Barang Apa Tu? Kulit Lebih Sihat Dan Muda Dengan BioXcellent Colla White Diamond

By Izaramli - August 18, 2019

Assalamualaikum

Hari ni Iza nak share dengan korang makanan tambahan yang Iza amalkan lately ni which is BioXcellent Colla White Diamond. Ops! Sebelum tu jangan ingat ni ubat ya? Pengambilan BioXcellent Colla White Diamond bukan untuk hilangkan penyakit tau. BioXcellent Colla White Diamond ni cuma makanan tambahan yang korang boleh amalkan untuk imbangi nutrisi dalam makanan korang tu. Kalau kadang-kadang kulit muka kita ada masalah, antara sebabnya berpunca dari pemakanan. So bila nutrisi kita seimbang barulah kulit pun jadi lebih sihat dan cantik.


Iza pernah share pasal produk ni dekat IG Iza. Kalau korang tak ingat boleh tengok video kat bawah ni and kali ni Iza nak share first impression Iza lepas amalkan BioXcellent Colla White Diamond ni.


Bahan-bahan Utama BioXcellent Colla White Diamond

BioXcellent Colla White Diamond ni merupakan campuran minuman botani dan antara bahan-bahan aktif yang bagus untuk kulit yang terdapat dalam produk ni ialah seperti:

Campuran Beri (yang diperkaya dengan anti oksidan)
Collagen Tripeptide
Astaxanthin
Acacia Gum
Ekstrak buah Anggur
Tomato
Epal
Strawberi
Buah Delima


Kelebihan Minum BioXcellent Colla White Diamond

Dalam video kat atas Iza ada sebut beberapa kelebihan minum BioXcellent Colla White Diamond ni. Yang ni Iza senaraikan lagi apa yang korang boleh dapat dengan amalkan produk ni:

  • Sesuai untuk membantu masalah liang pori terbuka
  • Dapat membantu melembapkan dan menganjalkan kulit
  • Dapat membantu masalah pigmentasi
  • Dapat mngurangkan masalah lingkaran gelap bawah mata
  • Mengecutkan jerawat dan membantu mengatasi masalah parut jerawat
  • Dapat membantu kulit supaya lebih sihat, lembap, gebu dan halus
  • Membaik pulih struktur kulit
  • Menghilangkan garisan halus dan kedutan
  • Mengaktifkan sintesis penghasilan kolagen dalam tubuh
  • Melindungi dari sinaran UV, radikal bebas dan pencemaran
  • Mencantikan dan menjadikan kuku lebih kuat serta atasi keguguran rambut

Overal Review

Iza dah amalkan produk dalam lebih kurang seminggu. Tapi dalam tempoh seminggu tu Iza dah start nampak kesannya. Kulit muka Iza jadi lebih lembap dan lembut dari biasa and tak nampak kusam sangat. Lingkaran gelap bawah mata pun dah berkurang sikit. Tu baru seminggu tau. Kalau lebih lama mesti lebih banyak kesan. 


Rasa BioXcellent Colla White Diamond lepas dibancuh pun tak ada la rasa macam ubat pun. Rasa manis-manis buah je. Tapi Iza suka sebab dia tak manis melenting macam sesetengah collagen lain.


Cara Pengambilan

Cara pengambilan produk ni pun sangat simple. Iza pun ada mention jugak dalam video dekat atas. Korang cuma perlu ambil 1 skop BioXcellent Colla White Diamond dan campurkan ke dalam 200/250ml air suam/sejuk. Kalau Iza memang Iza suka minum dengan air sejuk. Ala-ala minum jus gitu. 



Korang boleh amalkan minum BioXcellent Colla White Diamond ni pada waktu selepas sarapan ataupun sebelum tidur. Tapi sangat recommended waktu sebelum tidur sebab penyerapan waktu tidur lebih tinggi.



Tips/Pantang

Ada beberapa tips dan pantang yang korang kena tau bila amalkan BioXcellent Colla White Diamond ni untuk dapatkan kesan yang maksimum:

  • Untuk masalah jerawat, sila pantang susu, makanan bergoreng dan kicap soya
  • Elakkan pengambilan kafein sebab boleh mempercepatkan penuaan
  • Masa period better stop sebab sistem pnyerapan badan masih lemah jd bazir jika minum
  • Boleh jarakkan waktu pengambilan selama 5 jam jika ambil ubat dari hospital/klinik
  • Boleh jarakkan 1-2 jam pengambilan dengan produk jika mengambil apa-apa jenis produk / supplement / jamu lain
  • Sesuai diambil selepas kandungan/baby yg berusia 4 bulan ke atas untuk ibu mengandung / ibu menyusu
  • Amalkan minum air masak 2-3 liter untuk kesan terbaik
  • Jika mempunyai masalah kesihatan sila rujuk doktor atau pakar kesihatan dulu sebelum mengambil apa-apa jenis produk

Anyway BioXcellent Colla White Diamond ni bukan perempuan je boleh consume tau. Lelaki atau perempuan yang berumur 16 tahun ke atas memang boleh amalkan produk ni. Cuma pada yang alahan dengan seafood dan juga ada masalah resdung tak digalakkan untuk ambil produk ni sebab antara bahan utama dia collagen.


