Resepi Milo Padu Ala-ala Cafe Hipster

Assalamualaikum!

Hello readers. Tengah bercuti ke tu? Buat apa je kat rumah cuti-cuti ni? Iza sejak jadil fulltime housewife ni asyik nak ke dapur je kejenya. Tapi tak ada la share pun dekat blog. Sebabkan musim kena duduk rumah ni rajin pulak Iza nak share.

DALGONA YANG VIRAL

Sekarang ni orang tengah sibuk cuba buat air kopi viral, Dalgona Coffee tu. Tau tak apa maksud sebenar Dalgona tu? Kalau ikutkan Dalgona dekat Korea ialah sponge candy. Bukan gula-gula kapas tau tapi gula-gula yang keras tu atau orang panggil jugak honeycomb. So Dalgona ni merujuk kepada tekstur buih atau foam tu sebenarnya. Tu yang jadinya Dalgona Coffee tu and kalau korang perasan coffee dia sangat foamy and ringan.

MILO + SUSU SEJUK TEKAK

Iza nak buat macam tu tak ada mixer. Nak pakai whisk tu mau tercabut tangan nak buat. Ada jugak guna blender tapi sis tak mampu nak tunggu lama. Hahah. So Iza buat yang simple je tapi rasa tetap padu macam korang pergi minum kat cafe hipster and charge korang sampai berbelas ringgit tu.


BAHAN-BAHAN

Bahan-bahan pun tak ada la complicated and sikit je sebenarnya. Tapi yang penting korang kena ada gelas yang cantik baru la rasa macam minum kat cafe hipster. Heheh

30ml Milo
30ml Susu pekat manis
30ml Air Panas
1 kotak kecil susu Full Cream
Ais

CARA-CARA

Mula mula korang sukat Milo sebanyak 30ml. Ni sebab Iza guna measuring spoon yang beli dekat Shopee tu sebab tu guna 30ml tu. Dalam gambar ni nampak banyak sebab Iza buat dua cawan tau, jangan terkejut pulak korang buat jadi sikit.


Lepas tu korang masukkan susu pekat manis pulak. Tak kisahla jenama apa pun. Janji susu pekat manis tu. Jangan susu sejat pulak korang letak ok?


Last korang letak air panas. Kalau guna air sejuk nanti berketul pulak Milo tu. Tu la gunanya air panas ya kawan-kawan. Lepas tu korang mix la. Kalau korang nak cuba buat ala-ala Dalgona Coffee tu boleh la cuba guna mixer smpai jadi foam.


Ambil cawan yang lawa sikit letak ais ikut suka korang nak banyak mana. Lagi banyak lagi sejuk. Kalau tak suka banyak ais boleh je nak letak sikit. Ikut la mana yang korang prefer.


Lepas tu tuang susu dulu. Cawan yang Iza guna ni tak habis pun susu sekotak kecil tu. Kalau korang ada cawan yang tinggi sikit boleh la habiskan kot. Tapi make sure ada space jugak nak tuang Milo yang dah bancuh tadi.


Then baru letak Milo yang dah siap bancuh tadi. Kalau korang berjaya buat Milo tu foamy so rupa dia akan lagi cantik la. Tapi kalau cair pun cantik jugak sebab nampak air Milo tu turun ke bawah.


Last but not least hias la dengan reusable straw yang korang ada supaya nampak lagi cantik. Cenggitu. Dah siap! Senang je kan? Tak complicated pun. Ni minum time tengah-tengah panas ni memang sedap la. Anak Iza je dah minum separuh cawan. Sabar je la. So good luck!

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

Comments

  1. Salam kak, kalau nak bagi rasa dan review produk mcm mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Maaf baru perasan. Boleh email sy details nya. izafiza.ramli@gmail.com

      Delete

Post a Comment

Popular Posts