Review Set Skincare Dari Good Virtues Co.

By Izaramli - September 16, 2020

Assalamualaikum!

Hello readers. Hari ni Iza nak share dengan korang skincare terbaru yang Iza cuba dari Good Virtues Co. Actually Iza dapat set skincare ni dari hujung-hujung nak bersalin hari tu lagi dah. Tapi Iza baru dapat cuba lepas dah habis pantang baru ni. Fuh! Jom kita check out skincare range yang Iza cuba ni.

GOOD VIRTUES CO.


Korang mesti pernah dengar pasal brand Good Virtues Co. ni kan? Brand ni memang agak famous jugak la and korang boleh jumpat dekat pasaraya besar macam Giant or Tesco and dekat Watsons biasanya. Iza kenal brand ni dulu dengan shampoo. Masa tu sibuk cari shampoo yang sesuai dengan Iza. Then Iza jumpa brand ni and terus rasa nak cuba sebab Good Virtues Co. terkenal dengan semua produknya yang mengandungi Habbatus Sauda (Black Seed). Plus produk dorang ni Halal. Rupanya dorang ni ada jugak set penjagaan badan dan jugak set penjagaan muka. Paling penting dalam produk Good Virtues Co. ni tak ada harsh cleansing agents (SLES, ALES) ataupun any unnecessary additives (colorant or paraben).

CALM & COMPOSED PURIFYING MAKEUP REMOVER


My most fav makeup remover at the moment. Kebiasaannya mana-mana makeup remover yang Iza cuba mesti akan pedihkan mata bila nak remove eye makeup. Iza biasa guna makeup remover jenis oil sebab nak lagi senang remove makeup. Kalau pakai part mata memang kelabu la pandangan sekejap. Tapi bila Iza pakai Good Virtues Co. Calm & Composed Purifying Makeup Remover ni pun sama senang nak remove makeup tapi bonus sebab tak pedihkan or kelabukan mata. 


Another things yang always happen bila pakai makeup remover korang akan rasa kulit muka macam kering, Tapi dengan ni Iza tak rasa kulit muka Iza kering and sangat ok. Nak remove makeup pun senang je. Tekstur dia memang sangat light. Lebih kurang macam micellar water. Tapi apa-apa pun, kalau korang jenis yang pakai makeup dengan foundation and everything memnag sangat recommended buat double cleansing walau sebagus mana pun makeup remover tu.

GLOWING & GOODNESS BRIGHTENING FACIAL CLEANSER


Iza before this pernah jugak cuba cleanser dari Good Virtues Co. ni. Iza try yang Extra Moisturising Facial Cleanser and Iza memang suka cleanser tu. For Brightening Facial Cleanser dia ni pun not bad jugak. Very gentle on skin. Lepas cuci muka memang rasa muka sangat bersih.


Tekstur cleanser dia agak thick jugak la. Dia more to cream cleanser. Bila sapu pada muka yang dah dibasahkan cleanser ni tak terlalu berbuih. Cleanser ni tak ada strong smell pun cleanser ni walaupun ada fragrance. Highlight ingredient dalam cleanser ni antaranya Amino Acids, Organic Black Seed Oil dan Natural Himalayan Extracts.

GLOWING & GOODNESS BRIGHTENING FACIAL TONER


First of all Iza memang sangat suka toner yang come with spray. Ada masanya Iza kadang-kadang malas nak pakai cotton pad so Iza akan sapu toner directly ke muka dengan tangan. Tapi kalau toner yang packaging dia come with spray head memang bonus. 


Britghtening Facial Toner dari Good Virtues Co. ni best. Iza memang definitely akan spray je terus ke muka instead guna cotton pad. Feel dia memang sangat hydrating. Kadang kalau rasa muka macam kering time hari panas Iza spray je toner ni kat muka. Lepas tu memang rasa fresh. Antara highlight ingredients dia ialah Himalayan Extracts, Organic Black Seed Oil dan Hyaluronic Acid.

GLOWING & GOODNESS BRIGHTENING DAY CREAM SPF 30 PA +++ UVA/UVB DEFENCE


Apa yang menariknya Good Virtues Co. ni, produk dia memudahkan kita. Technically apa-apa produk yang mencerahkan kulit definitely memang kita kena pakai sunscreen. So memandangkan Day Cream ni memang fokus untuk brightening, dorang buat moisturizer yang dah siap sekali dengan protection UVA/UVB. Senang.


