BBW

Big Bad Wolf Pahang 2020

By Izaramli - March 01, 2020

Assalamualaikum!

Hello readers! Lama dah tak bersiaran dekat blog ni. Anyway, harini Iza nak share dengan korang the most famous book fair in town, Big Bad Wolf (BBW)! Wuhuu!


Yup, BBW datang lagi dekat Pahang. Last year Iza ada pergi jugak masa Iza baru je pindah Kuantan. Tak sempat nak cerita sebab busy nak settle hal masuk rumah. But this year memang definitely Iza share.

Busy pilih buku ke tu?
This year macam biasa jugak BBW diadakan di:

Lokasi - Kompleks Sukan, UMP Gambang 
Tarikh - 28 Feb - 9 Mac 2020
Waktu - 10 pagi hingga 12 tengah malam

Haaa. Shopping buku sampai lebam. 

Iza baru je berkesempatan nak pergi semalam and dapat la grab beberapa buku anak. Buku untuk diri sendiri tak ada. Hahah. Iza kalau pergi BBW ni memang cari buku anak je. Last time pergi Iza banyak beli buku untuk dia belajar. This time Iza banyak beli buku cerita.


So here some of the books yang menarik perhatian Iza and ofcourse budak kecik tu jugak. 

Pop-up book. Best buku ni. Memang sangat attractive untuk budak. Anak Iza suka giler buku ni.

Buku dengan lagu ni memang tak boleh kalau tak beli sebab anak Iza memang suka buku berlagu.

Buku ni lebih kepada belajar mengira tapi still dalam bentuk cerita.

Buku ni pun fav anak Iza jugak sebab ada monster and ghost. Buku ni pun best.

Iza beli jugak buku yang anak Iza boleh belajar menulis. Tapi kali ni numbers pulak.

Buku ni lebih kepada main sebenarnya. Cari gambar tersembunyi.
Apa yang bestnya bila beli buku dekat BBW ni harga buku-buku dia agak tak masuk akal tau. Mostly buku budak-budak tak ada yang murah kalau korang biasa masuk bookstore. Kebanyakannya mesti RM20 ke atas. Tapi dekat BBW ni, buku yang harga RM30-RM50 tu korang boleh dapat dalam RM15-RM18 je. Murah giler kan? Memang tak heran la orang datang BBW ni beli buku sampai penuh troli.

Buku-buku semua ikut section so senang korang nak cari.
Untuk pengetahuan korang, buku-buku yang Iza beli tu tak sampai RM100 pun. Banyak kot and mostly semua jenis buku keras.


So korang yang duduk area Pahang tu jangan lupa singgah BBW ok? Belah-belah Terengganu and Kelantan pun boleh jugak singgah. Bukan jauh sangat pun. Hehehe. Lepas tu, join jugak contest yang dorang buat. Mana tau kot-kot bertuah boleh dapat voucher RM50 untuk shopping buku atau grand prize dia shopping buku 1 troli.

Ramai orang que time nak bayar.

Tapi korang jangan risau. Kaunter nak bayar pun banyak. So process semua laju.
Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh checkout link dekat bawah ok?

Website

Instagram

Facebook

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

  • Share:

You Might Also Like

15 comments

  1. Huhu sy selalu termiss big bad wolf nie...
    btw sy dah follow blg sis.. Have a nice day ^^
    Done klik iklan juga hehe.. semoga dimurahkan rezeki selalu ..

    ReplyDelete
  2. Marina pegi masa kat Ipoh aritu. Memang gile tengok buku kat bbw ni. Murah betul.buku kanak2 menggida btul

    ReplyDelete
  3. seronoknya bila gi pesta buku. bbw memang ohsem. tak pernah miss pergi kalau ada di melaka ni.
    byk buku. luas. puas hati kan bila bau buku :)
    aida beli kan buku utk anak-anak je la, iza. sendiri tak brape minat membaca buku ha ha ha ha ha...

    ReplyDelete
  4. comelnhya anak iza! Tak pernah lagi pergi BBW ni, sebab tempat dia buat tu tak pernah ngam haha. Masa kecik dulu suka pop-up book macam ni sebab menarik. Cantik!

    ReplyDelete
  5. Wah! Sronok gie Big Bad Wolf. Byk buku boley dibeli dgn harga lebih murah.

    ReplyDelete
  6. Saya memang suka sangat pergi big bad wolf sales dan borong buku.

    ReplyDelete
  7. Pop-up book tu nampak menarik lah. Senang nak pupuk minat anak dgn buku. Murah btol harga. Mmg kena borong kalau pergi

    ReplyDelete
  8. Anak bujang sis mmg suka ke BBW ni..inilah masanya dia dpt beli buku murah2. Kalau sis..rasanya sekali je kot pergi..jd pening tgok org ramai

    ReplyDelete
  9. wah seronoknya shopping stok buku. dah lama tak pergi big bad wolf ni. last pergi boleh tahan banyak buku bawak balik

    ReplyDelete
  10. Sekarang BBW memang dah ada buat di kebanyakkan negere ya. Ingatkan dulu area KL sahaja. Bella belum pernah pergi. teringin juga nak merasa then beli buku masakan. Mesti sgt murah kan!

    ReplyDelete
  11. Bestnya.. bila BBW nak turn buat kat KL nnti leh la AM bawa anak2.. mesti sakan diaorg rambang mata memilih buku kegemaran masing2

    ReplyDelete
  12. Best spot to spend your money! Kitorang #YkFamily memang setahun sekali beli buku dekat BBW ni. Sekali beli emm beratus-ratus habis untuk anak-anak. Tak ingat harga terus haha

    ReplyDelete
  13. Rasa tak puas shopping buku di BBW masa di Seremban. Memang patut BBW ni diadakan setiap bulan tiap2 tahun. Banyak buku murah2 je

    ReplyDelete
  14. Wahh.. banyak borong.. saya pun kalau datang ke BBW ni, borong buku-buku anak je. Dengan buku-buku latihan.. murah-murah kan! Best shopping kat BBW.

    ReplyDelete
  15. Luckily it was happened before before the quarantine time. Stay healthy and have a quality time with your fam.

    ReplyDelete