TOP Bantu Anak Orang Asli Kembali Ke Sekolah

By Izaramli - December 29, 2020

Assalamualaikum.

Harini Iza nak share dengan korang berita gembira di mana TOP, jenama pencuci yang memenangi anugerah Platinum Putra Brand Award 2019 bagi kategori produk keperluan rumah, kali ni kembali dengan kempen amal ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’.


Kalini TOP nak bantu menyediakan kelengkapan kembali ke sekolah bagi 364 orang pelajar Orang Asli di Pahang, Perak dan Johor bagi sesi persekolahan tahun 2021. Untuk mengurangkan risiko jangkitan Covid-19, TOP juga sumbangkan dua pelitup muka kain guna semula selain dari kelengkapan sekolah seperti pakai seragam baharu, kasut, stoking, beg sekolah, set alat tulis, pensil warna dan buku latihan. Dengan sumbangan ni di harapkan dapat menyuntik semangat kanak-kanak ni untuk hadir ke sekolah sekaligus meringankan beban kewangan ibu bapa mereka serta meyakinkan bahawa anak-anak mereka dilindungi.


Dengan kerjasaa JAKAO, sekolah yang dihadiri sepenuhnya oleh pelajar Orang Asli dan komuniti  yang paling terjejas mata pencarian akibat pendamik telah disenarai pendekkan. Tiga sekolah yang mendapat sumbang tu ialah SK Kampung Kudong (Johor), SK Pos Dipang (Perak) dan SK Terisu (Pahang).


Setiap pembelian detergen TOP dari pasaraya TESCO dan TESCO online, sebanyak RM0.30 akan disumbangkan untuk pembelian kelengkapan kembalik ke sekolah  bagi komuniti Orangn Asli bermula dari 1 Disember ke 31 Disember 2020. Sumbangan akan dihantar oleh pihak JAKAO menjelang 15 Januari 2021 sebelum sesi persekolahan bermula.


Bagi melengkapkan lagi usaha kelestarian ini, TOP juga turut menyumbangkan serbuk pencuci TOP Super Hygienic kepada setiap keluarga Orang Asli bagi menyediakan serbuk pencuci berprestasi tinggi yang boleh membersihkan pakaian mereka dengan sempurna.


Jom kita sama-sama ikut serta dalam kempen ni dengan memebeli produk detergen TOP dan dalam tempoh kempen 1 hingga 31 Disember 2020 ni juga produk detergen TOP ditawarkan dengna harga istimewa di semua pasaraya TESCO dan TESCO online.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-0133

  • Share:

You Might Also Like

0 comments