Limpahan Coklat Di Belgische Chocolatier

By Izaramli - September 18, 2019

Assalamualaikum.

Hello readers! Hari ni Iza nak share dengan korang tempat makan best lagi. Lately ni asyik cerita pasal makan je. Tapi tak apa, untuk korang tak ada hal punya. So last two weeks Iza balik KL and dapat la join makan coklat dengan Butterfly Project dekat Belgische Chocolatier.


THE CHOCOLATE BROTHERS

Semua idea tercetus dari Remon dan Devan ni. Padahal asalnya hanya borak-borang sambil drive je dengan BMW gang dorang. Then dorang terfikir nak bukak cafe yang serve Belgian chocolate. Dengan tu wujudlah Belgische Chocolatier ni.


TIGA JENIS COKLAT

At first Iza ingatkan dekat sini hanya serve satu jenis coklat je tapi dekat sini sediakan tiga jenis coklat dari Milk Chocolate, Dark Chocolate hingga ke White Chocolate. Bagi dorang citarasa dekat Malaysia ni berbeza-beza so ada sesetengah orang akan suka yang manis biasa-biasa je, kurang manis or nak lebih manis.


MENU YANG UNIK

Dekat sini boleh tahan banyak jugak menu dia, antara kategori yang ada ialah seperti crepe, waffle, pancakes dan cake. Ada jugak disediakan pelbagai pilihan air dari teh, kopi, latte, soda, smoothies, milkshake dan macam-macam lagi.


Walaupun kategori menu dia nampak biasa je tapi actually ada yang unik korang patut cuba dekat sini antara yang Iza rasa lain dari yang lain ialah Sizzling Brownie (RM 29.00) dia. Kalau korang suka makan brownies korang patut cuba Sizzling Brownie ni. Nama pun sizzling and definitely dorang letak dekat dalam sizzling pot tu but sizzle with chocolate. Fuhh memang padu!


Selain dari tu dorang jugak ada Chocolate Sushi Crepe (RM 25.00) dan Fettucine Crepe (RM 20.90). Nampak tak betapa kreatifnya dorang ni sampai boleh terfikir nak gunakan coklat untuk menu macam ni. Chocolate Sushi Crepe tu dipenuhi dengan buah pisang, buah strawberry, krim, rice crispies dan sos coklat. Untuk Fettucine Crepe pulak disediakan sos coklat untuk korang dip. Both pun memang sedap esepecially yang sushi tu.


Kalau korang peminat coklat fanatik mungkin korang patut cuba Three Musketeers (RM 18.90) ni. Untuk Three Musketeers ni semestinya disediakan dengan ketig-tiga jenis coklat yang ada dalam cawan kecil untuk korang teguk one shot. Mampu tak? Cawan dia a bit besar kalau compare dengan tempat lain so memang puas la minum coklat pekat tu. Iza suka coklat tapi Iza tak berapa nak mampu nak teguk secawan coklat tu. Heheh


HARGA BERPATUTAN

Walaupun Beligische Chocolatier ni guna coklat Belgium dan gunakan butter yang bagus tapi harga dia bagi Iza sangat berpatutan. Portion dia pun tak ada la sikit sangat, boleh tahan banyak jugak la. So sangat worth the price. Harga dia serendah RM 12.90 hingga ke RM 49.90. Not bad kan?

Street Waffle (RM 15.00)

Designer Chocolate Crepe (RM 20.90), Volcanic Lava Cake (RM 22.00)

French Fries Churros (RM 15.00), Krispy Bowl (RM 15.00)

TEMPAT SELESA

Cafe ni memang sangat selesa, even anak-anak nak berlari pun ok je kat dalam ni and dorang sangat recommend bawak budak-budak. Ye la, budak-budak paling suka coklat kan? Plus dorang ada jugak kadang-kadang buat workshop masak-masak untuk budak-budak which is very interesting. Iza kalau hantar anak Iza ni takut tak sempat apa dia makan dulu coklat tu. Hahah.



So kalau korang teringin nak try coklat dekat Belgische Chocolatier ni korang boleh check out more details dekat link bawah ni ok?

