Berus Makeup Super Soft Lip & Co

By Izaramli - February 04, 2020

Assalamualaikum!

Hello readers, hari ni Iza nak share dengan korang produk yang Iza dapat dari Lip & Co. To be honest Iza rasa dah lama sangat tak update blog. Tengah pregnant ni banyak halangan. Well I already passed my everyday morning sickness, but still bila bau pelik-pelik memang tak boleh tahan. Anyway, finally got chance to write again. Actually banyak produk Lip & Co yang Iza nak share sebenarnya sebab hari tu dapat bunch of makeup jugak together with the brush tapi this time Iza cerita brush dulu. Makeup tu I will do video pulak. Variety sikit content. Before I start, thanks so much Kelvin sebab baik sangat bagi macam-macam produk Lip & Co untuk Iza cuba. Saranghae!


LIP & CO VEGAN BRUSH

Baru ni Lip & Co ada keluarkan produk baru which makeup brush. Apa yang menariknya brush ni sebab dia dual brush which means setiap brush ada dua funtion. Tapi apa yang paling best ialah sebab brush ni vegan tau and brush ni diperbuat dari 100% Ultra Soft High Quality Vegan Synthetic Hair. Iza bab makeup brush ni Iza memilih sikit sebab tu kalau beli brushes memang Iza lagi prefer local brand yang ada mention brush dorang diperbuat dari apa. Takut la jugak kot dari bulu yang tak sepatutnya kan? For muslim, this brand memang korang boleh give a try sebab dia vegan. Satu lagi benda penting perlu ada pada brush tu sendiri ialah lembut, siapa yang suka guna brush tapi sakit kat muka kan? Vegan brush dari Lip & Co ni memang lembut. Korang boleh tengok story dekat IG Iza masa Iza unboxing. Sumpah lembut brush dia.



Bulan Februari ni Lip & Co ada buat promo tau sempena Valentine's Day, so masa ni la paling sesuai kalau korang nak beli vegan brush ni and untuk hadiahkan dekat orang tersayang. Bukan setakat dapat brush je ada, brush tu siap sekali dengan engrave and ada jugak free gift lain yang sangat berbaloi kalau korang beli time offer ni. Tapi kalau korang nak beli satu-satu pun boleh je sebab asalanya memang brush ni dijual individual and sekarang pun tengah ada sales.


DUAL ENDED ESSENTIAL EYE VEGAN BRUSH

#301 Precision Multi Brush


Bahagian yang ni sangat sesuai untuk both powder and cream formula. Which means korang boleh guna untuk eyeshadow, untuk brow highlight atau pun untuk letak concealer. Senang bila brush multitask ni. Macam-macam boleh guna.

#302 Brow Definer


Brush yang serong macam ni pun banyak gunanya. Kebiasanya orang guna sebagai brow brush sebab tu namanya brow definer. Brush ni pun sesuai untuk both powder and cream formula. Lepas lukis kening boleh guna concealer jugak untuk cantikkan lagi kening korang tu. Satu lagi kegunaan brush yang serong ni, korang jugak boleh guna untuk buat eyeliner jugak.

DUAL ENDED VEGAN FOUNDATION & CONTOUR

#201 Foundation Brush


Dah terang lagi bersuluh this one definitely untuk foundation. Brush ni sangat sesuai untuk both liquid ataupun cream foundation. Ada setengah orang suka guna brush instead of sponge. So this brush memang sesuai la untuk yang suka guna brush. Macam Iza both pun Iza ok je. Nak Senang travel Iza akan prefer brush. Dual brush macam ni lagi best bawak travel sebab jimat space.

#202 Precision Cream Brush


Walapun nama dia cream brush tapi sebenarnya boleh guna untuk banyak benda. Brush ni memang sesuai untuk cream and liquid formula. So korang boleh guna brush ni untuk foundation jugak ataupun korang boleh guna untuk blend and puff lepas dah letak foundation guna foundation brush. Selain tu, korang boleh jugak guna untuk blusher, highlighter and contour yang jenis cream or liquid tu.

DUAL ENDED VEGAN POWDER BRUSH

#100 Powder Brush


This one paling sesuai untuk setting powder and biasanya kalau kita jumpa brush ni pun memang gunanya untuk setting powder je.

#101 Precision Powder Brush


Brush ni pulak sesuai untuk blending, highlighting, contouring and blending jugak tapi lebih kepada powder product. Kalau cream brush tu untuk yang cream or liquid kan, yang ni untuk powder. Kadang-kadang taste orang ni tak sama, ada yang suka guna jenis cream tapi ada yg prefer jenis powder. Macam Iza, Iza lagi prefer powder kalau untuk highlight, blush or contour. So brush ni memang sesuai untuk Iza.

Overall bagi Iza kalau korang suka brush yang compact and senang bawak travel, korang should give a try untuk vegan brush ni. Plus brush ni vegan and cruelty free so korang boleh guna dengan senang hati tanpa rasa bersalah. Jangan lupa check out more details dekat link bawah ni ok?

Website

Instagram

Facebook

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: All products were sponsored by Lip & Co.)

  • Share:

You Might Also Like

10 comments

  1. Rawlins sejenis mudah terpengaruh apabila melihat estetik sesuatu alat. Terus terpengaruh dengan warna pink nie haha

    ReplyDelete
  2. Cantiknya berus dia warna pink. Serius kena beli sebab comel sangat

    ReplyDelete
  3. canteklah brush ni suka tengok///warna pink sangat swett heheh

    ReplyDelete
  4. cun la berus ni. comel sangat kena belilah ni. jom sama-sama

    ReplyDelete
  5. Kemain banyak jenis berus ek? Sis guna yang beso bulat tu jer, sebab tak guna makeup sangat, guna pun untuk losse powder je...kalau anak Sis, sukalah pink gini hehehe

    ReplyDelete
  6. Memang menarik berus dia! Hahha kak min tak pandai makeup, berus banyak2 ada tp yg guna utk blusher je haha

    ReplyDelete
  7. Wah banyaknya berus-berus dia. Setiap berus ada fungsi dan tujuan berbeza.

    ReplyDelete
  8. Betul, kalau tengok brush, kene tau bulu dia dari mana..tengok brush ni mavam best je..lembut je tengoknya

    ReplyDelete
  9. cantik sungguh berus make up ni. nampak exclusive dan elegen gitu. tengok pon tahu lembut je rasanya.

    ReplyDelete
  10. Seriously, sy tak pandai guna berus2 ni coz memang tak pandai bermekap hehe ^^ apa pun berus ni nampak lembutkan.

    ReplyDelete