Tekstur Day Cream dia memang agak thick tapi suprisingly lepas Iza sapu kat muka, Day Cream ni langsung tak rasa melekit but instead rasa muka lebih moist and hydrate. Iza expect dengan tektur dia yang tebal Iza akan rasa muka akan sticky and rasa berminyak tapi tak. Memang best! Lagi best bila packaging dia datang dengan pump. Senang sangat nak pakai and lebih terjaga kebersihannya. Antara highlight ingredients dalam Day Cream ni ialah Organic Black Seed Oil, Natural Himalayan Extracts dan SPF 30 PA+++.

GLOWING & GOODNESS BRIGHTENING NIGHT CREAM


Moisturizer dari Good Virtues Co. memang ada dua jenis which Day Cream dengan Night Cream. Apa yang membezakan cuma Day Cream ada SPF tapi Night Cream tak ada. Lagipun malam tak perlu UVA/UVB defence pun sebab tak ada cahaya matahari. Night Cream ni lebih fokus kepada menyegarkan dan mengurangkan kesan penuaan, so highlight ingredients dia seperti Black Seed Oil, Hyaluronic Acid dan Vitamin E.


Tekstur dia pulak lebih thick dari Day Cream tapi sama jugak macam Day Cream once Iza sapu Iza tak rasa melekit. Cream dia memang absorb nicely dekat kulit muka and rasa muka moist and hydrate tanpa rasa melekit or berminyak. Sama jugak macam Day Cream, Night Cream pun datang dengan pump jugak.

GLOWING & GOODNESS BRIGHTENING CC CREAM SPF 30 PA +++ UVA/UVB DEFENCE


CC tu stands for color correcting, so biasanya Iza akan guna CC cream before apply makeup. Tapi dengan Brightening CC Cream dari Good Virtues Co. ni dah siap ada dengan SPF 30 PA +++ dah. So Iza tak risau sangat kalau tak pakai sunscreen. Highlight ingredients lain pulak seperti Organic Seed Oil dan Natural Himalayan Extract. 


CC Cream ni memang sangat lightweight and kadang tak rasa sangat macam pakai cream. Iza pulak kadang-kadang kalau malas nak makeup sangat Iza pakai je CC Cream ni and tona kulit muka Iza akan nampak lebih sekata. Selain tu CC ni jugak cover Iza punya redness and dark spot a little bit. Pakai CC Cream ni pun tak buat kulit muka berminyak sangat and just nice je feeling dia.

GLOWING & GOODNESS ANTI-AGING & MOISTURISING MASK


Highlight ingredient dalam mask ni antaranya ialah Organic Black Seed Oil, Centella Asiatica (Pegaga), Avocado and Cucumber. Iza suka bau mask ni, soft je. Mask yang Good Virtues Co. guna agak tebal tapi still senang nak apply dekat muka. Essence dia pun banyak pada mask walaupun mask dia tebal. Lepas pakai memang tak rasa sticky langsung. Kulit muka Iza rasa lebih moist dan hydrate.

GLOWING & GOODNESS NOURISHING & MOISTURISING MASK


Dalam mask ni pulak ada Organic Black Seed Oil, Honey, Oats, Wheat and Barley. Bau mask ni agak kurang menyenangkan Iza. Maybe sebab ada oats and wheats tu so bau dia macam ada bau fermented sikit. Tapi tak ada la lama bau dia. Dah lepas tanggal mask bau dia tak stay pun pada essence yang kita sapu kat muka tu. Jenis mask yang sama jugak dorang guna and essence dia warna putih instead of clear. Sama jugak macam mask sebelum ni, mask ni pun tak sticky and dapat rasa moist dan hydrate lepas guna.

GLOWING & GOODNESS BRIGHTENING & MOISTURISING MASK


Untuk mask yang ni highligh ingredients dia ialah Organic Black Seed Oil, Lemon, Grapefruit and Passion Fruit Extracts. Bau mask ni best jugak sebab bau macam ala-ala fruity sikit. Sama macam mask lain jugak, material mask dia tebal and essence dia banyak. Feel lepas pakai pun tak sticky and rasa kulit muka moist and hydrate.

OVERALL REVIEW


Bagi Iza skincare range dari Good Virtues Co. ni sesuai dengan jenis kulit muka Iza which combination skin and actually skincare range dorang ni sesuai untuk semua jenis kulit. Cumanya yang sesnitif tu korang kena alert sikit la part fragrance sebab dalam skincare Good Virtues Co. ni ada fragrance. As for the brightening effect tu Iza boleh nampak dark spot Iza faded a bit. Well mana-mana skincare pun bukan boleh hilang on the spot kan? Semuanya takes time and consistent. Tapi the best part Iza suka dengan skincare range ni bila pakai langsung tak melekit dan berminyak. Bonus pulak dengan harga dia yang sangat affordable. For those yang baru nak cuba pakai skincare maybe korang boleh start dengan skincare yang basic macam ni. Really recommended.