Alamat
1F-16, 163 Retail Park, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur

Website

Instagram

Facebook

(Disclaimer: Foods were sponsored by Belgische Chocolatier for Butterfly Project Malaysia.)

  • Share:

You Might Also Like

25 comments

  1. whh menarik tu..terpikat saya dekat Chocolate Sushi Crepe dgn Fettucine Crepe tu..kreatif sungguh

    ReplyDelete
  2. Tu diaaa ya Allah.... Julia kalau gi kedai-kedai chocolate cam ni mmg rambang mata sbb mmg hantu chocolate especially dark.

    ReplyDelete
  3. Wahhh syurga coklat ni. Saya suka lagi white chocolate berbanding chocolate biasa ni. Chocolate biasa saya lebih suka chocolate bar jenama C*****Y TU...hehehe

    ReplyDelete
  4. semuanya sedap izaaa. nak kena ajak sis gee datang sni sebab kami memang hantu choc juga. boleh buat tempat meet point ni.

    ReplyDelete
  5. bestnya churros dia cicah dengan coklat pekat macamtu fuhhh terliur terus jadinya. Lava chocolate dia fuhhh terliur sangat ni haha

    ReplyDelete
  6. sedapnya tengok iza makan coklat.. dah la BBL pun coklat lover. yelah mana tak sweet kalu acap kali makan coklat hahaha.. oh dekat area mont kiara je. nanti boleh la datang makan sini

    ReplyDelete
  7. Semua padu lah Iza..yang berdekatan boleh la try..budak-budak bertambah suka la ke tempat macam ni.

    ReplyDelete
  8. Tak nak buka cawangan kat Penang ka? Terus teringat-ingat nak makan coklat. Nak nak yang dark coklat sebab eiza memang suka dark coklat. Unik sungguh menu yang ada. Pelbagai yang mereka hasilkan guna coklat.

    ReplyDelete
  9. Aduhhh terliur sis tgok ceklat2 tu. Dahla fav sis ceklat, tapi sis paling gemar white choc..dark choc ni cam pahit sikit.Nanti nak trylah makan kat sana

    ReplyDelete
  10. Coklat memang favourite. Bestnye macam2 jenis coklat ada kat situ

    ReplyDelete
  11. Bestnyaaaa. Haritu dapat invitation tapi sebab keluar KL xdpt datang. Huhu. Tgk harga semua sangat berpatutan. Padan dengan harga dan makanannya.

    ReplyDelete
  12. Wahhhh seronoknyaaa iza makan dekat BELGISCHE CHOCOLATIER. Nur suka cokelat tp takleh makan banyak sbb senang sakit kepala. Ermmmm Nur nak share kat adik lah. Dia peminat tegar cokelat...

    ReplyDelete
  13. Sedapnya coklat 😍 saya mmg suka coklat tpi tak boleh makan banyak sangat nnti jadi muak. Kalau pilihan coklat, saya lebih suka cooklat putih berbanding coklat koko.

    ReplyDelete
  14. Ya Allah sedapnya. Walau pun kak min bkn sejenis yg giler choc tapi tgk gambar2 ni terliur teroksss rasa hahaha

    ReplyDelete
  15. walaweh
    den dah lah peminat tegar coklat
    terliur teruk wehhhh tengok nih
    nak kena pergi nih

    ReplyDelete
  16. my instagram's username: sayidahlurvechoc! Hahahaha. antara tiga jenis coklat tu saya paling suka dark chocolate. ada pahit pahit lagi saya suka hehe

    ReplyDelete
  17. Aduhai. Sedap nyer!
    Coklat is always sedap pd aida. And ekslusif. Romantik also!

    ReplyDelete
  18. wow..sedapnya coklat! gambar pun mengikut tema gitu

    ReplyDelete
  19. Siapa yang tak suka coklat memang rugi la kan. Tengok menu pun dah menyelerakan. Akak boleh duduk melepak sambil update blgo dengan coklat semua tu tau. Nyummmmyyy!

    ReplyDelete
  20. sedapnya,terliur pulak.nanti boleh cuba.tq iza

    ReplyDelete
  21. Ini adalah lokasi syurga coklat terbaik setakat ini. Rawlins dah mengulang makan kat situ dah hahaha

    ReplyDelete