Makan Sambal Petai Dekat Luckin Kopi

By Izaramli - December 08, 2019

Assalamualaikum.

Hello readers! Hari ni Iza nak share dengan korang tempat makan yang bagi Iza hidden gem dekat area tengah bandar KL tu. Kedai makan ni ramai Chinese and before you guys judge me, Iza dah tanya berkenaan status Halal tempat makan ni and jangan risau actually dorang dah dalam process pun apply sijil Halal. So jangan risau nak datang makan sini ok?


LUCKIN KOPI

Kopitiam ni terletak dekat Jalan Panggong, KL or orang lebih kenal dengan nama Petaling Street. Apa yang menjadi tarikan dekat sini sebab kopitiam ni nampak sangat heritage, well anyway bangunan kopitiam tu sendiri memang bangunan lama sebenarnya and dorang ubah suai untuk jadikan kopitiam. Tapi bukan tu je tarikan dia, definitely la makanan dia jugak. Biasanya kalau kopitiam ni mesti makanan local atau traditional je tapi tak dekat sini sebab dorang jugak ada sediakan western.



Dalam banyak-banyak makanan yang Iza cuba dekat sini ada satu yang memang menambat hati Iza which is Petai Pasta. Maaf la sis memang kampung style sikit makan sambal petai ni. Tapi for those yang gemar makan sambal petai memang definitely korang kena order menu ni. Sambal dia sedap and cukup rasa bila makan dengan petai yang dimasak sekali tu. Kalau biasa kita makan dengan nasi kali ni try makan dengan pasta pulak. Barula ada kelainan kan? Well kalau korang tak berani nak cuba fusion food korang boleh je order menu western lain yang dorang ada such as Hainanese Chicken Chop atau Cheese Chicken & Fries yang ala-ala makanan Korea tu.

Petai Pasta
Hainanese Chicken Chop
Cheese Chicken & Fries
Ok back to local food, dekat Luckin Kopi ni mestila ada makanan macam Nasi Lemak, Mee dan Laksa. Kalau Mee tu ada dua jenis which is Mee Siam atau Indo Mee. Anyway untuk menu local Nasi Lemak dan Mee tu korang boleh cutomize side dish dia tau which korang boleh pilih sama ada nak Sambal Petai, Sambal Sotong, Rendang Chicken, Chicken Karaage atau lain-lain lagi. Iza pulak cuba Nasi Lemak dengan Rendang Chicken and Indo Mee dengan Chicken Karaage. Both pun sedap tapi favourite Iza memang Nasi Lemak dengan Rendang Chicken dia.

Nasi Lemak Rendang Chicken

Indo Mee Chicken Karaage

Laksa
Kalau korang tak nak makan makanan berat maybe korang boleh cuba roti yang ala-la pau ni atau Chinese sebut Bao. Ada beberapa pilihan tapi yang paling recommended Geng Chow Chicken Bun. Dia punya pau tu memang soft sangat and rasa unik sebab ada isi ayam dengan sos special yang yang buat rasa pau tu lagi sedap.

Geng Chow Chicken Bun
Selain tu ada jugak pemanis mulut local yang korang patut cuba which is Rojak ni. Ni kalau korang tak cuba memang sangat rugi sebab kuah rojak dia manis-manis pedas yang sangat ngam dengan buah and syur dalam rojak tu. Memang terbaik rojak dia. Atau maybe korang rasa nak makan toast macam sarapan pagi ke, korang boleh try Luckin Toast. Set ni datang sekali dengan telur separuh masak dan roti dengan empat jenis sos yang korang boleh cuba. Yang ni not bad jugak.

Rojak

Luckin Toast
Kalau dah namanya kopitiam tak lengkap la kalau tak ada kopi kan? Iza bukan penggemar kopi sangat tapi for those yang memang suka kopi korang patut order Luckin Kopi Kaw. Memang betul-betul kaw rasa kopi dia. Tapi ada yang lagi best korang patut cuba, Heritage Nanyang Kopi. Set datang dengan tiga jenis kopi dari tiga tempat which is Kuala Lumpur, Ipoh dan Melaka. Haa. Ni kalau kaki kopi tak minum memang bukan kaki kopi la. Kalau sis memang tak mampu la. Kaw sangat rasa kopi dia.

