Jae Ko Diaper Bag Paling Stylish Untuk Mommy & Daddy

By Izaramli - November 05, 2019

Assalamualaikum.

Hari ni Iza nak share dengan korang diaper bag yang setiap mommy kena ada. Biasanya parents yang ada anak especially yang baru ada anak mesti akan cari diaper bag untuk sumbat segala pampers dan baby gear korang kan? Iza pun sama and Iza dah lalui fasa tu. Dulu Iza guna diaper bag yang ada keras dekat belakang tu tapi barang mesti bersepah-sepah dalam bag. Tapi dengan diaper bag ni masalah Iza selesai.


JAE KO DIAPER BAG

Apa yang best sangat dengan Jae Ko diaper bag ni? Haa tipu la kalau korang tak ada rasa nak bergaya dengan diaper bag. Nak nak kalau mommy yang jenis malas nak bawak handbag and semua benda nak sumbat dalam bag anak. Well, I will definitely recommend Jae Ko diaper bag. Jae Ko diaper bag ni simple dan datang dengan empat warna plain which is pink, hitam, kelabu dan biru. Mine is definitely pink walaupun anak Iza boboy.


Design & Material

Bukan setakat bag ni cantik dan stylish untuk mommy tapi daddy pun boleh tau bergaya dengan Jae Ko diaper bag ni. Bag yang lembut dan cantik yang diperbuat dari vegan leather dekat bahagian luar dia mesti korang akan rasa bawak diaper bag lebih bergaya lepas ni. Diaper bag ni ringan dan tahan lasak jugak walaupun korang letak macam-macam. Bahagian dalam pulak diperbuat daripada spill-proof nylon tau. So memang tak risau la kalau tertumpah apa-apa dalam bag tu sebab senang nak lap.


Lagi best pulak korang boleh letak dua huruf untuk initials dekat diaper bag ni tau. Free je! Macam Iza, Iza letak "IR" stands for Izz Rayyan or even for myself Iza Ramli. Dua dalam satu gitu. Pastu bag ni jugak ditambah pulak dengan zip dan logo yang berwarna emas untuk nampak lagi stylish. Kalau korang still tak rasa cantik tak tau la.


Compartment

Kenapa Iza ada mention letak macam-macam dalam diaper bag? Haa sebabnya bag ni ada 13 compartment yang definitely korang boleh sumbat macam-macam dalam diaper bag ni. Ada dua zip bahagian depan yang mungkin mommy or daddy nak letak barang dekat situ. Satu bahagian berzip Iza letak termometer, candy or anything yang small boleh muat masuk dekat situ. Satu bahagian lagi ada 3 compartment which Iza selalu letak power bank and cable phone Iza. Biasa la anak kadang-kadang nak tengok kartun so phone kena selalu battery full.



Dekat bahagian tepi pulak ada dua lagi compartment yang korang boleh letak botol air, botol susu or apa-apa barang lain. Biasanya dekat sini Iza akan letak botol air mineral yang Iza beli time keluar jalan-jalan.


Dekat dalam bag pulak ada enam compartment yang bergetah (pocket) which Iza akan letak pampers, baju extra, kain lampin, topi anak, botol air and mainan pun Iza letak jugak just in case kalau dia bosan dalam kereta. Purse Iza pulak biasanya Iza letak je dekat space yang tengah-tengah tu. Dekat bahagian yang Iza letak botol air tu actually insulated pocket, so kalau korang nak letak botol susu yang dah siap bancuh susu or bekas makanan pun boleh untuk pastikan keep warm.   



Dalam bag ni jugak ada bahagian berzip which Iza akan letak bedak, sikat and minyak. Bila rasa anak dah comot tu boleh la comelkan dia balik dengan bedak and sikat tu. Minyak tu pulak just in case kalau dia sakit perut.


Bahagian belakang bag pulak ada dua lagi compartment which satu dekat bahagian bawah tali bag yang biasanya Iza akan guna untuk simpan messenger strap. Satu lagi pulak bahagian berzip yang Iza akan letakkan phone Iza which Iza rasa safety sikit kalau letak situ.



Accessories

Diaper bag ni didatangkan dengan dua accessories yang diberi percuma antaranya Jae Ko Binky Pod yang lebih kurang macam coin purse ni. Tapi actually binky pod ni boleh muatkan pacifiers anak korang jugak tau and boleh je kalau korang nak letak benda-benda lain yang kecil dalam binky pod ni.


Satu lagi ialah Jae Ko Stroller Straps. Kalau agak-agak dah sakit bahu nak bawak bag tu boleh je korang sangkutkan dekat stroller dengan stroller straps tu and dekat stroller pun still boleh bergaya tau dengan diaper bag ni.


Lepas tu kalau korang nak tukar pampers anak masa pergi mall or berjalan kat mana-mana mesti korang perlukan termpat yang bersih kan? So Jae Ko ada jugak sediakan add-on changing pad kalau korang nak untuk purchase sekali dengan bag. Tapi kalau korang tak nak pun tak ada masalah.


