Cuba Snek Sihat Dari Amazin' Graze

By Izaramli - August 20, 2020

Assalamulaikum!

Hello readers! Hari ni Iza nak share dengan korang snek yang Iza dapat dari Amazin' Graze. Famous jugak tau brand ni. So macam teruja jugak la bila dorang contact Iza time Iza nak dekat bersalin ritu. Katanya nak bagi Iza cuba snek dorang and produk baru dorang. So jom baca apa yang dorang bagi Iza cuba.


HONESTLY SMOOTH PEANUT BUTTER

Peanut butter dorang ni agak famous jugak la. The best part peanut butter ni memang tak ada gula or garam tau. So memang pure rasa kacang. Kalau korang peminat kacang memang akan suka la Honestly Smooth Peanut Butter ni. For me, Iza kena mix dengan something else yang sweet macam chocolate. Usually Iza akan makan dengan roti one side letak peanut butter, one side lagi letak coklat and I'm good to go. 


Recommended makan dengan something yang sweet la kalau korang tak boleh telan pure kacang. Rasa dia memang macam korang makan kacang tanah yang korang blend nak masak kuah kacang time raya tu. So Iza memang recommend makan dengan something sweet. Sama ada korang mix dengan coklat macam Iza or korang boleh makan dengan roti manis macam waffle ke mesti ngam rasa dia. 


GOODNESS IN A BOWL

Ni actually one of their new product jugak tapi dah berapa nak new sangat la. Goodness in a Bowl ni lebih kurang macam overnight oat instant tau. Kalau biasa orang buat overnight oat tu kena letak oat, chia seed, kekacang segala tu kan? Haa ni tak perlu dah nak beli satu-satu bahan, korang tinggal tuang je dalam jar then tambahkan dengan yogurt or susu pastu simpan la dalam peti ais semalam. Dah settle. Ni kalau untuk orang malas la. Nak sedap lagi korang boleh je nak tambah buah kegemaran korang. Kalau korang tak nak buat overnight oat pun boleh je. Mix je dengan air susu panas or kalau korang boleh je guna air panas biasa kalau tak suka susu. Dah settle.


Goodness in a Bowl ni ada tiga perisa, Chocolate Banana. Pink Berry dan Apple Cinnamon. Yang Iza dapat Chocolate Banana. Untuk orang malas nak cepat macam Iza ni memang sesuai la instant macam ni. Heheheh. Kalau tak guna susu pun korang still boleh rasa manis-manis coklat and pisang tu. Tapi Iza suka campur susu and air panas sikit sebab malas nak panaskan susu. Sedap! Tak manis sangat. Cumanya satu paket tu macam sikit la untuk Iza. Tak tau la sebab Iza menyusukan anak ke apa tu yang jadi tak cukup tu. Hahah.

AMAZIN' MINIS

Ok ni latest produk dari Amazin' Graze. Actually Amazin' Minis memang ada yang saiz besar punya tapi dorang select yang best seller and konsep dorang just grab and go. Amazin' Minis ni ada dua jenis, Granola Bites dengan Nut Mix. 

Granola Bites


Dalam variety box ni ada empat jenis Granola Bites antaranya Coconut Kaya, Chocolate Hazelnut, Blueberry Coconut and Banana Bread. Sumpah semua sedap. Antara empat ni favorite Iza Coconut Kaya dengan Banana Bread. 


Coconut Kaya tu memang betul rasa kaya. Sedap sangat! Dalam Coconut Kaya ni kombinasi rasa caramelized coconut jam, daun pandan dan kelapa. Pastu dekat dalam dia ada pecan, almond, dried cranberries and chia seed.

Banana Bread tu Iza suka sebab ada mix sikit dengan cinnamon. Pisang pun rasa tau sebab dorang letak pisang kering yang potong halus-halus which pisang tu memang pisang natural tau. Pastu ada pecans, walnuts dan dorang letak warm spice. Selain tu ada flax seed and definitely ada cinnamon jugak.

Chocolate Hazelnut tu pulak dorang guna dark chocolate so combination dengan hazelnut tu memang ngam rasa dia. Untuk rasa yang manis-manis sikit dorang mix dengan juicy cherries and sweet cranberries. Then dorang letak jugak almonds, buckwheat and chia seeds.

Blueberry Coconut tu pun sedap sebab rasa kelapa yang manis macam tu sebab ada blueberry. Pastu dorang letak chia seeds, Goji berries and almonds.

Nut Mix


Sama macam Granola Bites variety box, Nut Mix variety box pun ada empat jenis jugak. Antaranya Coconut Curry Lime, Pandan Coconut, Sweet Chilli and Zesty Maple. Iza memang favorite kacang kekacang ni. Apa-apa kacang pun Iza makan je ni kan pulak siap ada flavor macam ni. Lagi la sedap bila makan. My personal favorite Sweet Chilli dengan Pandan Coconut. Dua ni memang boleh repeat banyak kali la. 


Sweet Chilli tu tak ada la rasa pedas pun sangat pun. Pedas sikit je and manis-manis. Rasa dia sangat familiar tapi Iza pun tak pasti rasa apa. Yang pasti semua kekacang and cashews tu dorang mix dalam chilli yang manis and pes tomato. Rasa dia lagi naik bila dorang letak jugak daun bawang, bawang and halia.

