Makeup Apa Tu? | Argania X Shazreeyana Shukri Mascara

By Izaramli - July 05, 2019

Assalamualaikum

Hello readers! Hari ni Iza nak share dengan korang mascara dari Argania hasil kolaborasi bersama Shazreeyana Shukri, Argania X Shazreeyana Shukri. Sebelum ni Iza pernah share berkenaan skincare Argania dekat sini, so hari ni Iza nak share mascara dorang pulak. 


Sekali lagi dapat peluang try product dari Argania which is Thick & Volumizing Mascara Argania X Shareeyana Shukri. So apa je yang best tentang mascara ni? 

PEMBUNGKUSAN

Dari segi pembungkusan, mascara ni agak besar atau montel sikit dari mascara biasa. Tapi still boleh korang sumbatkan dalam makeup bag korang walaupun kecik. Ringan je and senang nak bawa ke mana-mana. 


Spoolie brush dia bukan dari brush yang kasar and tajam macam spoolie brush untuk kening tu. Spoolie brush dia senang lentur and diperbuat daripada silicone. Iza lagi prefer spoolie brush ni sebab tak sakit sangat bila pakai. Cuma spoolie brush dia agak tebal.


PIGMENTASI & BAU

Warna hitam dia memang pekat which is good. Tapi mascara ni unik sikit sebab ada bau wangi. Tak pernah lagi Iza pakai masacara ada bau wangi. Hope for those yang ada sensitivity dengan fragrance tak ada masalah dengan masacara ni since kita pakai bukan pasa kulit muka. Apa-apa pun Iza suka bau dia.



FUNGSI & KETAHANAN

As per mention mascara ni untuk thick and volume, so far Iza rasa not bad. Boleh nampak beza bila pakai, which bulu mata lebih nampak macam penuh sikit. Untuk memanjangkan bulu mata tu boleh kalau apply second coat. So Iza suggest apply 2 coat untuk dapat hasil yang lebih cantik and bulu mata lebih fuller. Nak apply second coat pun tak perlu tunggu lama sebab mascara ni cepat kering. Lepas dah apply dua-dua mata boleh apply terus second coat. 


Mascara ni bukan water resistant, so be careful bila nk menangis kalau pakau macara ni ya. It is not like kena air je warna terus turun. Tak. Kalau kena air and korang gosok memang boleh hilang mascara ni. Memang Argania create mascara ni untuk senang cuci especially bila kita nak solat kan? Tapi apa-apa pun Iza still prefer guna wipes, micellar water or oil cleanser untuk kebersihan yang lebih terjamin.


OVERALL REVIEW

So far Iza suka guna mascara ni. Bulu mata nampak lebih natural bila pakai sebab mascara tu tak clumping. Mascara ni memang sangat ringan walaupun Iza pakai 2 coat. 2 coat works the best for me. Maybe ada orang 1 coat dah cukup. It depends. Tapi Iza paling suka part senang cuci. So Iza boleh pakai mascara ni anytime nak pergi mana-mana. Tak ada la bulu mata nak cinonet je.


Mascara ni jugak cruelty free tau. So memang tak tested dekat haiwan.


Selain tu, Iza suka jugak sebab dekat packaging dia ada mention ingredients. Walaupun Iza tak pandai baca ingredients tapi for those yang ada allergic boleh refer kotak dia dulu before beli.


Kalau korang berminat nak cuba jugak mascara ni, korang boleh check out link dekat bawah ya:

Price: RM 35.00

Website


Instagram

Facebook

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: The product was given to me by Argania HQ and all above are my honest review. Product I’m using might goes well with my skin but not with yours.)

  • Share:

You Might Also Like

16 comments

  1. Cantik je ba tengok orang lain apply kat bulu mata sendiri. Tak comot pun. Saya suka reka bentuk batang tu besar. Kemas nak pegang dan takde la terlucut waktu nak apply kan

    ReplyDelete
  2. Murah harga dia. Ok je Qiss tengok Iza guna. 2 kali coat je kan. Boleh try nanti. Qiss memang tengah cari maskara yang senang cuci. Senang nak ambil wuduk juga bila dah konfiden bersih.

    ReplyDelete
  3. Harga dia berpatutan. Paling kinah teruja nak cuba sebab mudah nak cuci. Bolehlah beli satu nanti

    ReplyDelete
  4. cantiknya hasil lepas guna makeup tu. nampak menawan & menonjol lagi-lagi mata tu. harga pun murah untuk pengguna beli. boleh la BBL suggest kawan perempuan beli satu nanti

    ReplyDelete
  5. Qaseh jenis bulu mata straight ke bawah, aduhai kena guna pengepit baru nampak lentik haha banyak try mascara tapi last tak lentik mana pun, boleh survey this one, harga pun not bad

    ReplyDelete
  6. tak pernah lagi jumpa mascara yang ada bau wangi ni, and packaging dia pun nampak cantik. Kalau mascara sekarang dah habis, boleh try beli yang ni sebab tengah mencari yang bukan waterproof

    ReplyDelete
  7. Maskara pun kalau nak buat test kat tangan juga yer hehehe tak tahu ingat test kat mata jer wakakakaka... orang perempuan suka lah ada senjata ini huhuhuhu...

    ReplyDelete
  8. review yg sangat jelas & best. walaupun saya tak guna produk ni , bolehlah saya suggest dekat kakak & adik saya, mesti diorang suka. harga pun taklah mahal mana. terima kasih sebab share :)

    ReplyDelete
  9. Nampak beza dia sebelum pakai dan selepas pakai. Nampak bulu mata jadi lebih panjang dan ber volume

    ReplyDelete
  10. I sejenis susah sangat nak pakai maskara. Bukan sebab zusah cuci or what. Tapi sebab I'm specky hahaha leceh lah nak bermaskara. Nanti habis blur cermi mata dibuatnya

    ReplyDelete
  11. Wahhh nampak baguslah maskara nie. Bagi more definition pd bulu mata. Nanti nk suruh kakak cuba lh. Dia mesti suka nie. Thanks for the recommendation

    ReplyDelete
  12. I like your blog a lot. Review smua lawa je. Mascara dia ni kalau pakai bulu mata ataih cantik. Bawah easy to comot sikit sbb gebu gebas wand dia. Hehe

    ReplyDelete
  13. Nampak macam best je produk ni. Boleh lah recommend kat member member nanti. Packaging dia nampak eksklusif. Harga pun not bad, takde la mahal sangat

    ReplyDelete
  14. Wah Lia nak cuba jugak lah mascara ni sebab lia ni pengumpul mascara juga tau. Suka juga buat koleksi sebab kalau makeup simple pun mesti apply mascara

    ReplyDelete
  15. A very detailed review about this mascara. I am sure a lot of women and ladies will find this useful when they are choosing the perfect mascara to let them look more beautiful.

    ReplyDelete
  16. Nampak bagus maskara ni, tapi sis ni tak boleh kalau bukan water resisten, cepat nanti comot kat bawah mata walaupun hanya pakai kat atas je...hehehe. Kalau nak pakai malam hari boleh le..sb tak cepat berminyak

    ReplyDelete