Style With Jae Ko Diaper Bag

Mommy and daddy boleh gayakan Jae Ko diaper bag ni dengan dua cara. Korang boleh pakai ala-ala back pack yang macam biasa diaper bag korang pakai tu. Tapi dengan Jae Ko diaper bag ni memang nampak lagi style la. Tali dia pun adjustable and boleh ikut keselesaan korang.



Selain tu Jae Ko ada sediakan messenger strap which korang boleh gayakan ala-ala sling bag yang biasanya lebih style kalau daddy yang pakai gaya ni. Sama ada nak silang or nak sangkut je dekat tepi bahu. Ikut la style mana korang suka.




Overall Review

Walaupun bag ni nampak macam besar tapi takdela gedabak sangat bila pakai and memang nampak bergaya tau. So far Iza pakai memang Iza sangat puas hati dengan design diaper bag ni. Iza pun bukan jenis suka design yang serabut sangat. Iza lebih prefer design yang minimalist. Lepas tu beg ni lebih ringan dari diaper bag Iza yang dulu walaupun Iza sumbat macam-macam dalam tu. To be honest bag ni memang a bit pricey bagi Iza tapi bag ni worth the price. Kalau ko rang nak bag yang berkualiti and memenuhi citarasa memang Iza recommend beli bag ni.



So amacam? Korang tak teringin ke nak ada satu? Kalau korang nak kan maklumat lebih details korang boleh check out links dekat bawah ni ok?

Price
Bag Only - RM 299.00
Bag + Changing Pad - RM 323.00

Website

Instagram

Facebook

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: Products was sponsored by Jae Ko Designs.)

  • Share:

You Might Also Like

17 comments

  1. cantiklah beg tu, warna dia pun gee suka lah.. nice color :)

    ReplyDelete
  2. menarik, mungkin isteri saya berminat dengan style sebegini selain convenience

    ReplyDelete
  3. Ia sangat bersesuai kepada para ibu di luar sana. Kerana satu beg boleh isi macam-macam keperluan anak-anak jika pergi travel amnnya.

    ReplyDelete
  4. wow kalau macam ni diaper bag, ibu takde anak kecik pun boleh pakai! Satu handbag boleh sumbat segala keperluan especially time travel. Menarik!

    ReplyDelete
  5. Sekarang ni dh mudah...banyak pilihan...xsama mcm 21 tahun dulu masa ank kecik...bag diaper yg biasa2 je...

    ReplyDelete
  6. Wow!!!!!!!! Cantik nyer baby bag nie. Sgt stylish! Colour dia pun lovely. Thank you for sharing this review and information.

    ReplyDelete
  7. cantekkan beg ni..luas dan besar boleh memuatkan macam2 barangan anak didalamnya. na bawa jalan just bawa satu beg jer...ayu pun suka kaler ni..pinky...nampak muda remaja gitu heheheheheh

    ReplyDelete
  8. Ishh cunn sgtt diaper bag ni. Jadi handbag pun okay. Hahaha dahlah kaler pink gituu adoii takk kemana duit ni nnt semua habis ke shoppimg je. Ni kalau pakai mmg tak nampak mcm bwk pampers pun ��

    ReplyDelete
  9. Cantiknya beg dia warna pink. Sis yang tak beranak ni pun rasa nak beli beg tu. Sebab mudah letak semua barang dalam tu. Bolehlah masuk dalam list nanti

    ReplyDelete
  10. Looks so beautiful ! I should have get this when my daughter is still a baby~ but now I am using normal bag putting her pampers and everything! Thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  11. Nad dah ada satu..memng best betul pakai beg ni..rasa stylish je..hehee..memng banyak compartment boleh isi macam2 ...puas hati..nak ambil barg anak pun senang je

    ReplyDelete
  12. Wow!! Memang stylish dan cantik lah.. saya suka juga warna dan material dia. Dalaman dia pun banyaknya poket! Best la tak sepah barang2nya.. I like it :-)

    ReplyDelete
  13. cantik begnya! kalau sekali tengok tak nampak macam kegunaan untuk diaper bag haha. nampak sangat sesuai untuk dipakai berjalan2 di mall. :)

    ReplyDelete
  14. Bukan peminat pink tapi nak juga cakap yang pink dia cantik! Dan bestnya boleh letak initials. Baby semua dah besar, so tak ada bawa barang macam2. Haha

    ReplyDelete
  15. Berkenan pulak TB tengok beg ni.. banyak compartment.. boleh simpan macam-macam, barang tak berselerak dalam beg.. senang nak ambil.. tersusun dalam setiap poket2 tu..

    ReplyDelete
  16. suke tengok beg banyk compartment. kalau diapers bag mmg kene banyak compartmen..sebab barang anak2 kecik2.sume kalau boleh nak bawak satu beg.hheheh

    ReplyDelete
  17. harga dia boleh tahan gak ye. kalau ada promo okei gak ni. huhu. cukup cantik untuk ibu bawa ke mana sahaja. baru lah senang sumbat semua dalam satu beg.

    ReplyDelete