Kalau korang pun nak cuba, korang boleh check out maklumat lanjut dekat link bawah ni ok?

Website

Shopping Online

Facebook

Instagram

“SIHAT CANTIK SELALU”

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: Product was given to me by BioXcellent. All review are honest and product I’m using might goes well with me but not with yours.)

  • Share:

You Might Also Like

20 comments

  1. Hi Izaaaaa~ hahaha. Saja menempel. And yes all the kulit2 thingy selalu ada collagen. Either it's artificial, plant based atau animal based.

    Tapi kita allergic dengan collagen yg diesktrak~ tu yg kita jadi alert tu. Make sure ambik sikit dulu, kalau ruam start naik better stop. Nanti merebak.

    ReplyDelete
  2. Oooo.. Patut la ada kwan ckp masa period better stop kalau amik supplement collagen ka apa ka... Kita ingat jamu ja kena stop.. Rupanya tu sebab ya ya.. Thanks for sharing dear

    ReplyDelete
  3. Banyaknya buah, sayur dalam satu produk ni. ada epal, anggur dan tomato bagai. Harap2 lepas pakai muka pun boleh nampak perubahan ye. Nak jaga muka ni kena dari dalam.

    ReplyDelete
  4. Yang pasti para wanita akan menyukai produk sebegini. Bukan sahaja hendak jaga kesihatan dan kecantikan mereka akan cari jua

    ReplyDelete
  5. Bagus ni. Cx nak cubalah nanti. Banyak benefit dia. Paling cx suka bila daapt kecilkan liang pori terbuka. Mmg lepas ni ploleslah. Tapi apa² pon, kena tunggu after deliver baby la hehe

    ReplyDelete
  6. mcm ada baca review ni.
    byk review yg baik. sebab natural kan.
    rasa buah. manis-manis buah.
    perlu suplemen sebegini. cari suplemen yg asli lah kan.
    luaran, luaran jugak. dalaman pun kena ada makanannya.
    boleh la nanti aida survey di watson :)
    byk juga produk sebegini now yg masuk pasaran watson dan guardian.
    mudah nak beli. bagus!

    ReplyDelete
  7. Menariknya produk ni. Kak min amik gak collagen tp yg jenis terus minum dari botol. Pasni leh la try yg ni lak

    ReplyDelete
  8. Betul sangat, setiap masalah dalam tubuh badan kita ni sebenarnya berpunca dari cara pemakanan dan juga apa yang kita masukkan dalam perut. Sebenarnya buah delima pun dah cukup da jika untuk kulit. Tapi ramai wanita tak tahu yang khasiat buah delima ni dapat mencegah dari kenser cyst...

    ReplyDelete
  9. Menariknya produk ni. As a perempuan kita mmg perlukan collagen kn untuk awet muda. Ehhheeh banyak juga kebaikan dan kelebihan produk ni. Rasa tu nampak sedap jerk.

    ReplyDelete
  10. Kita ni memang memerlukn suplement untuk kekal cantik.. Nad pun ada minum bioexcellent ni. Rasanya sedap.. Nad pun perasan perubhan dekat muka ni.. Banyak kelebihan bioexcellent ni.. Murah pulaj tu

    ReplyDelete
  11. Terima kasih iza share pasal bioexellent ni. Mesti ramai kaum wanita di luar sana yg mencari produk terbaik utk kulit dorang. Rasa pun sedap manis buah tak rasa mcm ubat. Mesti best kan?

    ReplyDelete
  12. Untuk lelaki pon boleh eh? Wow nmpak menarik. So basically produk ni untuk kulit muka la kan? Nk try lah nnti.

    ReplyDelete
  13. pernah gak consume, habis sbtol stop. tapi masa minum dapat rasa yang ada tenaga. beza dengan semasa tak consume.

    ReplyDelete
  14. menarik produk ni. zaman sekarang dh senang da, bancuh2 boleh minum.
    semua dah sediakan dalam satu pakej. Memang elok ambil supplement gini, dalaman kena jaga jugak kan

    ReplyDelete
  15. Marsha ada masalah jeragat. Memang elok ni. Nak try lah nanti. Skincare dah ada cuma nak rawat dari dalam je. Thanks sharing tau. Nak terjah sekarang!!

    ReplyDelete
  16. Tengok serbuk tu warna putih tapi bila dan campur dan bancuh dengan air jadi warna oren ada perisa oren ker dalam tu hehehehe orang perempuan suka lah minum-minum ini untuk kecantikan hehehe...

    ReplyDelete
  17. Tahukah anda...kekurangan kolagen antara penyebab keguguran rambut? Orang lelaki pun ada yang memang amalkan minum kolagen dah. 😉

    ReplyDelete
  18. Dah lama sebenarnya tak amalkan minuman collagen ni, nak try balik tapi masih bf Maliq. Kadang2 skincare je tak membantu untuk sihatkan kulit. Dia mesti nak dalaman jugak.

    ReplyDelete
  19. kita bagi mak kita cuba supplement nie dan dia sangat menyukainya !! banyak perubahan setelah amalkan selama seminggu. skrg nie dah masuk botol ketiga dia consume bioxcellent white nie

    ReplyDelete
  20. Terima kasih untuk tips pantang tu nanti boleh la cuba nnti ya. nak juga kulit cantik

    ReplyDelete