Pilihan Makanan Yang Banyak Di Gurume Evo Mall

By Izaramli - December 15, 2019

Assalamualaikum

Hari ni Iza nak share dengan korang tempat makan yang korang patut singgah bila ada dekat area Bangi. Gigih tau Iza datang sini sebab nak cuba makanan dia. Kalau korang jenis yang time lunch je tak tau nak makan apa, dekat Gurume ni memang tempat paling sesuai untuk korang. Datang sini mesti korang tau nak makan apa. Haaa dahsyat tak? Ok meh sini baca lagi.


GURUME

Gurume ni ada dalam bangunan Evo Mall, Bangi. Gurume ni dia lebih kurang berkonsepkan mini food court. Haa sebab tu la pilihan makanan dia banyak sampai korang yang tak tau nak makan apa pun boleh tau nak makan apa. Dari makanan local, western sampai ke pemanis mulut. Sebut je apa yang korang nak makan. Dekat sini Iza listkan jenis makanan yang ada dan yang Iza dapat cuba masa makan kat sana.

Western & Asian Food Cuisine

Kalau korang suka makanan western atau jenis yang suka makanan local, dekat Gurume memang banyak pilihan untuk korang. Antara pilihan makanan western and asian dia ada perlbagai jenis mee, nasi lemak, pizza dan macam-macam lagi.







Untuk western Iza cuba Gurume Fish & Chips dengan BBQ Chicken Chop. Portion dia boleh tahan banyak jugak la untuk Iza. BBQ Chicken Chop dia memang juicy tapi my most favorite Gurume Fish & Chips dia sebab sos dia memang sedap and korang patut cuba.

BBQ Chicken Chop

Gurume Fish & Chips
Asian food dia pulak Iza cuba Laksa Utara dengan Gurume Fried Kway Teow. Laksa dia memang terasa macam makan dekat Langkawi dulu siap ada ikan lagi tau. Sedap! Tapi Gurume Fried Kway Teow dia the best sebab cukup rasa semuanya. Ni pun sangat recommend tau untuk korang cuba.

Laksa Utara

Gurume Fried Kway Teow

Gurume Sushi

Haa. Jangan tak percaya ok dekat sini pun ada sushi. Pilihan sushi dia pun boleh tahan banyak jugak. Bagi peminat sushi memang boleh senang hati makan dekat sini. Iza pun sempat jugak try dorang punya sushi and not bad la. Kalau korang biasa beli sushi yang jenis bundle satu pack tu, lebih kurang macam tu jugak la dekat sini.






Gurume Patisserie & Bakery

Dekat sini jugak ada section patisserie and bakery. Banyak jugak pilihan roti dan cake yang ada. Tak lupa jugak ada ada macaroon dekat sini. Anyway cake dekat sini korang bukan setakat boleh beli satu slice je, korang jugak boleh beli whole cake or nak tempat untuk majlis korang tau. Nice kan? Iza cuba Red Velvet dengan Chocolate Mud. Both pun sedap, tapi my favorite definitely la chocolate. Siapa yang tak suka chocolate kan?






Red Velvet Cake

Chocolate Mud Cake

Gurume Street Food

Street Food dia pulak makanan yang biasa senang jumpa dekat tepi jalan macam cendol, pisang goreng dan lain-lain. Iza cuba Pisang Goreng Cheese dia which level up lagi la dari street food yang kita biasa jumpa. Siap ada aiskrim lagi tu. The taste not bad jugak la but I wish rasa cheese dia lagi kuat lagi but still this one pun ok sebab blend with the ice-cream.




Pisang Goreng Cheese

Gurume Gelato

Last but not least, dorang ni pun ada gelato. Best giler ok? Sebab pilihan gelato dia pun not bad jugak and I really love ice-cream. Gelato dorang ni boleh tahan soft jugak tau so memang budak-budak confirm suka punya la.




Overal Review


For me it is a nice place to come sebab banyak sangat pilihan makanan dia. Harga pun quite affordable la. Makanan yang dorang serve pun boleh tahan cepat jugak. Cuma untuk Iza a bit jauh la datang Bangi. Kalau ada berjalan ke Bangi boleh la singgah datang lagi.


