Seafood Mania BBQ Di Furama Bukit Bintang

By Izaramli - November 14, 2019

Assalamualaikum

Hari ni Iza nak share dengan korang tempat makan pulak. Dah lama pulak rasa tak share food review. This post is kinda late sebenarnya sebab Iza pergi food review ni in Oct, sekarang dah Nov. I'm trying my best to do it fast tapi tu la, bila kena anak clingy I can't do anything plus Iza tak ada laptop and totally depends on PC which located dekat bilik paling belakang and so anak Iza akan sentiasa mencari Iza. Fuh. So yeah, tanpa membebel panjang let's continue.


SEAFOOD MANIA BBQ DI FURAMA BUKIT BINTANG

Actually it was my second time makan dekat sini which is sebelum tu Iza ada minum petang dekat situ sempena ada event Natugee, korang boleh check out dekat sini. Then Iza dapat invitation untuk cuba Seafood Mania BBQ dorang pulak for dinner.


Seafood Mania BBQ memang menjadi kegemaran ramai dan kali ni Executive Chef Salsabil and the team mencuba pulak dengan hidangan flaming style. Lagi yang menariknya untuk bbq spread tu, Executive Chef Salsabil sendiri yang cari bahan untuk dapatkan rasa yang terbaik.


Also for the team, dorang pergi ke merata pasar basah dan pasaraya untuk survey dan membuat pilihan makanan laut. Tapi bukan semuanya makanan laut je, meat lovers pun boleh nikmati flaming style ni sebab ada disediakan pilihan daging seperti ayam,  kambing dan lembu.





So basically tetamu hanya perlu pilih hidangan yang nak di grill dan boleh tunggu makanan siap. Sementara menunggu tu boleh cuba menu lain yang disediakan di sini seperti  nasi goreng, salad, buah-buahan, soup, cake dan macam-macam lagi.



Review

Iza cuba hampir semua makanan dan overall rasa dia sedap. Rasa dia memang tak mengecewakan even for the side dish. Rasa bbq spread untuk makanan yang di grill memang paling sedap. Anak Iza pulak memang suka cake and buah. Tu je la yang dia asyik mintaknya. Based on pilihan makanan yang ada worth it la untuk harga yang affordable Furama Bukit Bintang offer which is cuma RM65+ je per person. Dengan tempat yang selesa which kalau bawak family memang tak ada la risau sangat anak nak berjalan-jalan melihat kawasan kan. So kalau korang nak cuba makan makanan laut yang affordable boleh la pergi sini.





Rating


More About Furama Bukit Bintang

Well basically, Furama Bukit Bintang ni tak ada la lama and tak ada la baru sangat sebab dorang bukak pada tahun 2011. Apa yang menariknya dekat Furama Bukit Bintang ni, dia more to "Family Friendly Hotel" dan Furama Bukit Bintang menyediakan beberapa bilik yang bertemakan Castle, Jungle dam Underwater yang boleh menarik minat anak-anak.

Image courtesy of Furama Bukit Bintang
Selain tu jugak terdapat indoor playground untuk anak-anak bermain dengan puas yand dinamakan Waka Waka KL. Masa Iza pergi event dekat sini haritu memang Iza mintak husband stay dengan anak dekat Waka Waka KL supaya tenang mama dia nak pergi event.

Image courtesy of Furama Bukit Bintang
So kalau korang berminat untuk makan seafood or teringing nak stay dekat Furama Bukit Bintang or nak bawak anak main indoor playground dekat sini boleh checout details dekat bawah:

Seafood Mania BBQ - Every Friday & Saturday (Level 3)

Reservation
03-2788 8983

Waka Waka KL (Level LG)

Admission Rates
Weekdays - RM 21.00 (90cm heigh and above) / RM 16.80 (90cm below)
Weekend - RM 28.00 (90cm heigh and above) / RM 21.00 (90cm below)


Furama Bukit Bintang Hotel


* * *

(Disclaimer: Foods were sponsored by Furama Bukit Bintang.)

  • Share:

You Might Also Like

10 comments

  1. Bestnya seleksi makanan dia. Tapi Furama memang makanan dia banyak - hari tu makan dengan keluarga pakcik kat situ. Memasing memang menggila dengan makanan dia.

    ReplyDelete
  2. Wah boleh nampak konsep 'family-friendly hotel' dia tu sebab persekitaran dia nampak ceria dan siap ada playground untuk anak kecil lagi. tapi bab makanan tu, fuh, nampak mengancam betul! Harga untuk RM65 tu pun agak affordable juga tu!

    ReplyDelete
  3. Yum yum yum!!!!!!!!! Sedan nyer tengok all udang galah tu. thank you for sharing this review. Have a good day.

    ReplyDelete
  4. Terliur betul tengok semua juadah yang disajikan tu, dah lah tengah craving nak makan seafood ni. Hujung minggu ni kene cari orang untuk belanja zul disini lah

    ReplyDelete
  5. Wishlist...hotel tu nampak sesuai sangat untuk anak² . Nanti nak ushar lanjut . Bercuti dalam KL pun ok kan...hehehe

    ReplyDelete
  6. sedapnya bbq buffet! dah lama tak makan heavy eat all you can. terliur je tengok gambar dalam entri. boleh la datang makan kat sini nanti

    ReplyDelete
  7. Banyak betul tarikan dia kat sini. Suka jugak menu dia. Memang sedap dan berbaloi la dengan harga yang kita bayar tu. Rupanya selain seafood ada juga menu lain ya

    ReplyDelete
  8. Hari tu pun makan juga seafood mania ni. bagi saya mungkin kalau pelbagaikan lagi pilihan mungkin lebih menarik. ap2pun rasa untuk makanan seafood memang sedap dah. :) harga pun berpatutan jugak

    ReplyDelete
  9. Wah menarik betul makanan dekat furama.. lama pula tak pergi furama.. rasa cam lapar pulak tengok makanan dalam ni.. heee.. ni rasa nak pergi kan..

    ReplyDelete
  10. Tengok makanan dihidangkan semua sedap dan menggiurkan. Memang berbali bg yg duk berdekatan utk mencuba makanan kat sini

    ReplyDelete