Assalamualaikum.
Hello readers, hari ni Iza nak share dengan korang produk yang Iza baru cuba dari ZM Beauty iaitu Neem Balm. Iza sebenarnya dah dapat lama produk ni tapi tak berkesempatan nak cuba. So, ni Iza baru dapat cuba dan dapat nak buat review.
Daun neem atau nama melayunya daun semambu, korang mesti pernah dengar kan tentang kebaikan daun semambu ni untuk kulit bermasalah especially kulit kering. So ZM Beauty ni dah memudahkan kita dengan menjadikan daun semambu ni ke dalam bentuk balm. Senang nak pakai, senang nak bawak pergi mana-mana. Jadi bahagian kulit Iza yang paling kering dan bermasalah bagi Iza ialah dekat tumit kaki. Sebelum Iza cerita pasal review, jom kita tau details pasal Neem Balm ni dulu.
BAHAN-BAHAN UTAMA
Apa yang bagusnya Neem Balm ni, korang tak perlu risau takut ada bahan kimia ke apa sebab Neem Balm memang 100% dari bahan natural. Anatara bahan utama dalam Neem Balm ni terdiri daripada minyak zaitun, minyak bunga, serbuk neem, lavender dan tea tree. Selain tu, Neem Balm ni dapat kelulusan KKM tau Jadinya Neem Balm ni sesuai untuk semua peringkat umut dari bayi lagi. No worries ok?
TEKSTUR DAN BAU
Sebabkan nama dia Neem Balm, ofcourse tekstur dia akan a bit macam berminyak sikit. Tapi takdela berminyak macam letak minyak angin tu. Korang pun tak perlu guna banyak pun. Just saput sikit je dekat tempat yang korang nak sapu tu.
Bau dia pulak tak busuk dan tak pulak menusuk kalbu. Bau dia wangi dan just nice je, bau yang a bit macam herba tapi soft gitu.
Bau dia pulak tak busuk dan tak pulak menusuk kalbu. Bau dia wangi dan just nice je, bau yang a bit macam herba tapi soft gitu.
BUNGKUSAN
Biasa kalau kita beli balm mesti dalam bekas kaca kan? Tapi ZM Beauty gunakan bekas aluminium, jadinya lebih senang nak jaga dah tak risau pecah. Dekat bekas dia pun lengkap dengan cara guna, bahan-bahan dan tempoh hayat Neem Balm ni.
REVIEW
Kalau korang tumit kaki cantik tu Alhamdulillah la. Iza ni memang ada masalah tumit kaki merekah, tak tau la kalau sebab faktor usia, sebabnya Iza dah tak bekerja and duduk ruma je. Tak ada pun selalu kena aircond. Tapi tumit kaki memang merekah. So Iza cuba Neem Balm dari ZM Beauty ni dalam seminggu lebih.
To be honest Iza memang culas pakai sebab kadang-kadang terlupa. Kalau Iza ingat Iza akan pakai setiap kali sebelum tidur malam. Hasil dari yang culas pakai ni pun boleh tahan jugak. Tumit kaki Iza jadi lembut. Sebelum ni dia punya merekah tu sampai kita jalan atas karpet pun rasa kasar. Tapi bila Iza amalkan Neem Balm ni, jalan atas karpet tak ada kasar dah.
Untuk pulih licin sepenuhnya tumit kaki Iza ni memang takes time la nak-nak pulak Iza culas pakai. Tapi kalau nak kesan lebih cepat maybe boleh cuba penggosok tumit kaki tu, yang macam batu tu. Lepas tu sapu Neem Balm ni, mesti kesan dia lebih cepat.
Kalau korang nak cuba atau nak tau lebih lanjut tentang Neem Balm ni, korang boleh pergi ke link dekat bawah ni ya:
Harga:
RM 45.00
Facbook:
Facebook Page:
Instagram:
Whatsapp:
011-32484182
Call:
07-7550792
Thanks for reading. Till we meet again.
Assalamualaikum.
* * *
(Disclaimer: The products was given to me by ZM Beauty and all above are my honest review. Product I’m using might goes well with my skin but not with yours.)