Skincare Apa Tu? | Mon Cheri Produk Penjagaan Kulit Natural Berinspirasikan Cinta

By Izaramli - June 10, 2019

Assalamualaikum.

Hello readers. Hari ni Iza nak share dengan korang produk penjagaan kulit yang menggunakan bahan natural iaitu Mon Cheri. Apa tu Mon Cheri? Mon Cheri ni perkataan yang berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud sayang/darling/honey. Konsepnya Mon Cheri ni nak kita sayang diri kita dengan penjagaan kulit yang betul dari bahan-bahan yang bagus. Kali ni Iza share dengan korang produk dari The Lily Collection which is koleksi terbaru dari Mon Cheri yang terdiri daripada basic skincare iaitu Gentle Cleanser, Toner dan Moisturiser. Anyway this one is version untuk normal to combination skin type only.


Bungkusan


Masa mula-mula dapat PR package ni Iza terus jatuh cinta tengok packaging dia. Cantik sangat! Setiap produk datang dengan cylinder box sendiri. Nampak eksklusif sangat and Iza rasa kalau nak buat hantaran kahwin pun cantik. Mula-mula Iza ingatkan produk dia akan guna bekas kaca tapi tak. Nampak macam bekas kaca tapi plastik sebenarnya. So korang tak perlu risau pecah bila jatuh. Tapi jangan pulak korang campak ye. Tu cari pasal nama dia. Walaupun plastik tapi berkualiti dan nampak sangat elegen.


Bahan-bahan & Tekstur

Dalam Gentle Cleanser dia terdapat Chamomile and Licorice extracts yang boleh membersihkan kulit muka tanpa menghilangkan kelembapan asli pada kulit muka.
 Instead of SLS or SLES, Mon Cheri gunakan Disodium Laureth Sulfosuccinate yang lebih organik dan mild which kulit sensitif pun seusai pakai. Untuk gentle cleanser bagi normal to combination type ni tekstur dia macam gel cleanser dengan warna yang jernih.



Toner dia pulak nampak biasa-biasa je tapi sebenarnya mengandungi ekstrak herba seperti Fomes Officianalis (cendawan) dengan astringen semulajadi seperti Allantoin untuk menghidrat dan menghaluskan pori serta menghasilkan sel baru untuk kulit yang lembap dan lebih cerah. Toner ni jugak mengandungi Lactic Acid (AHA) yang boleh mengbuang sel kulit mati dan mencerahkan kulit. Tekstur untuk toner ni sengat cair macam air dengan warna jernih jugak.



Mon Cheri Moisturiser pula mengandungi Cactus Stem Extract yang boleh menghidrat, melega dan menenangkan kulit. Terdapdat juga Yarrow Extract yang boleh melembutkan dan menguatkan kulit dan Tocopherol Acetate (Vitamin E) yang menjadi antioksida untuk menghalang kulit dari radikal bebas. Selain tu terdapat jugak Ylang Ylang dalam moisturiser ni which boleh mengimbangi penghasilan minyak pada kulit muka. Tekstur moisturiser ni pulak lebih pekat macam krim.



Overall Review

Bagi Iza produk Mon Cheri ni sangat best. Kita tak perlukan banyak skincare sebenarnya. These 3 basic skincare dah cukup sebab dia dah cover semua yang Iza perlukan untuk kulit Iza. Cleanser dia yang sangat gentle which tak terlalu keringkan kulit muka memang sangat recommended untuk sensitive skin. Selain dari kebaikan yang banyak dalam toner dia, setiap kali pakai toner Mon Cheri Iza rasa kulit muka Iza lebih fresh and lagi bersih walaupun dah cuci muka. Untuk moisturiser memang the best. Nampak macam sticky je moisturiser dia tapi tak sebenarnya. Untuk orang yang tak suka moisturiser yang melekit-lekit ni boleh cuba Mon Cheri. Mosituriser cepat absorb and bangun pagi muka lembut. Iza ni jenis suka makeup and pakai banyak produk, so kadang-kadang akan ada jerawat pasir (biasanya tak ketara or tak nampak tapi bila rasa tu ada) atas dahi. Bila Iza fokus hanya pakai Mon Cheri for my skincare Iza perasan jerawat pasir tu mesti akan hilang.


