Jom Kuasai Marketing Dengan Formula Zero Kos Marketing

By Izaramli - December 18, 2020

Assalamualaikum!

Hello readers. Pernah dengar RichWorks International? Mereka ni la penganjur acara dan seminar terbesar dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran dekat Malaysia yang dilatih oleh Master Coach Datuk Wira Dr Azizan Osman tu. 

Mesti pernah dengar dengan nama besar ni kan? Kalau masih tak kenal siapa Datuk Wira Dr Azizan Osman, beliaulah World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya membimbing anak muridnya sehingga mendapat results. Bukan tu saja, beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah pun berjaya menerusi strategi dan metodologi beliau di mana dapat meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga berjuta-juta.


USAHAWAN JANA LEBIH RM2 BILION TAHUN 2020

Untuk tahun 2020 ni, sebanyak 777 usahawan yang terdiri daripada perusahaan kecil & sederhana (PKS) dalam dan luar negara yang mengikuti Program Mentoring RichWorks telah menjana jualan lebih RM2 bilion. Banyak kan? 

Walaupun dalam keadaan krisis kesihatan dan ekonomi yang berlaku sekarang ni, usahawan PKS yang mengikuti Program Mentoring Spire (466 usahawan) mencatatkan jualan RM211 juta dengan kenaikan 17.5% berbanding RM155 juta pada tahun lepas. 

Manakala usahawan yang mengikuti Program Mentoring Titanium (311 usahawan) pula telah mencatatkan jualan sebanyak RM1.8 bilion dengan kenaikan 9% berbanding RM1.5 bilion tahun lepas.


Dengan kenaikan ni sudah menunjukkan bahawa hasil latihan dan bimbingan yang disediakan RichWorks terbukti dapat membantu usahawan-usahawan mengembangkan bisnes dengan hasil jualan yang semakin meningkat walau dalam apa jua keadaan.

PROGRAM VIRTUAL ONLINE KUASAI MARKETING 2021

Oleh itu, RichWorks akan menganjurkan Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing yang berlangsung selama 3 hari. Program ni untuk membantu usahawan atau bakal usahawan step-up diri dengan strategi pemasaran dalam bisnes mereka untuk pembuka tahun 2021 yang luar biasa. 

Misi RichWorks International dan Pengasas Datuk Wira Dr. Azizan Osman ialah untuk melahirkan lebih ramai Usahawan Jutawaan bermula dari ZERO ke Million untuk tahun 2021. Jadi dengan adanya Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing ni juga diharapkan dapat membantu mereka terutama yang terkesan dengan pendamik COVID-19 yang melanda.


Maklumat program adalah seperti berikut:

PROGRAM ​KUASAI MARKETING 2021 - FORMULA ZERO KOS MARKETING

Tarikh
25 - 27 Disember 2020 (Jumaat - Ahad) 

Masa
9:00 pagi – 6:00 petang 

Tempat
Aplikasi Zoom Webinar


Nak Kuasai Marketing 2021?

Berapa banyak Zero ‘0’ yang nak di-GANDAKAN? Ingat lagi sales pernah RM0?

Ingat lagi sales bila capai RM100 yang pertama?

Ingat lagi perasaan capai sales RM1,000 yang pertama? Dah lupa perasaan capai RM10,000 yang pertama?

Dah pernah capai RM100,000 pertama dan pernah jatuh? Dah capai RM 1 juta yang pertama?

What's Next?

Ilmu pemasaran berubah, pasaran berubah, dan di RichWorks, kami sentiasa percaya dengan RESULTS sebab Result Matters.

Kami nak bantu usahawan dan bakal usahawan yang KOMITED dan SERIUS, nak kan Formula GANDAKAN ZERO ‘0’ dalam Sales.

Peluang terakhir sebelum tahun 2021.

RichWorks nak ​taja 3,000 pendaftaran terawal 100% adalah PERCUMA!


Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ni. Cepat-cepat daftar untuk dapatkan tempat. Hanya yang komited boleh berjaya. Untuk maklumat lanjut boleh layari website ​www.zerokosmarketing.com SEKARANG dan kongsikan peluang ini kepada 10 rakan-rakan yang lain juga.

Facebook Page

Twitter

TikTok

Youtube


  • Share:

You Might Also Like

0 comments