Pelancaran LUSLIMLABEB For Mommies Dan Sambutan Hari Lahir Madam Ell

By Izaramli - January 03, 2020

Assalamualaikum

Hari ni Iza nak share dengan korang event yang Iza sempat attend sebelum berakhirnya tahun 2019 which is pelancaran produk terbaru dari Olathee iaitu Luslimlabeb for Mommies dan event tu jugak disekalikan dengan sambutan hari lahir founder Olathee iaitu Madam Ell.


LUSLIMLABEB

Luslimlabeb merupakan teh yang berasaskan herba asli yang orang cina selalu guna. Pada asalnya pun Madam Ell dan suami tak terfikir pun untuk jual tapi sebab ramai yang nampak perubahan pada Madam Ell yang dapatkan turunkan berat badan sebanyak 18kg selama 2 bulan, dorang pun jadi seronok nak kongsikan teh herba tu. Maka terhasillah Luslimlabeb yang lebih mudah untuk consume oleh orang ramai dalam bentuk uncang dan lebih murah berbanding beli sendiri dikedai herba cina. Luslimlabeb terdiri daripada Morning Boost dan Evening Doze Off yang perlu diambil pagi dan petang. 

Photo Credit  - Olathee Facebook
LUSLIMLABEB For Mommies

Bila produk Luslimlabeb ni dah makin ramai yang tau, so adalah yang bertanya kalau-kalau produk ni sesusai untuk ibu yang menyusu tapi malangnya Luslimlabeb Morning Boost dan Evening Doze Off tu mempunyai kandungan herba yang tak sesuai dengan ibu menyusu. Disebabkan ramai yanh request Madam Ell dan suami tak putus asa mencari jalan. Setelah hampir setahun R&D, kali ni dorang berjaya keluarkan produk Luslimlabeb for Mommies yang dibuat khusus untuk ibu menyusu yang nak turunkan berat badan dengan cara yang semulajadi dan lebih selamat. 


Berkonsepkan sama seperti Luslimlabeb Morning Boost dan Evening Doze Off yang mempunyai total 13 jenis herba, untuk Luslimlabeb for Mommies hanya terdapat tujuh jenis herba asli yang digunakan iaitu Rooibos Tea, Roasted Dandellion, Corn Must, Roselle, Litchi Core, Hemp Seedv(Hulled) dan Perilla Seed. Cara nak consume pun sangat mudah sebab dah siap dengan uncang, cuma perlu tambah air panas dan tunggu 3-5 minit sebelum minum. Kalau nak rasa lebih sedap boleh tambah sepotong lemon atau sedikit madu.


SEKITAR MAJLIS PELANCARAN DAN SAMBUTAN HARI LAHIR MADAM ELL

Pada 29 Disember lepas Luslimlabeb for Mommies telah pun dilancarkaan dengan jayanya dan sambutan pada majlis pelancaran pun agak meriah jugak. Semua yang hadir pun mengenakan baju bertema putih dan pink.

Ucapan dari Madam Ell dan suami

Pelancaran Luslimlabeb for Mommies
Terdapat jugak beberapa aktiviti yang menarik berlansung iaitu antaranya pertunjukan silap mata dari Hazeeq yang memukau semua yang hadir dalam dewan masa tu. 


Seterusnya persembahan dari suami Madam Ell sendiri yang menyanyikan lagu untuk Madam Ell. Sweet pulak tengok dorang ni. Bukan senang tau nak nyanyi depan ramai orang macam tu.


Majlis diakhiri dengan acara potong kek oleh Madam Ell sempena hari lahir Madam Ell dan Madam Ell dapat kejutan pulak dari adiknya dengan sejambak bunga. Bertuah betul Madam Ell dan Iza pun nak ucapkan Selamat Hari Lahir jugak walaupun dan lewat beberapa hari ni. Semoga bisnes Madam Ell dan suami terus maju. 




Iza nak cuba produk Madam Ell ni tapi malangnya Iza tengah pregnant so dapatlah nak try. Maybe Iza akan buat giveaway untuk mommies yang nak try kat luar sana nanti. Anyway pada yang nak cuba produk Luslimlabeb ni korang boleh check link dekat bawah ni and dorang pun ada sediakan pakej dan tips nak turunkan berat badan jugak.

Website

Instagram

Facebook

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: The event was held at Boraombak, Putrajaya by Olathee)

  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. I'm a tea lover, always love to try a new one and glad I found this blogpost. Thanks for sharing and Great share!

    ReplyDelete
  2. Wow banyak turun berat badan tu hanya dengan minuman teh ni je ke?

    ReplyDelete
  3. Bolehlah cuba teh herba cina yang dah siap dalam uncang ni. Mudah sikit. Biasa beli teh oolong. Lepas ni nak cuna lah Luslimlabeb.

    ReplyDelete
  4. Wsh. Meriah betul event mengharai mommy2 ni. Dengan tema pink2 gitu.

    ReplyDelete