Menang Gold Bar Senang Dari CMASA

By Izaramli - June 24, 2020

Assalamualaikum!

Hello readers. Hari ni Iza nak share berita baik ni dengan korang. Musim PKP yang tak habis-habis lagi ni apa kata korang join contest yang CMASA buat ni. Haaa. Apa yang menariknya korang boleh menang GOLD BAR tau. Sekali lagi, GOLD BAR ok? Korang tak nak ke? CMASA nak mencari enam orang yang bertuah untuk menang gold bar ni. Cara dia sangat senang plus korang mesti selalu shopping online punya la kan? Sebab tak nak beratur panjang kat pasaraya. Ok jom Iza share cara-caranya.


APA TU CMASA?

CMASA ni salah satu platform beli-belah online yang macam korang selalu shopping tu jugak tapi diperkenalkan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bagi menyediakan kemudahan pasaran atas talian kepada pihak-pihak yang berminat terutamanya ahli Kelab Maya Sahabat Ar-Rahnu YaPEIM (CMASA). So peniaga-peniaga dalam CMASA ni semuanya peniaga tempatan tau. Macam-macam korang boleh beli dekat sini dari barang masakan, sampailah ke barang penjagaan kulit. Banyak tak banyak tu? Harga yang dorang offer pun sangat berpatutan. Masa ni la nak support local.


CARA SENANG MENANG GOLD BAR

So macam mana nak menang ni? Untuk menang gold bar ni senang je, korang hanya perlu buat tiga LANGKAH MUDAH ni :

LANGKAH 1 :

Beli minimum 1 produk dari website e-commerce di https://cmasa.my/ . Tak kisah produk apa sekalipun yang korang beli, korang dah layak untuk memenangi hadiah GOLD BAR PERCUMA ni.

LANGKAH 2 :

Make sure korang simpan resit pembelian online korang tu daripada website e-commerce cmasa.my, dan SILA PRIVATE MESSAGE dekat FB Page rasmi CMASA serta upload dan kemukakan resit pembelian korang sebagai pengesahan.

LANGKAH 3 :

Lepas dah settle dua langkah kat atas ni, korang perlu buat satu posting secara public dekat Facebook profile korang dengan ayat yang bermula "SAYA SUKA CMASA.MY KERANA............" (sila lengkapkan ayat ni mengikut pengalaman dan kreativiti korang sendiri) beserta dengan gambar korang secara kreatif dekat posting tu. Korang sertakan jugak #cmasa bersama dalam posting korang untuk memudahkan CMASA nampak posting tu secara public.


MACAM MANA PILIH PEMENANG?

Macam Iza mention kat atas, CMASA nak cari enam orang yang bertuah tau. ENAM orang je ok? Semuanya akan berdasarkan pada: 

LIKE
KOMEN
SHARE 

yang paling tinggi dalam untuk posting yang korang buat tu untuk menang GOLD BAR.

Tapi kalau andai katanya korang tak tersenarai dalam 6 tertinggi ni, korang tak perlu risau sebab CMASA ada sediakan 10 hadiah saguhati lagi untuk korang.

So total hadiah yang ada sebenarnya ialah 16 hadiah tau. Bukan enam je. Best kan?

TARIKH TUTUP

Eh sempat lagi tau nak join, tarikh tutup contest ni 30 Jun 2020. So cepat-cepat join ok? Jangan tunggu lagi dah. Korang ada enam hari je lagi ni. Jom jom!

Kalau korang nak dapatkan maklumat lanjut korang boleh check out website CMASA or boleh pergi ke page FB CMASA.

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

  • Share:

You Might Also Like

13 comments

  1. Contest senang, hadiah best.. haruslah ch join.

    ReplyDelete
  2. Bahaya betul ssebab ada pertambahan portal membeli-belah - almaklum diri ini sejenis tak tahan dugaan hahaha
    Tapi contest nie nampak mudah - nampak gaya boleh join la kang

    ReplyDelete
  3. mudah je tu kalau nak mencari 6 orang, senang sangat nak menang gold bar ni. All the best untuk yang join jugak

    ReplyDelete
  4. Senang je contest dia ni. Huhu. Kalau sesenang ni mesti lagi ramai akan join.

    ReplyDelete
  5. Wow!!!!!!! Best nyer boley menang jongkong emas. Thank you for sharing the information and tips.

    ReplyDelete
  6. Banyakkan shopping online platform ni. Macam best je shopping sini. Siap ada buat contest

    ReplyDelete
  7. Satu promosi yang menarik. Tapi bila pemenang berdasarkan pd like komen n share mesti yg dpt like paling bnyj berprluang menang huhu. Good luck!

    ReplyDelete
  8. Ok kena join ni, manatau rezeki menang emas gold bar hihi

    ReplyDelete
  9. Hadiah dia menarik, mesti ramai yang join ni.. Website tu pun pertama kali nad tau..

    ReplyDelete
  10. Wah, semakin seronok rasanya ber-online shopping sekarang ni sebab dah ada banyak platform untuk dipilih... first time juga dengar tentang platform ni... nanti saya akan recce around... thanks for sharing ya...

    ReplyDelete
  11. Beli satu benda je n ada peluang utk menang gold bar. Menariknya

    ReplyDelete
  12. wow I want to win gold bar too! Thanks for introducing CMASA app I wanna check it out now

    ReplyDelete
  13. Wow! buar betul, kalau boleh menang gold bar sis pun nak cuba. Mana tau ada rezeki kan.

    ReplyDelete