shopping ni boleh la beli. Untuk brand Laneige ni Iza beli 2 benda je, cleanser and toner.

Fresh Calming Gel Cleanser

Essential Power Skin Refiner (Light)
Baca review macam best. Tu yang lagi excited nak cuba tu. Iza memang saje tak ambil dari range yang sama sebab untuk Essential Power Skin Refiner ni memang ada mention untuk combination skin tapi untuk range Fresh Calming punya toner cuma mention all types. So Iza nak cuba yang ni dulu. Next time kita beli yang lagi 1 tu.

ALTHEA

Kalau shopping dekat Althea tak sah kalau Iza tak ambil produk Althea sendiri. Padahal setiap new product Iza dapat cuba. Sebabkan produk dia best, so Iza memang akan beli jugak. Lagipun produk-produk Althea sangat affordable. Yang Iza beli ni datang dengan set sebab ada 10% diskaun masa tu.

Beli set ni dengan 10% diskaun

Petal Velvet Sunaway
 The best sunscreen yang Iza pernah try. Buat kulit muka Iza tak berminyak macam sunscreen lain. Finishing dia pun velvet to matte.

Petal Velvet Powder
Iza guna ni sebagai loose powder and untuk touch up jugak. Serbuk dia sangat halus dah macam tepung. Memang best bila pakai dengan foundation.

SKIN 1004

Ni brand paling banyak orang cakap. Especially dia punya ampoule ni. Ramai betul yang kata best. Tu yang Iza pun terpengaruh nak beli jugak. Harapnya memang best la bila pakai. Kalau nak ikutkan hati nak beli krim dia sekali. tapi points tak cukup pulak. Hahah.

Madagascar Centella Asitica 100
NEOGEN DERMALOGY

Brand ni pun Iza selalu nampak orang review. Tapi apa yang lagi menariknya buat Iza nak beli sebab ada real daun dalam cleanser ni. Interesting betul. Kan dah terpengaruh lagi. Iza memang saje beli clenaser banyak sebab cleanser cepat habis. Diri sendiri pun tak faham kenapa cleanser cepat habis. Yang lain tak pulak.

Real Fresh Foam Green Tea
RIRE

Jenama ni tak tau la korang pernah dengar ke tak. Tapi bagi Iza famous je. Iza pernah beli serum dia. Tapi pakai on off sebab bau dia wangi sangat. Rasanya brand ni famous dengan Buble Buble Lip Mask tu. Yang bila pakai lip mask dia bibir berbuih-buih. Tapi Iza tak pernah try lagi la. Yang Iza beli ni untuk hilangkan blackhead. Semoga semua blackhead ku hilang.

All Kill Blackhead Remover Stick
PETITFEE

Last but not least, sejujurnya Iza tak pernah dengar jenama ni. Tapi dia punya eye patch ramai betul orang beli. So Iza pun nak try jugak. Eyebag dan diri ini tak dapat dipisahkan. Harapnya dengan eye patch ni hilang la eyebag ku.

Black Pearl & Gold Hydrogel Eye Patch
Maka berakhirla unboxing Iza. Ni je la yang Iza dapat beli untuk birthday tahun ni, Thank you so much Althea. Next year kita beli benda lain pulak.

Korang boleh check out website Althea untuk tengok harga barang-barang yang Iza beli ni. Kotla korang pun terpengaruh jugak. Ni sebahagian brand yang Athea ada. Actually banyak lagi. ZSo korang pergi check out ok?

Website:

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: All product were bought using Althea birthday points.)

  • Share:

You Might Also Like

21 comments

  1. Tak sabar plak akak nak tunggu turn akak nanti bulan 6..alahai..bestnya barang- barang yang Iza redeem tu...last week dah masukkan beberapa barang yang akak minat dalam cart..hehehe...tunggu nak check out je...