So kalau korang nak tau lebih details korang boleh check out link dekat bawah ni ok?

Website

Instagram

Facebook

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: Product was given to me by Good Virtues Co.. All review are honest and product I’m using might goes well with my skin but not with yours.)

  • Share:

You Might Also Like

21 comments

  1. Just on time - I might be checking out the ones for ourdoor usage soon - hopefully I will be able to enjoy some vitamin sea so I will be needing the relevant ones. Thanks for sharing about it!

    ReplyDelete
  2. they have wide range of products. i heard this brand before but never try yet. maybe one day soon.

    ReplyDelete
  3. Good to know dia tak melekit yg berminyak sbb certain produk memang macam tu. Anyway, comel sangat design Good Virtues ni. Kalau buat kit hadiah pun sesuai sangat ni kan.

    ReplyDelete
  4. Guess what... Madam currently used brand ni tau. Haha jgn tau tahu. Nak tau kenapa. Sebab Halal, ada habatusauda dan semestinya wangi dia lain macam sedap. Terasa rare diri ini. Alhamdulillah. Ps. Yes nak grab set penjagaan muka. TQ sharing ni awak. Nice.

    ReplyDelete
  5. Kalau tengok produk Good Virtues & Co ni memang teringat dekat Iza je haha good thing brand dia dah variasikan produk dia.

    ReplyDelete
  6. pernah try night cream dia tapi tak sesuaila untuk my skin..huhu

    ReplyDelete
  7. Saya pernah di berikan cream ini oleh sepupu saya. Ternyata cocok sekali dengan kulit saya. Eh ternyata saya menemukan artikel produknya disini. heheh. Bagus sih produknya, dan saya puas sama hasilnya juga.

    ReplyDelete
  8. akak pun combination skin, kalau salah pakai product memang naya.. terseksa kulit rasa.. hee~ akak pernah pakai syampu Good Virtues ni tapi sekejap je.. nanti boleh try balik lah.. jeles tengok iza makin lawa.. hee~

    ReplyDelete
  9. Biasa nampak kat Giant jenama ni tapi belum pernah cuba. Iza kata bagus nanti nak try laa, kebetulan cleanser memang dah tinggal sikit

    ReplyDelete
  10. rasanya family saya pun pernah guna produk keluaran Good Virtues ni. Cantik packagingnya. Banyak juga ya produk dalam set skincare ni. Bolehlah saya cuba nnti. :)

    ReplyDelete
  11. Alamakkkk macam nak beli le plakkk..kang nak pi beli barang nak jenguk lerr kejap hehehehe..

    ReplyDelete
  12. kita pakai juga brand ni..suka scrub dia :-)

    ReplyDelete
  13. Packaging dia comel dan cantik betullah.. warna dan design dia nampak eksklusif dan Good Virtues ni nampak seperti produk yang baik dan menyakinkan.

    ReplyDelete
  14. Their packaging is really nice and sweet, their CC Cream color also nice and can blend in easily.

    ReplyDelete
  15. Setahu saya brand ni mcm products bodycare and hair care kan before this? Now mereka dah keluarkan skin care products pulak? Wow.. Menarik ni..

    ReplyDelete
  16. I have never heard this product and range before. Really good to know that they are comfortable to be used and not that oily. Will surely recommend this to those who need it.

    ReplyDelete
  17. Suka dgn packaging brand Good Virtues Co.ni pernah gak tgk brand ni nti blh usha klu berkenan

    ReplyDelete
  18. Ruby ingat lagi masa produk ni mula ada dipasaran. Kami sekeluarga teruja dengan packaging dia. Mak beli, adik beli dan bleh dikatakan setiap rumah kami ada. Suka betul dengan produk ni sebab dia colorful. Cantik aje bathroom kita. Hahaha

    ReplyDelete
  19. Ni mmg favourite adik2 za pakai produk ni.. Kat bilik air bersepah brand ni..kiranya mmg bagus lah ni.

    ReplyDelete
  20. sisyat pun pakai brand ni.. sisyat guna scrub dia. skin friendly tau scrub dia. best sangat2..

    ReplyDelete
  21. slalu p watsaon usha je produk ni..xpnah beli pn..semalam saje try ambik feminine wash and body wash dia..wangi gilerr doee🤗rasa lebih selesa sbb wangi je..so lepas ni repeat produk ni je kot,suka sbb wangi😚🥰

    ReplyDelete