Guna Maybank QRPay Dapat Cashback 20%

By Izaramli - May 27, 2020

Assalamualaikum!

Hello readers! Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin Iza ucapkan untuk semua. Macam mana raya korang tahun ni? Meriah ke tak walaupun musim PKP ni? Harapnya tak ada la yang bersedih sebab tak dapat balik kampung. Raya tetap raya ok? Kalau kita dapat lawan Covid ni InsyaAllah tahun depan raya lebih meriah. Anyway, Iza nak share something ni dengan korang. Siapa sini yang suka shopping online? Haa. Kalau ada yang kata tak suka shopping online tu agak kurang percaya la eh. Rasanya zaman sekarang hampir semua orang akan shopping online. Nak-nak pulak kita sekarang tengah PKP. Nak keluar pun susah. Sampai kedai nak kena ikut SOP bagai. Leceh, so end up ramai orang akan gunakan platform shopping online ni. Tapi korang pernah dengar tak pasal PG Mall? Iza pun baru tau ni. Rupanya banyak jugak benda kita boleh shopping kat PG Mall ni.



APA TU PG MALL?

PG Mall ni sama la macam E-commerce lain yang korang pernah guna untuk shopping online and sebenarnya PG Mall dah ditubuhkan sejak tahun 2017 lagi dan menjadi platform E-commerce No. 1 di Malaysia rupanya serta menjadi satu-satunya local E-commerce dekat Malaysia masa tu. 


PG Mall ni jugak mendapat tempat ketiga tau dalam rank Iprice insight report which means ramai jugak la yang dah pernah shopping kat sini rupanya. Iza je yang baru tau ke macam mana ni? Yang dah tau awal tu untunglah, Iza ni baru tau tu yang cepat-cepat nak share dengan korang ni untuk sape yang tak tau lagi.


MAYBANK QRPAY 20% CASHBACK

Sape yang tak suka bila shopping dapat cashback kan? Iza kalau shopping memang sama ada cari yang paling murah or cari yang boleh dapat cashback. Haa! Dekat PG Mall ada tau cashback bila korang guna Maybank QRPay. Iza tau ramai yang pakai Maybank dah excited baca ni. So apa je yang korang boleh dapat sebenarnya? 


Kalau korang nak tau, korang boleh dapat diskaun sebanyak 20% dihad pada RM20 dengan pembelian minimum RM30 je. Lepas tu bukan sekali je korang boleh dapatkan diskaun ni tapi dua kali kegunaan sepanjang kempen. Dah macam durian runtuh tau, 2 kali shopping x RM20 = RM40 per Maybank account yang shopping dekat PG Mall. Untung wehh! Lepas tu dah la PG Mall ni satu-satunya platform yang terima semua e-wallet pulak tu. Best ke tidak? Anyway, campaign ni bermula dari 4 May 2020 sehingga 26 Jun 2020 tau. So korang still sempat nak dapatkan cashback kat PG Mall ni.

UNTUNG BERGANDA DENGAN CONSUMERCHANT

Eh! Belum habis lagi pasal cashback ni. Ingat sikit-sikit ke? Ada lagi tau. Kalau korang nak merasa sentiasa dapat cashback pun boleh jugak. Sape yang tak nak untung kan? Dekat PG Mall ni ada program "Forever Cash Back" di mana korang akan sentiasa dapat cashback bila korang share pasal PG Mall ni dekat kawan-kawan korang or sesiapa je.

Cara dia senang je sebab dorang gunakan konsep Shop, Share and Earn. Dekat PG Mall ni bukan setakat boleh shopping tapi bila korang share referral link korang and orang lain pulak shopping guna referral link tu korang akan terus dapat cashback. Simple kan?


Program "Forever Cash Back" ni pulak menawarkan sehingga 3.5% cashback untuk setiap pembelian dekat PG Mall. Best kan?

Kalau korang nak tau lebih details berkenaan ni korang boleh klik sini.

JOM SHOPPING DEKAT PG MALL

So apa lagi yang korang tunggu tu? Jangan lepas kan peluang ni tau. Banyak dah untung yang korang boleh dapat Iza share ni. Iza pun nak shopping jugak la kejap lagi. Untuk shopping dan dapatkan maklumat lebih lanjut, korang boleh klik link dekat bawah ok?

Website (Shopping Online)

Instagram

Facebook

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

  • Share:

You Might Also Like

20 comments

  1. Wahhh forever cashback tu nampak menarik. Bila beli je cashback. Boleh la nanti tengok website tu apa yang nak dibeli ye?.

    ReplyDelete
  2. Sekarang nama PG Mall ni dah sama naik dah dengan platform online shopping yg lain kan. Untung laa dapat cashback sampai 20% pulak tu!

    ReplyDelete
  3. Menarik PG Mall nie. Kena cuba nanti, banyak cashback tu... Tq sis sharing..
    ~Salam perkenalan dari Fara Sofea Dot Com..

    ReplyDelete
  4. Menarik PG Mall ni. ada macam-macam barang. lagi la sekarang musim pkp. memang orang akan beli secara online. dan lagi best sebab ada cash back.itu lagi la best

    ReplyDelete
  5. Dah layari PG Mall ni dan tengok banyak sungguh produk sampai rabun mata nak pilih.

    ReplyDelete
  6. shop and earn tu yang nampak syok nak shopping memanjang.hehehe

    ReplyDelete
  7. memang menarik tawaran PG Mall. lepas ni bolehlah berbelanja di PG Mall sebab ada tawaran menarik dan cashback ni :)

    ReplyDelete
  8. tak pernah guna qrpay. nanti nak try, sebab cashback pun tinggi

    ReplyDelete
  9. i dah usha2 jugak Pg mall ni boleh tahan banyak barang boleh shopping! Best la ada cashback, berbaloi lah beli barang kat sini!

    ReplyDelete
  10. Banyak benefit dkt pg mall ni. Sgt2 membantu pengguna dan seller. Sape tak suka cashback kan

    ReplyDelete
  11. Baguslah PG Mall ni dari sebelum raya lagi banyak betul promosinya sampai rasa nak sentiasa shopping je.. hehe

    ReplyDelete
  12. Wah, best juga buat payment pakai QRPay ni. Yela dapat cashback sikit-sikit pun siapa nak bagi kan. Sikit-sikit pun boleh kumpul, shopping lagi

    ReplyDelete
  13. mmg untung guna qr pay ni. ada cash back kan. bayar banyak kali pun dpt pay back

    ReplyDelete
  14. Banyak betul benefit PG Mall ni. Dah la kuar duit shopping, tapi dapat cashback. Sape yang tak nak kan.

    ReplyDelete
  15. Sangat berbaloi, macam Sis takde Maybank, so guna anak punya, beli banyak, lebih banyak cashbacknya kita dapat...berbaloi baloi...

    ReplyDelete
  16. Waaaa bestnya daapat cashback balik. Baguslah sistem macam ni. Memandangkan tengah pkp kan. Memang kerjaan bagi saranan untuk kita cashless. Tapi saya jarang shopping. Hahahaha

    ReplyDelete
  17. Dah shopping dah. Memng best dapat ganjaran dan jimat banyak.. Suka shopping online yag dpt cashback

    ReplyDelete
  18. I pun dah shopping kat PG Mall. Nice to have the Program "Forever Cash Back" that give 3.5% cashback forever. It's really a good platform to shop

    ReplyDelete
  19. cashback di pgmall ye? kene daftar dulu qrpay kan

    ReplyDelete
  20. Bestnya shopping boleh dpt cashback sekali. Kalau mcm ni setiap hari boleh berbelanja. Haha

    ReplyDelete