Buka Buku Merah Dekat Klinik Kesihatan

By Izaramli - March 04, 2020

Assalamualaikum!

Hello readers! Hari ni Iza nak share dengan korang apa korang perlu buat untuk buka buku merah atau orang panggil jugak buku pink. Entry kali sesusai la untuk bacaan mommy baru dan jugak mommy lama. Mentang-mentang la Iza tengah pregnant skarang terus nak cerita kan? Well anyway, info macam ni berguna tau bukan sebab saje-saje nak share je.


SENARAI DOKUMEN UNTUK MOMMY BARU

  1. IC diri sendiri 
  2. Salinan IC suami
  3. Salinan sijil nikah
  4. Apa-apa salinan bil yang ada alamat rumah
  5. Keputusan UPT / rujukan doktor 

So bagi tiga yang teratas tu penting tau untuk dorang kategorikan korang sebagai dah kahwin atau belum. Untuk kes anak luar nikah pun ada actually tapi Iza tak pasti yang tu. Kali ni Iza share yang standard punya procedure ya.


Macam salinan bil tu biasanya nak check alamat je untuk pastikan korang daftar dekat Klinik Kesihatan yanv betul dan nak kategorikan korang ni kawasan mana sebab kadang-kadang alamat IC lain, alamat rumah duduk sekarang lain. Macam Iza sekarang la. Heheh


Kalau korang ada budget lebih, korang pergi la buat scan lepas dah buat ujian UPT kat rumah. Bagi Iza lagi senang bawak keputusan scan dari bawak keputusan UPT tu untuk prove korang ni memang pregnant. Sekarang ni banyak dah pakar sono yang bukak klinik khas sono which lg murah dari korang check kat klinik swasta biasa. Tips nak scan, Iza recommend korang pergi time dah 9 minggu ke atas so boleh tengok heart beat baby sekali. Sempat ke nak buat buku? Sempat sangat. Korang boleh buat buku selewat-lewatnya 12 minggu. Lepas 12 minggu dah consider late booking.


Iza dulu pernah scan awal then nampak dua kantung pastu banyak pulak dia punya kebarangkalian. Masa tu doktor suspect dua benda, sama ada cyst ataupun worst case ectopic pregnancy which kantung baby luar rahim. Nak tercabut jantung Iza dengar. So nak elakkan banyak kebarangkalian macam ni better jangan scan awal sangat.


SENARAI DOKUMENT UNTUK MOMMY LAMA

  1. IC diri sendiri
  2. Buku merah lama
  3. Apa-apa salinan bil yang ada alamat rumah 

Kalau korang dah pregnant sebelum ni lagi senang nak daftar buku merah ni. Dengan buku merah lama, most info dah ada kecuali berat details baby sebelum ni. So kalau korang bawak buku baby pun bagus jugak in case korang lupa kan. Macam kes Iza buku merah Iza yang lama hilang. Tapi tak ada masalah pun nak register, korang provide je la info yang diperlukan semula macam masa mula-mula buka buku.



Masa nak daftar korang tinggal sikit pun info tau, macam baby korang sebelum ni lahir normal or tak. Dari situ dorang nak tentukan pelekat kod warna antenatal tu warna apa. Macam Iza warna hijau sebab anak lahir vacuum sebelum ni.


JAGA BUKU ELOK-ELOK

So tu je sebenarnya nak dafter buku merah. Simple je kan? Takyah nak takut or nervous pun. Lepas dah daftar, korang jaga la buku tu elok-elok. Jangan bagi hilang pulak. Bak kata orang buku merah tu ibarat IC untuk ibu mengandung ni. Pergi mana-mana better bawak so kalau jadi apa-apa ada rujukan yang orang boleh tengok.

Semoga apa yang Iza share ada bagi manfaat kat korang ya and good luck to be mommy! Iza sekarang dah 20 minggu pregnant. Fuhh! Semoga semua berjalan lancar.

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

  • Share:

You Might Also Like

13 comments

  1. Tahniah for your pregnancy. Mudah mudahan semua selamat dan sentiasa sihat. Good tips for new mummy. At least ada info camni, they will go there all prepared.

    ReplyDelete
  2. Tahniah Iza... baby 2020 la ye.. actually xsusah pun buat buku pink tapi klau ada info sikit apa yg perlu dibawa jadi senang.

    ReplyDelete
  3. Bila la kita nak jadi mommy...buat masa sekarang amik ilmu buku merah dulu, insyaallah bila ade rezeki boleh praktik kan.. Tq for sharing..

    ReplyDelete
  4. tahniah iza semoga mommy dan baby sihat sentiasa... bagus sharing ni sbb kadang2 bukan yg new mommy je tak tau.. kdg2 mommy yg lama pun lupaa..hihihi

    ReplyDelete
  5. Bagus dijadikan rujukan utk mereka yg mmg ada keperluan ke sini

    ReplyDelete
  6. Congratulations on your pregnancy! I have 2 pink books, too. Our KK indeed gives one of the best healthcare services.

    ReplyDelete
  7. Tahniah moga baby and ibu sihat selalu dan rajin buat checkup agar semua orang dan dipermudahkan hehehe bestnya kita teringin nak ada baby juga ehhh

    ReplyDelete
  8. Bagus sangat sis kongsi tentang buku merah ni bagi rujukan mommy to be. Dulu saya dengar kena daftar buku merah ni semasa pregnant sebulan tak boleh lewat sangat. Oh sis sedang hamil ke? tahniahh... - Blog Sofinahlamudindotcom

    ReplyDelete
  9. Tahniah! Semoga baby membesar dengan baik. Info ni bukan sahaja untuk ibu2 malah bapak2 pun kena tahu jugak. :)

    ReplyDelete
  10. Tahniah Iza. Hehhe good info untuk orang yg tak ada pengalaman pregnant lg. Heheh byk jugak yg klinik nak dokumen ek

    ReplyDelete
  11. Tahniah Iza..zaman sis dah lama berlalu dah. Ini masa korang nak tempuh semua procedur dr awal hingga akhir kehamilan

    ReplyDelete
  12. tahniah iza. semoga terus sihat dan dipermudahkan semua urusan di sepanjang mengandung

    ReplyDelete
  13. tahniah Iza. mesti seronok buka buka merah ni. harap semua dipermudahkan urusan sampai melahirkan anak ye

    ReplyDelete