Heritage Nanyang Kopi
Overall Rating


So sekarang korang rasa patut ke tak patut datang sini? Actually banyak lagi makanan yang dorang offer, tapi sis tak mampu la nak makan semua. Apa yang Iza share dekat sini mostly memang recommend and memang sedap. Jangan lupa check out dorang dekat link bawah ni ok?

Alamat
Luckin Kopi
14, Jalan Panggong, City Centre, 50000 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Instagram

Facebook

* * *

(Disclaimer: Foods were sponsored by Luckin Kopi.)

  • Share:

You Might Also Like

18 comments

  1. Jangan main main tau..sambal petai pon ado kat sini haaaa .

    ReplyDelete
  2. Ramai yg rekomen tempat ni. Nampak.menu semua menarik dan sedap2.nanti nak cubalah

    ReplyDelete
  3. Oh ada Halal.. alhamdulillah. Tak lah ragu-ragu nak menikmati juadah di sini. Yang bestnya kopi. Saya suka kopi hehe.

    ReplyDelete
  4. Luckin Kopi ni sebenarnya tak jauh pun dari rumah emi. Tapi tak berkesempatan lagi nak cuba juadah kat sana.

    ReplyDelete
  5. sedap sedap ye nampak makanan tu indoor cafe pun nampak menarik je boleh lah try lepas ni

    ReplyDelete
  6. Sedap tak petai pasta tu? sambal petai tu petai je ke atau ada udang ke apa ke? Maaf taknampak sangat dalam gambar tu .hehe

    ReplyDelete
  7. Sedap tu. Sambal petai tu saya suka makan feveret😃

    ReplyDelete
  8. Serious memang sedap giler food kat Luckin Kopi ni dan kak min mmg paling suka nasi lemak sambal petai dia..perghhh mabeles

    ReplyDelete
  9. Tak leh move on lgi dgn kopi ais dia.. giler kaw2. Kak liez suka pasta ala thai tu. Uisshhh memang buat teringat je.. overall memang suka betul dengan pilihan makanan di Luckin tu..mmg nak repeat lg

    ReplyDelete
  10. Bao tu jarang jumpa tempat halal jual.. Tengok je member chinese makan. Nak try lah bao kat sini,dekat je ni

    ReplyDelete
  11. Sehari ke sehari nak cuba makan kat kedai ni. Ramai pulak tu kata sedap n deco pun cantik utk bergambar. Nak gi jugaklah nanti

    ReplyDelete
  12. Ramai yang dah share pasal Luckin Kopi ni. Bilalah nak jejak ke sana.

    ReplyDelete
  13. Petai banyak khasiat tau . Tertarik betul nak datang sini sebab diamacam gabungkan western dan masakan Melayu/Malaysian. Unik tu !

    ReplyDelete
  14. Hari tu ada jugak lalu dkt kawasan ni, memang beratur sampa ke luar kedai! Terpaksa cancel plan makan kt luckin hari tu

    ReplyDelete
  15. sambal petai is terbaik la.
    sini puna da :) wow! terbaik lah.
    petai da masuk restaurant tau hi hi hi hi...
    nice plak plating all the foods.
    menarik perhatian kita nak gi luckin kopi ni.
    terasa selesa kan bila makanan nyer cantik gitu.

    ReplyDelete
  16. Dah pernh rasa dekat sini.. Memng sedp.. Suka smeua maknan dia.. Nanti jalan2 sana nak singgah lagi.. Tempat dia pun cntik

    ReplyDelete
  17. Favourite saya tu sambal petai. Kalau dpt makan dgn nasi panas lagi sedap. Thank you for suggestions, dtg sini nanti boleh singgah

    ReplyDelete
  18. kita teringin makan dekat Luckin Kopi nie. nampak ramai beri feedback positif. nanti nak cuba lah

    ReplyDelete