Pandan Coconut memang definitely manis la, tapi takdela manis sangat. Rasa dia ada a bit buttery then kekacang tu semua dia gaulkan sekali dengan coconut-infused glazed. Pastu add on daun pandan untuk rasa and bau lagi sedap. Daun pandan ni dikenali sebagai vanilla Asia tau.

Coconut Curry Lime tu memang terasa jugak la karinya. Tapi rasa yang ok la. Sedap jugak. Pecans dengan cashews yang digaul dengan kari dibakar lepas tu diletakkan kelapa and limau untuk naikkan bau. Selain tu dalam Coconut Curry Lime ni ada pepitas jugak atau dikenali sebagai pumpkin seed dan dicampurkan dengan daun kari dan kunyit.

Zesty Maple pulak rasa ala-ala oren sikit. Walnuts, almonds, cashews dan pepitas tu dimaniskan lepas tu dicampur dengan fresh orange and maple syrup untuk rasa yang lebih sedap.

BROWNIE CHIPS


Ni pun of dorang punya latest produk. Brownies memang favorite so Iza memang fall in love terus dengan Brownie Chips ni bila cuba. Walaupun dia Brownie Chips ni dorang guna dark chocolate tapi rasa dia memang sedap bila mix dengan sikit kelapa. Dekat atas dia pulak siap ada topping dengan kepingan almond, chia seed and kelapa. Memang layan. Nama pun chips so tekstur memang macam chips la which means nipis. Anak Iza la paling suka bila makan. Asyik nak mengulang je makan Brownie Chips ni. Iza memang sangat recommend korang untuk try kalau korang jenis yang suka mengunyah tapi tak nak makan jajan. So boleh gantikan dengan Brownie Chips ni. Takdela serba salah nak makan.


MANA NAK BELI?

Semua sedap-sedap and sangat healthy kan? Paling best dorang punya produk yang baru which Amazin' Minis yang senang nak bawak ke mana-mana untuk jadikan snacks and Brownie Chips yang ala-ala jajan sihat gitu. Semua produk Amazin' Graze ni korang boleh dapatkan dekat website dia. Iza sertakan link dekat bawah and korang boleh dapatkan info lebih details dekat links bawah ni jugak.

Outlet
Jaya Grocer, Aeon MaxValu Prime, Mercato d'Marketplace, Ben's Independent Grocer

Website

Instagram

Facebook

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: The product was sponsored by Amazin' Graze Malaysia. All my reviews are honest after testing the product.)

  • Share:

You Might Also Like

17 comments

  1. Semua sedapppp...
    Ni kalau layan depan tv ni sedar2 dah habis je. Hihihi. :)

    ReplyDelete
  2. Allahu..sedapnyaa!! Mengudap sedap ni... Nyummm!!! Thank you info..

    ReplyDelete
  3. wah...menarik ni. bukan senang nak dapatkan snek sihat yg jual kat pasaran skrg..nak xnak kena la buat sendiri. nice sharing..boleh try nanti beli

    ReplyDelete
  4. wahh, congratulation on newborn baby!! :)
    snack ni nampak healthy! done follow the ig , nanti mana tau boleh online order to Penang

    ReplyDelete
  5. Waa siap ada brownies chips. Nanti nak pergi beli dekat jaya grocer

    ReplyDelete
  6. wah macam-macam produk amazin grace ni, bagus sgt, range healthy food untuk snek dan breakfast. nak beli lah nanti

    ReplyDelete
  7. Sedapnya semua tu.. Brownies tu menggoda.. Nak kene p jaya dekat rumah cari ni.. Semua snack yang disukai

    ReplyDelete
  8. sebenarnya bagus makan snek macam ni..selain daripada mengenyangkan..ianya juga bagus untuk kesihatan

    ReplyDelete
  9. Bestnye ada snek healthy macam ni. Bolehlah cari brand ni nanti

    ReplyDelete
  10. Kena try ni ! Kadang dok kat opis tak sempat nak makan tapi kalau ada snek amazin grace ni at least dapat la alas perut selain berkhasiat

    ReplyDelete
  11. Uish. Tak boleh ternampak snek2 sihat ni. Mesti rasa nk cuba jugak. Cantik packaging dia yang ni. Dkt mana2 hypermarket mmg dh jual ke?

    ReplyDelete
  12. wahhh nampak best lah snek2 nie. kita nie mmg suka mengunyah2. jadi bolehlah consider snek nie.

    ReplyDelete
  13. Uik sedapnya ada brownies hehehe best lah kalau dapat buat simpanan kat rumah untuk makan sambil tengok tv dan juga bersama keluarga yang penting sihat.....

    ReplyDelete
  14. Suka makan brownie chips. Lama tak makan. Nampak sedap plak. Boleh cuba ni mcm2 kudapan ada

    ReplyDelete
  15. Now this is the kind of snack that I don’t mind having again and again. They looks tasty and yummy!

    ReplyDelete
  16. Snek ni wajib ada kat rumah. Tambahan produk ni seisi keluarga suka. Nanti nak beli produk mereka yang lain tu. Banyak juga range.

    ReplyDelete
  17. Sedap dan nmpk menyelerakan.. anak2 AM mesti suka nie.. hujung mmgu nnti leh la borong utk diaorg.. si adik cukup suka mkn brownie..u

    ReplyDelete