Walaupun harga dia agak mahal tapi it works well with my skin so I don't really mind with the price sebab bagi Iza keberkesanan tu lebih penting. Tapi kalau ikutkan kejujuran, ni bukan harga mampu milik so Iza remind awal-awal ya. Iza suggest kalau korang nak beli, better beli yang set terus sebab dapat jimat RM 15 dekat situ ataupun korang boleh ambil travel set dia kalau nak cuba dulu. Dekat bawah ni Iza senaraikan harganya:

Gentle Cleanser (180 ml) - RM 90.00
Toner (180 ml) - RM 110.00
Moisturiser (50 ml) - RM 135.00
The Lily Collection Set - RM 320.00
Le Fleur De Lis Travel Essentials - RM 180.00


For those yang nak cuba tapi tak sama skin type dengan Iza korang jangan risau. Actually Mon Cheri ada variants untuk jenis kulit yang lain jugak which this is the best part sebab korang boleh pilih.  Antaranya, Aging and Sun-Damaged Skin, Dry and Sensitive Skin, Oily Skin and of course Normal to Combination Skin. Atau kalau korang tak pasti skin type korang, korang boleh cuba test ni and nanti dia akan bagitau korang tergolong dalam skin type yang mana.


Selain dari skincare, Mon Cheri ada jugak produk kosmetik and minuman kesihatan yang nampak macam menarik je nak cuba. Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang Mon Cheri and produk-produk yang ada, korang boleh click link dekat bawah:

Website

Instagram

Facebook

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: The products was given to me by Mon Cheri Essentials and all above are my honest review. Product I’m using might goes well with my skin but not with yours.)

  • Share:

You Might Also Like

15 comments

  1. sound like a good products to try out. Gonna need to know more details like ingredients as not sure if its suitable for me to use or not.

    ReplyDelete
  2. nice set of beautiful products.. must try it out after reading ur review.. sounds great..

    ReplyDelete
  3. Ya Ampun memang nampak exclusive betul packaging dia. Dah macam sama tema dengan header Iza hehe. Produk ni pun berasal dari Perancis ke? Tengok Iza pakai nampak macam high class gitu heheh.

    ReplyDelete
  4. Wahh besnya. Nak try minggu ni jugak. Ada jgk kawan2 yg pakai produk ni hehe

    ReplyDelete
  5. The packaging very attractive and the product looks good too. Will try them soon.

    ReplyDelete
  6. ya Allah packaging dia ! cantik n comel sungguh. boleh buat set hantaran terus nie. so far mmg ramai ckp produk nie bagus tp nak kena cuba dulu kat kulit sendiri. kita tengok acane nanti

    ReplyDelete
  7. Cantiknya packaging Mon Cheri ni. Jatuh hati terus. Nampak eksklusif plak. First time dengar pasal produk ni. Bila baca fungsi dan kelebihan guna produk ni macam best je

    ReplyDelete
  8. Wow berinspirasikan cinta tu yang tak tahan dengar hehehe memang sapa guna produk ni akan jatuh cinta ker hehehe harga boleh tahan juga ni memang produk berkualiti tak ada ker produk untuk lelaki jatuh cinta lak hehehehe...

    ReplyDelete
  9. Selalu dengar nama brand bi tapi x pernah cuba. Agak menarik juga. Bila tgk packaging dan ramuan ya

    ReplyDelete
  10. Suka baca review Iza, membuatkan akak rasa cam rugi jika tak mencobanya, kan kan and who knows boleh fall in love again hihi

    Cara nak hubungkan nama domain ke webhosting

    ReplyDelete
  11. Bungkusan cantik dan comel. Nampak eksklusif sangat. Nanti boleh la akak mencari. Minat dengan toner tu. Hehehe

    ReplyDelete
  12. pertama kali denagr pasal produk ni..nampak macam best..dia punya pacakging pun lawa..boleh la cari..kot sesuai denagn kulit kita kan

    ReplyDelete
  13. Suka tgk packaging dia yg cantik kak pun first time tau produk ni klu ok dan sesuai dgn kulit kita no problem

    ReplyDelete
  14. cantiknya packaging..nmpk soft .siap berinspirasi cinta lagi ye..terus rasa macam nak try .sbb skang kulit mcm kering skit..

    ReplyDelete
  15. I love their packaging so much, its all in pastle and their products also good.

    ReplyDelete