Barang Apa Tu? | A'Bloom Produk Althea Terbaru Yang Lebih Ceria

Assalamualaikum.

Hari ni Iza nak share dengan korang produk terbaru keluaran Althea yang diberi nama A'Bloom. Produk kali ni lagi interesting sebab packaging dia yang comel and lebih ceria compare dengan rangkaian Althea yang sebelum ni.


A'Bloom dah dilancarkan last month sebenarnya and Iza pun berkesempatan join pelancaran dorang masa tu. Happening betul event Althea and tu adalah first gathering untuk sebahagian Althea Angels. I'm so proud to be part of it. Any event yang Tammy buat tak pernah mengecewakan sebab semuanya comel and cantik.



A little throwback masa event pelancaran A'Bloom. As usual at any event sampai-sampai kena register dulu and kitorang dapat kupon untuk redeem food during the event. Memandang event ni berlangsung dekat Softsrve Ice Cream, Dessert & Balloon Bar so dapat la merasa makanan kat sini.



Dekat event ni jugak Iza dapat buat aktiviti hias cushion case dengan manik-manik comel yang ditampal atas cushion case tu. Untuk aktiviti ni Althea sediakan Petal Velvet Powder untuk setiap orang hias and kitorang boleh bawak balik Petal Velvet Powder tu.




Selain tu, part paling best ialah semua Althea Angels dapat tengok and cuba produk terbaru A'Bloom tu. Ada jugak produk dari rangkaian Althea lain yang dorang pamerkan untuk kitorang cuba.


Selesai event setiap orang dapat bawak balik 1 set produk A'Bloom untuk kitorang cuba dekat rumah bersama dengan kotak eksklusif A'Bloom yang cantik. Owh! Kotak tu korang hanya akan dapat bila purchase produk A'Bloom tau. While stock last.

A'Bloom Sheet Mask (RM 15.00/10pcs @ RM 2.00/pc)

Terdapat dalam 4 pilihan sheet mask yang berunsurkan buah iaitu Sparkle-Me-Bright (Lemon Lime), Water-Me-Long (Watermelon), Avo-Cuddle-Me (Avocado) dan Ac-Me-Peach (Peach). Illustration dekat packaging mask ni memang super cute and sangat attractive. Kalau orang tengok mesti nak beli. 


So far Iza pakai, Iza paling suka Water-Me-Long sebab dia betul-betul bagi kelembapan dekat kulit muka Iza especially time bulan puasa pastu musim panas pulak. Memang best je pakai. Ibarat macam kita makan tembikai time buka puasa. Nikmat sejuk! Ni disebabkan adanya Citrulin dan Betain ynag bertindak untuk melembapkan kulit secara semulajadi dan selain tu jugak boleh melembutkan kulit. Dalam Water-Me-Long jugak ada lavender extract yang boleh melegakan kulit sensitif. So sheet mask ni memang akan jadi mask untuk skin exfoliate day . Sebab time hari yang ni kulit Iza akan jadi sensitif.

Kalau waktu jerawat Iza menggedik nak muncul Iza akan pakai Ac-Me-Peach. Jerawat ni kadang-kadang sebab kulit kita terlalu berminyak sampai tersumbat. Dengan adanya Vitamin A retinol dalam buah peach, boleh kawal minyak dan seimbangkan kandungan air pada kulit muka kita. Selain tu jugak, dalam mask ni ada tea tree extract yang bagus untuk masalah pores dan dark spot. Bila Iza pakai mask ni biasanya jerawat yang acah-acah nak keluar tu mesti cancel nak keluar.


Bila Iza terasa kulit muka Iza dah macam menua (maklumlah sis dah 30 tahun ni), Iza akan pakai masak Avo-Cuddle-Me. Dalam mask ni ada banyak bahan-bahan yang bagus untuk anti-penuaan macam dari Avocado tu sendiri and boleh jadi antioxidant lagi sebab ada Vitamin E tocopherol. Selain tu ada hibiscus flower extract yang mempunyai Antocyanin yang jugak boleh melambatkan penuaan. Agak-agak tak cukup tidur lepas tu keluar fine lines, Iza memang akan terus cari mask ni.

Sparkle-Me-Bright pulak untuk cerahkan kulit. Bukan tu je, Vitamin C yang ada dalam lemon dan limau boleh jugak baiki dan lindungi kulit dari kesan UV. Dalam mask ni jugak ada Vitamin C dari green tea extract yang boleh kawal penghasilan melanin. Mask ni pun Iza akan pakai kalau Iza terlalu terdedah dengan cahaya matahari. Tak nak sunburn pliss.


Overall Iza memang suka semua mask dari A'Bloom. Essence yang ada mask tu pun banyak sangat. Jangan buang ok? Sapu kat seluruh muka sampai ke leher. Cumanya Iza sebenarnya expect bau mask ni akan bau macam buah la sebab produk Althea sebelum ni semua bau best, tapi takde. Bau dia natural je. Tak ada jugak stink and tak ada bau wangi yang kuat pun. Ada sikit je bau macam buah tapi sangat-sangat light and korang pun mungkin tak perasan kalau bau. But it's ok, yang penting ingredients dia tu.