So korang still pening lagi tak nak makan apa waktu lunch? Tak pening dah kan? Heheh. Korang boleh check out more details dekat link bawah ni ok?

Alamat
Evo Bangi, Aeon MaxValu, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi.

Instagram

Facebook

* * *

(Disclaimer: Foods were sponsored by Gurume.)

  • Share:

You Might Also Like

19 comments

  1. sedap semua menu makanan dia. gee suka pasta dan ais krim hehe

    ReplyDelete
  2. wahhh...ada mall baru laaa..kena jejak juga ni. asik mall sama je kan bosan lak.

    bab makan la paling syok kalau dlm mall.. makan sedap, tmpt selesa..

    must try ni!

    ReplyDelete
  3. Okayyyy, sebenarnya emi tak tahu pun ada mall nama Evo Mall kat Bangi. Rasa noob pulak. Tapi menu semua nampak menyelerakan , lagi2 dessert tu.

    ReplyDelete
  4. Rawlins suka menyinggah bakeri Gurume tu. Banyak pilihan dan segar-segar juadahnya. Selalu beli untuk juadah sarapan di hujung minggu.

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap jer semua makanan kat ats ni.. nampak menyelerakan . Suka pulak aiskrim tuuuu... banyak pilihan perisa yang ada.

    ReplyDelete
  6. OMG banyaknya selection dia! Malaysian, Western, Sushi, pastries semua ada! Boleh pergi dgn big group sbb mesti ada yg sesuai utk mereka kan?

    ReplyDelete
  7. Dah lama tak sampai Bangi. Seksyen 9 pun sis dah lupa kat mana. Biasa kalau AEON mesti pilihan makanan di apelbagai dan boleh tahan. Harga pun standard aje. Next week nak ke kIP mall. Bolehlah singgah sini juga.

    ReplyDelete
  8. Evo Mall kat Bangi ni macam perlukan publisiti sikit sebab orang tak ramai.

    ReplyDelete
  9. Bukti lama gila xpergi Bangi, sampai blur sat bila dengar nama Evo Mall.. Dekat sebelah mana tue?

    ReplyDelete
  10. Banyak ya pilihan makanan dia. Nanti kalau sis ada menuju area sana boleh lah singgah, tapi kalau jumpa jalan le..tapi rasanya kalau guna waze sure senang kan?

    ReplyDelete
  11. OMG macam2 ada ya kat sini. Sushi pon ada. Dappnya !! Serious dekat je dgn Serdang. Bolehlah singgah nanti

    ReplyDelete
  12. Betul2 banyak pilihan makanan dekat sini.. Kalau da masuk nie rasa nak makan semua je kan..nak2 ada pilihan sushi tue..adududu..buat xsabar nak pergi sana. .

    ReplyDelete
  13. Gurumen? First time dgr. Nanti turun bangi kena cuba ni. Tgk ada sushi n lain2 mknn jepun. Mesti sedap

    ReplyDelete
  14. sedapnyaaaa semuaaaa..
    thanks suggestkan tempat makan. kadang2 pergi bangi sampai dah xtau nak makan mana.

    ReplyDelete
  15. ni mcm food court jer?
    ye ke? da few months tak ke bangi sejak grad ni.
    if tau dulu, sure dah terjah lepas kelas :)
    aneka makanan under one roof.
    if bwk anak2, mudah, pilih jer nak makanan apa, kan :)

    ReplyDelete
  16. Sedapnya gelato. Kita mmg suka gelato. Semua makanan dia sedap2

    ReplyDelete
  17. okay, dekt dengan rumah, tapi tak tahu kewujudan tempat ni. bolehlah pergi nnti. thanks share ya :)

    ReplyDelete
  18. Waa nice laa nampak this place. Macam bnyak sangat interesting food di sini. If anything pasal food ni I'm down for it XD

    ReplyDelete
  19. dalam banyak2 tu kueh tiew tu paling mengancam....makanan lain2 tu nampak sedap jgak...ehh boleh laa p evo mall ni rasa makanan kt sana pula..

    ReplyDelete