Assalamualaikum
Hari ni Iza nak share dengan korang makanan tambahan yang Iza amalkan lately ni which is BioXcellent Colla White Diamond. Ops! Sebelum tu jangan ingat ni ubat ya? Pengambilan BioXcellent Colla White Diamond bukan untuk hilangkan penyakit tau. BioXcellent Colla White Diamond ni cuma makanan tambahan yang korang boleh amalkan untuk imbangi nutrisi dalam makanan korang tu. Kalau kadang-kadang kulit muka kita ada masalah, antara sebabnya berpunca dari pemakanan. So bila nutrisi kita seimbang barulah kulit pun jadi lebih sihat dan cantik.
Iza pernah share pasal produk ni dekat IG Iza. Kalau korang tak ingat boleh tengok video kat bawah ni and kali ni Iza nak share first impression Iza lepas amalkan BioXcellent Colla White Diamond ni.
Bahan-bahan Utama BioXcellent Colla White Diamond
BioXcellent Colla White Diamond ni merupakan campuran minuman botani dan antara bahan-bahan aktif yang bagus untuk kulit yang terdapat dalam produk ni ialah seperti:
Campuran Beri (yang diperkaya dengan anti oksidan)
Collagen Tripeptide
Astaxanthin
Acacia Gum
Ekstrak buah Anggur
Tomato
Epal
Strawberi
Buah Delima
Kelebihan Minum BioXcellent Colla White Diamond
Dalam video kat atas Iza ada sebut beberapa kelebihan minum BioXcellent Colla White Diamond ni. Yang ni Iza senaraikan lagi apa yang korang boleh dapat dengan amalkan produk ni:
- Sesuai untuk membantu masalah liang pori terbuka
- Dapat membantu melembapkan dan menganjalkan kulit
- Dapat membantu masalah pigmentasi
- Dapat mngurangkan masalah lingkaran gelap bawah mata
- Mengecutkan jerawat dan membantu mengatasi masalah parut jerawat
- Dapat membantu kulit supaya lebih sihat, lembap, gebu dan halus
- Membaik pulih struktur kulit
- Menghilangkan garisan halus dan kedutan
- Mengaktifkan sintesis penghasilan kolagen dalam tubuh
- Melindungi dari sinaran UV, radikal bebas dan pencemaran
- Mencantikan dan menjadikan kuku lebih kuat serta atasi keguguran rambut
Overal Review
Iza dah amalkan produk dalam lebih kurang seminggu. Tapi dalam tempoh seminggu tu Iza dah start nampak kesannya. Kulit muka Iza jadi lebih lembap dan lembut dari biasa and tak nampak kusam sangat. Lingkaran gelap bawah mata pun dah berkurang sikit. Tu baru seminggu tau. Kalau lebih lama mesti lebih banyak kesan.
Rasa BioXcellent Colla White Diamond lepas dibancuh pun tak ada la rasa macam ubat pun. Rasa manis-manis buah je. Tapi Iza suka sebab dia tak manis melenting macam sesetengah collagen lain.
Cara Pengambilan
Cara pengambilan produk ni pun sangat simple. Iza pun ada mention jugak dalam video dekat atas. Korang cuma perlu ambil 1 skop BioXcellent Colla White Diamond dan campurkan ke dalam 200/250ml air suam/sejuk. Kalau Iza memang Iza suka minum dengan air sejuk. Ala-ala minum jus gitu.
Korang boleh amalkan minum BioXcellent Colla White Diamond ni pada waktu selepas sarapan ataupun sebelum tidur. Tapi sangat recommended waktu sebelum tidur sebab penyerapan waktu tidur lebih tinggi.
Tips/Pantang
Ada beberapa tips dan pantang yang korang kena tau bila amalkan BioXcellent Colla White Diamond ni untuk dapatkan kesan yang maksimum:
- Untuk masalah jerawat, sila pantang susu, makanan bergoreng dan kicap soya
- Elakkan pengambilan kafein sebab boleh mempercepatkan penuaan
- Masa period better stop sebab sistem pnyerapan badan masih lemah jd bazir jika minum
- Boleh jarakkan waktu pengambilan selama 5 jam jika ambil ubat dari hospital/klinik
- Boleh jarakkan 1-2 jam pengambilan dengan produk jika mengambil apa-apa jenis produk / supplement / jamu lain
- Sesuai diambil selepas kandungan/baby yg berusia 4 bulan ke atas untuk ibu mengandung / ibu menyusu
- Amalkan minum air masak 2-3 liter untuk kesan terbaik
- Jika mempunyai masalah kesihatan sila rujuk doktor atau pakar kesihatan dulu sebelum mengambil apa-apa jenis produk
Anyway BioXcellent Colla White Diamond ni bukan perempuan je boleh consume tau. Lelaki atau perempuan yang berumur 16 tahun ke atas memang boleh amalkan produk ni. Cuma pada yang alahan dengan seafood dan juga ada masalah resdung tak digalakkan untuk ambil produk ni sebab antara bahan utama dia collagen.
Kalau korang pun nak cuba, korang boleh check out maklumat lanjut dekat link bawah ni ok?
Website
Shopping Online
Facebook
Instagram
“SIHAT CANTIK SELALU”
Thanks for reading. Till we meet again.
Assalamualaikum.
* * *
(Disclaimer: Product was given to me by BioXcellent. All review are honest and product I’m using might goes well with me but not with yours.)