Makeup Apa Tu? | Brickit Eyeshadow Hit 10 "Choco" By Sixteen Brand

By Izaramli - March 12, 2019

Assalamualaikum.

Hari ni Iza nak share dengan korang, another eyeshadow palette yang Iza suka dari Sixteen Brand, Brickit Eyeshadow Hit 10 "Choco". Boleh katakan hampir setiap hari Iza pakai eyeshadow ni time keje dulu.


PEMBUNGKUSAN

Packaging dia comel sangat. Kalau tengok kotak dia orang akan ingat tu kotak coklat. Tapi packaging untuk palette tu sendiri pun rupa coklat. Kenala dengan tema Choco dia tu. Eyeshadow palette ni kecik je. So senang korang nak bawak pergi mana-mana. Biasa kalau yang kecik macam ni memang akan jadi palette pilihan Iza untuk bawak pergi travel. Bersama dengan palette ni jugak ada disediakan brush yang macam span tu. Tapi malangnya Iza tak pandai pakai brush tu. So Iza akan guna brush berbulu Iza sendiri.



WARNA

Terdapat 10 warna dekat sini, 4 warna matte aand the rest shimmer. Gabungan warna chocolate, pink dan hitam ni bagi Iza warna basic untuk seharian kita guna. Tapi dengan warna-warna ni korang boleh jugak buat smokey eyes makeup look. Iza smokey eyes ni tak pernah cuba lagi. Nanti Iza belajar.


PIGMENTASI

To be honest pigmentation dia takdela sehebat eyeshadow palette yang famous-famous tu. Tapi pigmentation untuk eyeshadow palette ni memang sesuai untuk orang yang tak nak terlalu menonjol mata dia especially warna-warna yang terang. Dia lebih kepada natural punya makeup look. Macam orang Korea memang sukala pigmentation macam ni. Light-light gitu. 


OVERALL

Eyeshadow ni memang sangat sesuai untuk pakai harian sebab warna-warna dia yang light tu. Warna-warna dia jugak sesuai untuk semua jenis warna kulit. Kalau korang nak guna untuk pergi event waktu malam pun ok jugak sebab ada warna yang gelap untuk naikkan lagi makeup look korang atau buat smokey eyes look. Bagi Iza eyeshadow ni memang worth to buy. Nanti Iza share dengan korang tutorial macam mana Iza guna eyeshadow palette ni. Boleh check out Iza punya youtube nanti ok?


Makeup look yang Iza dah buat. Nanti Iza up video tutorial dekat youtube
Actually eyeshadow ni Iza dapat free dari Althea, tapi dekat Althea takde pulak jual. Maybe dah sold out kot. So ni antara website yang korang boleh pergi untuk beli eyeshadow palette ni.

Website:

Harga: 
RM 115.00 (Hermo)
USD 27.28 (Style Korean)

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: The product was given to me by Althea for Althea Angels.)

  • Share:

You Might Also Like

19 comments

  1. i suka palet ni sebab warna dia very earthy kan.. lepas tu senang nak di blend... warna pun banyak pilihan especially yang jenis suka buat smokey eyes boleh cuba sendiri produk ni haha

    ReplyDelete
  2. LeYa memang lebih sukar warna-warna natural yang ada pada Palet eyeshadow ni. Tak suka yang coloring sangat.. Sebab catchy dan gedik sangat rasa. Yang ni nice la.. Suka3x... Nak cari la.. Packaging die pun nice sebab betuk coklat..hehe..

    ReplyDelete
  3. Kalau budak-budak nampak ni, mesti dorang ingat boleh makan. hihihihihi. Saya suka tengok color ni, nampak natural dan cantik

    ReplyDelete
  4. Warna mmg cantik..tp ketahanan tu pd i sangat penting.

    ReplyDelete
  5. Dah sebijik macam chocolate bar dah haa.. Hehe.. Warna eyelid yang warm ni cantik and selalunya sesuai dengan apa2 warna baju pun. And sweet je makeup iza buat..

    ReplyDelete
  6. Cantik warnanya. Memang kena dengan jiwa syira. Packaging pun comel je. Macam coklat

    ReplyDelete
  7. Suka warna yang lembut2 ajer. Warna sini nampaknya kena ngan taste saya juga. Nak yang simple je. Packaging cantik.

    ReplyDelete
  8. Kita ingat tadi promote coklat mati-mati kita nak beli wakakak tapi rupanya bedak untuk muka orang perempuan suka lah kalau macam ni hehehe tapi nampak cantik dan kemas pakai makeup ini...

    ReplyDelete
  9. Mana best ni dengan althea punya? But onie tengok yang ni dia punya warna macam light-light gitukan. Packaging dia tu nice gila. :)


    Anyway, ur eyeshadow makeup nice :)

    ReplyDelete
  10. I suka color collection earthy camni. Suit me yang tak suka bright color sangat. I pernah dengar brand ni. Always heard good review about it.

    ReplyDelete
  11. Sis pun pakai gak eye shadow ni..bila nak light2 sis pakai yg ni. Kalau event baru pakai yg eye shadow lain

    ReplyDelete
  12. Memang love sangat eyeshadow ni. Warnanya cantik cantik dan nice tau. Memang pergi kerja ke jalan ke pakai eyeshadow ni. Memang cantik dan natural

    ReplyDelete
  13. Ank sy memang ingat ni chocolate tau. Siap ajak nak mkn skali! Warna eyeshadow lebih ke unsur Bumi dan tenang. Suka jugak!

    ReplyDelete
  14. Lia pun suka eyeshadow Choco ni . Tak pandai sangat buat smokey eyes ni. Sebab mata lia kecik lia buat cam Korean style je. Senang.

    ReplyDelete
  15. Wah! Coklat! Ahaha rasa macam nak makan je. Kenapa mesti coklat? Haha ok². Cx dah lama tak pakai eyeshadow. Bila tgk kawan² review mcm² jenis eyeshadow jd rasa mcm, alarh! Nak pakai juga! Hahaha macam terpengaruh kan? Hehe lama kot tak pakai. Serius! Tapi looks great la this one.

    ReplyDelete
  16. eyeshadow ni yg penting bila tahap pigmented. cantik gak ek eyeshadow ni.. sesuai pkai kat untuk cuaca kat malaysia

    ReplyDelete
  17. These colours look very natural and can easily blend with our Asian skin texture. Not bad at all. Highly recommended for Malaysian women. :)

    ReplyDelete
  18. I find this eyeshadow palette very versatile, it is suitable for everyday wear and also can also add the darker shades for more dramatic look.

    ReplyDelete
  19. ohhh i loike kaler dia!! sy pun selalu pkai kaler eyeshadown yg sama je HAHHAHA bronze gold or choc hahha senang!

    ReplyDelete