Skincare Berasaskan Gold Hibiscus Dari Meideme

By Izaramli - June 01, 2020

Assalamualaikum!

Hello readers. Hari ni Iza rajin nak menaip so Iza nak share dengan korang skincare yang Iza baru je cuba ni. This time lebih kepada first impression Iza lepas Iza pakai. Korang tau kan Iza memang suka jugak skincare dari Korea ni, so this time Iza dapat cuba sample dari Meideme. Iza pun first time dengar brand ni masa dorang approach Iza. Tapi bila tengok product yang dia nak offer tu gunakan Gold Hibiscus rasa teringin pulak nak try.


MEIDEME

Meideme tu bermaksud "Make Me Beautiful" sebenarnya. Dorang ni jugak hasilkan skincare dari tumbuhan yang dorang tanam sendiri yang terletak di Semenanjung Byeonsan, Korea. Kalau korang nak tau, bunga Gold Hibiscus tu hanya tumbuh tiga bulan setahun je tau. So memang sangat limited.

GOLD HIBISCUS RESTORING ESSENCE (RM 150.00 / full size)


Dalam essence ni mengandungi 90.18% Gold Hibiscus Extract which korang boleh tengok sendiri ingredient dia, gold hibiscus tu ingredient yang pertama disenaraikan. Mempunyai sub acidity pada tahap pH 5.57 dan ada fragrance tau tapi bau dia bau bunga yang sangat light dan bau yang sangat relax. 


Tekstur dia memang sangat watery dan agak senang jugak nak absorb pada kulit muka. Once korang apply kat muka korang akan rasa kulit muka korang lembab dan lembut je. Memang dia bagi intense hydration pada kulit muka. Gold Hibiscus Restoring Essence ni memang langsung tak melekit.


GOLD HIBISCUS RESTORING CREAM (RM 160.00 / full size)


Dalam krim ni pulak mengandungi 64.92% Gold Hibiscus Extract which kurang sikit dari kandungan dalam essence dia. Sub aciditity pada tahap  pH 5.99 which tinggi sikit dari essence but still ok. Sama macam essence jugak, Gold Hibiscus Restoring Cream ni pun ada fragrance dengan bau bunga yang sangat light dan menenangkan.


Tekstur dia agak creamy tapi tak terlalu pekat and langsung tak sticky bila apply kat muka. Memang Iza suka tekstur macam ni. Even dah spread rata kat muka pun tak rasa melekit. Bila apply kat muka memang akan rasa kulit muka lembab dan lembut jugak. Dengan krim ni jugak korang boleh dapatkan healthy glow if korang consistent guna.


OVERALL  REVIEW

First time Iza cuba memang Iza terus suka sebab both tak melekit. Korang akan nampak kulit muka macam berkilat tapi tak melekit pun sebenarnya lepas apply. Bau dia memang sangat relaxing sebab dia bau floral yang sangat soft. Kalau korang jenis tak membau sangat memang korang tak perasan bau dia. So far Iza pakai memang dapat rasa kulit muka lebih lembab walaupun Iza pakai scrub masa nak cuci muka. Muka memang tak kering. Cumanya harga dia a bit expensive for me, tapi worth it to buy sebab sesuai dengan kulit muka Iza. Ada budget maybe Iza boleh consider la beli yang full size punya.


Anyway, korang should try. Memang sangat recommended. Even yang kulit sensitif pun Iza rasa maybe korang tak perlu risau sangat kot berkenaan fragrance tu sebab dia macam ada tak ada je so Iza rasa kandungan fragrance dia tak tinggi. 

Memandangkan ni produk Korea, dekat Malaysia ni Omni2 adahalah syarikat yang membawa masuk brand ni ke Malaysia. So untuk dapatkan maklumat lanjut korang boleh check out link dekat bawah.

Website

Instagram

Facebook

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: Product was given to me by Omni.two. All review are honest and product I’m using might goes well with my skin but not with yours.)

  • Share:

You Might Also Like

19 comments

  1. wah !! produk baru eh iza ? em.. nak try tapi nanti campo2 plak.. hee~ kalau akak pun, akak akan cari produk yang tak melekit lepas pakai.. kalau melekit tu memang tak selesa sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah kak. hbskanla dulu yg akak punya. jgn campur2. nnti dah hbs baru try. best kak. Iza suka.

      Delete
  2. First time dengar skincare dari bunga raya. macam menarik. nak try tapi kena habiskan yang ada dulu. hehe

    ReplyDelete
  3. First time dengar tentang product nie. Boleh cuba lepas nie. Macam menarik je bila cepat absorb..

    ReplyDelete
  4. This product looks good. Korean cosmetics are always the best. Insya’Allah kalo kesempatan leh la saya try.

    ReplyDelete
  5. Dah cuba. Memang best pakai dia. Tak melekit. Wangi pulak tu.

    ReplyDelete
  6. Orang perempuan memang sukalah bila ada produk macam ni mereka suka pakai dan juga bila ada produk baru mesti nak kena cuba hehehehe tengok mudah juga nak guna dan bagusnya tak melekit tu kita tak boleh...

    ReplyDelete
  7. k-beauty memang ngam dengan kulit perempuan malaysia ni.. no wonder la makin ramai girls dah mula fanatik. lepas ni makin chantik la!

    ReplyDelete
  8. wah produk dari korea! produk dari sana memang diakui kualitinya. tengok sajalah wanita disana memang cantik2.

    ReplyDelete
  9. Bunga yang sgt limited mesti ramuan yang sgt bagus digunakan. Kalau tak, mesti tak mahal kan

    ReplyDelete
  10. Comel sangat paket dia dengan gambar bunga tu..sweet...Kalau dah dari Korea tak pernah tak bagusnya...apa je la masknya, mesti bagus, harga pun memang berbaloi, bukan senang nak dapat dan jumpa..

    ReplyDelete
  11. Wahh 1st time dgr nama brand ni tqpi pakai bunga raya kuning mmg bagus pun utk kulit. Nnt za tgk la produk ni. Mcm best je

    ReplyDelete
  12. Mcm.menarik sbb dia berasaskan bunga... dan first time akk tgk org guna bunga raya

    ReplyDelete
  13. Menarik. Produk hibiscus.. Tak pernh guna produk dri bunga. Macam best je. Baca review iza pun dh menarik

    ReplyDelete
  14. pertama kali dengar nama produk ni. Rasa tertarik pulak. Lagi-lagi berasaskan bunga raya kan. hm menarik.

    ReplyDelete
  15. Wow!!! Ini memang menarik... nampak sweet je colour yang digunakan untuk packaging dia... dah la comel je pulak tu sachetnya... rasa berminat pulak bila baca yang produk ni adalah berasaskan bunga raya (bunga kebangsaan kita)... selalunya ros kan... thanks for sharing ya...

    ReplyDelete
  16. Wow.. Harga dia boleh tahan.
    Tapi kalau kita betul betul nak jaga muka sebaiknya tak salah pun buat pelaburan sikit kan.
    In shaa Allah harga setanding kualitinya.

    ReplyDelete
  17. I have benefited a lot from visiting your site. Nice content and asome theme. Thank you Love you so much

    ReplyDelete
  18. wah
    guna bunga raya
    nice lah
    bunga kebangsaan tu

    ReplyDelete