    ReplyDelete
  2. Wahhh best2 betul barang yg dapat dr Althea ya. Sis last year dh dapat..tak tahulah dis year dpt lagi ke tidak. Ingat nak ambik laneige gak

    ReplyDelete
  3. Bestnye your selection. I tried the Petitfee Hydrogel Eye Patch tu not bad gak. Happy Belated Birthday dear. I kalau shopping kat Althea ni memang rambang mata.

    ReplyDelete
  4. Best best barang yang iza pilih ya. Saya pun beli eye patch juga tapi lupa jenama apa .Sunscreen Althea tuh best kan. Eh oendek kata produk di Althea memamg best best belaka lah

    ReplyDelete
  5. Wah best yer shopping macam- macam skincare produk dari Althea dan paling best, shopping tak payah keluar duit. Turn huda dapat Althea points lama lagi la.. lagi 5 bulan....

    ReplyDelete
  6. Happy bestday to you March baby! Rawlins lambat lagi nak dapat - bulan November kot. And I dah list out apa yang Rawlins nak. Haha.

    ReplyDelete
  7. Happy Birhtday!! Seronoklah dapat hadiah. Special pula tu daripada Althea. Memang terbaiklah! Dahlah Althea mempunyai produk² yang sangat bagus dan tinggi kualiti. Memang untung!

    ReplyDelete
  8. wow banyak nya.. klau liez pun mmg akan shopping sakandgn ALtheasebab barang-barang dia best. semua brand dlm ALthea mmg bagus dan sesuai utk kulit kita orang Asia

    ReplyDelete
  9. 1st of all, I nak wish a very happy birthday to you ! dapat hadiah from ALTHEA memang terbaik kerana produk Althe berkualiti tinggi dan dijamin berkesan baik.

    ReplyDelete
  10. Best sangat bila dapat rewards ni. .Heehe.. Tapi nak memikih dia makan masa. .Hahaha.. Wah semua barang dia nampak menarik. Yangvlaneige tu ramai pakai ye.. Nampaknya nanti naknkene grab la

    ReplyDelete
  11. Wahhhhh banyak betul ye produk kosmetik yg dibeli. Untunglah dpt ganjaran sempena bulan lahir. Jimat sikit duit kann. Banyak produk yg nampak menarik. Nanti nak usha jugaklah website althea

    ReplyDelete
  12. wa I like your haul. so many products to use heehe. First time seeing NEOGEN DERMALOGY. Macam interesting leh the product. will check it out soon

    ReplyDelete
  13. Happy birthday Althea. Bagus betul Althea ni, banyak jual produk berkualiti untuk customer. Semoga terus sukses.

    Wow, cantiknya gambar. Prop pun not bad. Lawa 👏👏👏

    ReplyDelete
  14. Emi baru ajr order althea semalam. Tak sabar nak tunggu parcel pink sampai, heheh.

    ReplyDelete
  15. Wow! semua produk best best ye. I like to shop at their website and also the price is very reasonable kan. Spotted some of my favourite product here Fresh Calming Gel Cleanser.

    ReplyDelete
  16. That is a lot of things! Damn now I feel like I wanna make a haul too...huhuhu dah lama tak restock barang dari Althea.

    ReplyDelete
  17. Seronoknya shopping di Althea. Seronok sebab barangan dia semua best best.
    Orang kata tak rugi la membeli di Althea ni. Feedback semua okay2..

    ReplyDelete
  18. Baca komen komen kat sini pun semua cakap best produk Althea ni. Sebelum ni pun ada baca review drp blogger lain, pun semua review positif. Thorbaek lah jenama dr Korea ni kan

    ReplyDelete
  19. syoknya shopping kat Althea..mmg best produk Laneige tu

    salam dari www.umifuzy.com / follower #53

    ReplyDelete
  20. Wahhhh bestnya.. Banyaknya iza redeem. Tapi macam berkenan pula dengan sunscreen tu.. Memang tgh mencari pun..

    ReplyDelete
  21. Btw happy birthday. Smoga murah rezeki dan panjang umur

    ReplyDelete