Barang Apa Tu? | Tumit Kaki Lebih Lembut Dengan Neem Balm Dari ZM Beauty

By Izaramli - April 24, 2019

Assalamualaikum.

Hello readers, hari ni Iza nak share dengan korang produk yang Iza baru cuba dari ZM Beauty iaitu Neem Balm. Iza sebenarnya dah dapat lama produk ni tapi tak berkesempatan nak cuba. So, ni Iza baru dapat cuba dan dapat nak buat review.


Daun neem atau nama melayunya daun semambu, korang mesti pernah dengar kan tentang kebaikan daun semambu ni untuk kulit bermasalah especially kulit kering. So ZM Beauty ni dah memudahkan kita dengan menjadikan daun semambu ni ke dalam bentuk balm. Senang nak pakai, senang nak bawak pergi mana-mana. Jadi bahagian kulit Iza yang paling kering dan bermasalah bagi Iza ialah dekat tumit kaki. Sebelum Iza cerita pasal review, jom kita tau details pasal Neem Balm ni dulu.


BAHAN-BAHAN UTAMA

Apa yang bagusnya Neem Balm ni, korang tak perlu risau takut ada bahan kimia ke apa sebab Neem Balm memang 100% dari bahan natural. Anatara bahan utama dalam Neem Balm ni terdiri daripada minyak zaitun, minyak bunga, serbuk neem, lavender dan tea tree. Selain tu, Neem Balm ni dapat kelulusan KKM tau Jadinya Neem Balm ni sesuai untuk semua peringkat umut dari bayi lagi. No worries ok?


TEKSTUR DAN BAU

Sebabkan nama dia Neem Balm, ofcourse tekstur dia akan a bit macam berminyak sikit. Tapi takdela berminyak macam letak minyak angin tu. Korang pun tak perlu guna banyak pun. Just saput sikit je dekat tempat yang korang nak sapu tu.



Bau dia pulak tak busuk dan tak pulak menusuk kalbu. Bau dia wangi dan just nice je, bau yang a bit macam herba tapi soft gitu. 


BUNGKUSAN

Biasa kalau kita beli balm mesti dalam bekas kaca kan? Tapi ZM Beauty gunakan bekas aluminium, jadinya lebih senang nak jaga dah tak risau pecah. Dekat bekas dia pun lengkap dengan cara guna, bahan-bahan dan tempoh hayat Neem Balm ni. 


REVIEW

Kalau korang tumit kaki cantik tu Alhamdulillah la. Iza ni memang ada masalah tumit kaki merekah, tak tau la kalau sebab faktor usia, sebabnya Iza dah tak bekerja and duduk ruma je. Tak ada pun selalu kena aircond. Tapi tumit kaki memang merekah. So Iza cuba Neem Balm dari ZM Beauty ni dalam seminggu lebih.

To be honest Iza memang culas pakai sebab kadang-kadang terlupa. Kalau Iza ingat Iza akan pakai setiap kali sebelum tidur malam. Hasil dari yang culas pakai ni pun boleh tahan jugak. Tumit kaki Iza jadi lembut. Sebelum ni dia punya merekah tu sampai kita jalan atas karpet pun rasa kasar. Tapi bila Iza amalkan Neem Balm ni, jalan atas karpet tak ada kasar dah.


Untuk pulih licin sepenuhnya tumit kaki Iza ni memang takes time la nak-nak pulak Iza culas pakai. Tapi kalau nak kesan lebih cepat maybe boleh cuba penggosok tumit kaki tu, yang macam batu tu. Lepas tu sapu Neem Balm ni, mesti kesan dia lebih cepat.

Kalau korang nak cuba atau nak tau lebih lanjut tentang Neem Balm ni, korang boleh pergi ke link dekat bawah ni ya:

Harga:
RM 45.00

Facbook: 

Facebook Page: 

Instagram: 

Whatsapp: 
011-32484182

Call:
07-7550792

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: The products was given to me by ZM Beauty and all above are my honest review. Product I’m using might goes well with my skin but not with yours.)

  • Share:

You Might Also Like

15 comments

  1. Good to know yang bahan digunakan semuanya neutral. Saya suka produk macam ni sebab lebih yakin soal keselamatan dan kesan dia. Tengok testimoni tu pulak memang meyakinkan. Saya ada masalah kulit mudah kering di kaki jadi bolehlah cuba nanti!

    ReplyDelete
  2. Rawlins dah baca a few review yang Neem Balm nie bagus. Rawlins suka jika baunya tak kuat yang paling penting, senang nak dibawa ke mana-mana.

    ReplyDelete
  3. oh ZM Beauty is a new brand to me. I have heard about Neem Balm before. Will give it a try in the future. Thanks for recommendation ya.

    ReplyDelete
  4. Macam best je kan produk ni. Jarang ada produk yang boleh rawat tumit kaki merekah ni. Segan juga kalau tumit tak cantik nak pakai kasut lagi kan.

    ReplyDelete
  5. Memang baguskan lembut je bila sapu dan tak rasa oily. Saya buh kat jerawat bagi cepat kering dan kecut .Hehehe .Tapi serius best neem balm ni

    ReplyDelete
  6. Sennag ada produk macam ni.. memang masalah tumit kaki kering dan pecah2 selalu terjadi. Klau liez dulu masa kerja kena pakai selipar dlm ofis sbb carpet tu buat kulit kaki kasar sgt.. nak kena cari la neem ni

    ReplyDelete
  7. Siap dapat pouch untuk simpan balm tu ye. Senanglah nak bawak ke mana-mana kan. Kuantiti pun boleh tahan banyak juga tu dalam satu bekas. Macam nak cuba juga je. Tapak kaki ni pun ada merekah sikit.

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  8. Nampak ketara betul beza sebelum dan selepas tu. Saya pun selalu jugak crack dekat tumit. Siap kulit terkopek terus nak nak lagi dekat tapak ibu jari kaki tu. Bila terkopek tu, memang jalan pun terhencut

    ReplyDelete
  9. I come here~ dah tgok kat IG Iza tadi. I suka packaging dia. Comeyyyy dia macam bawak pun rasa classy gitu. Lepas tu sapu kat tumit pun fefeeling mcm dalam iklan tv gitu.

    ReplyDelete
  10. Bagus ada produk untuk tumit kaki ni.. kadang-kadang TB pun ada juga kena tumit merekah ni.. luka pun pernah sebab dah dalam sangat merekahnya.. tak elok dibiarkan sebenarnya kan..

    ReplyDelete
  11. Wah macam best je produk ni. Mak selalu ad masalah ni. Boleh rekomen kt dia nnti. Sian die skait tumit kaki.

    ReplyDelete
  12. heyyyyyyyyyy.. best nya !! kite ni dah la selalu pakai kasut tinggi.. bila ternampak tumit merekah tu jadi segan sangat.. hee~ nanti nak try lah..

    ReplyDelete
  13. Iza! Terima kasih kongsi pasal produk ni. Daun Semambu memang terbaik. Produk Skincare Himalaya sendiri pun pakai Daun Semambu dan dia memang berkesan. Aduh, tergugat rasa nak beli produk ni gak. Onie suka produk ni sebab dia dari daun semambu. Onie percaya daun semambu yang ada dalam produk ni mampu merawat tumit kaki yang merekah tu.

    ReplyDelete
  14. I really need this because I have bad ankle crack issue! Thank you for sharing!

    ReplyDelete
  15. I really need this because I have bad ankle crack issue! Thank you for sharing!

    ReplyDelete