A'Bloom BHA Blackhead Blaster (RM 16.00/8g)

Yang ni memang best, memang dia mention untuk blackhead tapi whiteheads dengan kulit mati pun dia sapu jugak sebenarnya. Iza akan guna ni bila hidung Iza start rasa ada biji-biji blackheads tu. Just gosok dekat kulit lembap dalam 30 saat and bilas dengan air. Korang akan rasa kulit muka korang lembut je. Blackhead yang bertenggek kat hidung korang tu pooofff terus lembut. 


Iza tak pakai BHA Blackhead Blaster ni hari-hari la sebab ada BHA yang bertindak sebagai chemical exfoliator. Sebab ada BHA ni jugak la penyebab kulit muka lembut tu. Selain tu ada apricot seed powder yang boleh buang sebum yang berlebihan kat kulit muka korang tu. Kalau korang pakai akan rasa macam biji-biji halus. Pakai ni jugak buat pores jadi bersih sebab ada charcoal. Bagi yang kulit sensitif mesti risau nak pakai ni, ada BHA, apricot seed lagi. Tapi no worries sebab dorang dah standby tea tree leaf oil yang boleh elakkan kemerahan dan keradangan kat kulit.


So far Iza pakai stick macam ni, A'Bloom punya memang yang paling soft. Sebelum ni Iza pernah try jenama lain lagi kasar biji-biji yang ada dekat stick dia, so kalau kulit sensitif memang boleh calar la kot kulit muka. Overall Iza suka jugak BHA Blackhead Blaster ni.


A'Bloom Meringue Puff

Haa. Tau kan Iza suka makeup. So makeup sponge is must for me. Bila A'Bloom keluarkan makeup  sponge ni Iza dah excited dah. Datang dengan dua size which is Giant Meringue Puff (RM 8.00/1pc) and Baby Meringue Puff (RM 11.00/3pcs). Warna pulak super cute pastel pink. Geram bila tengok sebab comel sangat. The best part is sponge ni sangat lembut. Kalau nak lembut lagi rendam dalam air and perah. Sponge ni jugak akan jadi 1.5 kali besar dari yang asal.



Iza kalau pakai sponge memang suka rendam dalam air dulu sebab nak lagi lembut. Bila lagi lembut sponge lagi smooth and sekata foundation or concealer yang kita apply. Iza akan guna yang Giant Meringue Puff tu untuk apply foundation and yang Baby Meringue Puff tu untuk apply concealer especially bawah mata and part yang perlukan application yang lebih precise.



So korang rasa korang nak cuba yang mana? Harga semua affordable pulak tu. Better korang pergi beli sekarang sebelum semuanya sold out sebab harga dia yang macam tak masuk akal tu. Iza dah try semua and Iza suka semua. Iza memang sangat recommend korang untuk cuba jugak.

Korang boleh check out link dekat bawah ok untuk dapatkan info lanjut:

Website

Instagram

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: Event and products are fully sponsored by Althea for Althea Angels. Product I’m using might goes well with my skin but not with yours.)

Comments

  1. wow I like these products, so many to try out. I am also using them too, makeup addicts will sure love to try them out too.

    ReplyDelete
  2. Wah seronoklah
    Ada Lebih tak mask tu?. Hahaha

    ReplyDelete
  3. berkenan betul lah sponge puff tu..cute sgt..yang stick blackhead tu pun menarik..senang nak apply

    ReplyDelete
  4. Dalam koleksi Abloom ni, paling emi suka adalah dia punya sheet mask tu. Ya Allah, best gila. Emi siap borong banyak2 masa dia buat launching sale kat website althea haritu. Dah la murah, memang borong banyak2 la cerita dia.

    ReplyDelete
  5. Cantik-cantik semua produk Althea ni hehehe geram lak kita tengok tapi kita beli nak buat apa kalau mask tu boleh lah pakai hehehe rasa buah-buahan kan wakakakaka..

    ReplyDelete
  6. Comel sangat produk abloom ni kan..geram rasa nak guna.. TB suka kesemuanya.. dari meringue puff, A'Bloom BHA Blackhead Blaster hingga ke sheet maskdia..besttt

    ReplyDelete
  7. Now sis tgh pakai produk ni. Memang best..blackhead bluster tu n mask tu memang sesuai sgt gan muka sis. Puff tu sayang nak pakai lagi..hehehe

    ReplyDelete
  8. Kita tertarik kat A'Bloom Meringue Puff tu... Nampak betul lembut sponge dia. Harga pun cun. Nak grab seketul

    ReplyDelete
  9. suka betul tengok meringue puff tu dengan baby dia, comel sangat dengan warna pastel macam tu. Blaster blackhead pun nampak macam best apply dekat muka bila dia buat stick macam tu. convenient much!

    ReplyDelete
  10. Rawlins bersifat tamak apabila menyukai kesemuanya sebab semuanya membantu Rawlins dalam bersiap/ make up dengan lebih cepat dan teliti. Nie pun baru lepas pakai BHA Blackhead Blaster

    ReplyDelete
  11. BHA Blackhead Blaster tu nampak best sangat. Tapi dapat tengok jelah rakan-rakan yang lain guna. InsyaAllah, satu hari nanti nak try jugalah produk ni.

    ReplyDelete
  12. produk althea nii memang semua murah dan comel...memang berbaloi..and ada rewards pulak tu..kira win win situation...mask ni mmg kita dah aim nak beli..tak sabar nak beli

    ReplyDelete
  13. I've mange to try the entire range as well, it is too cute to pass. My favourite was the Blackhead Blaster.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts