Biskut Raya Premium Dari Cookies Vibe

By Izaramli - January 24, 2021

Assalamualaikum!

Hello readers. Korang tau tak Raya tahun tak lama dah? Kalau tak silap bulan April kita dah start puasa, so Hari Raya bulan May. Sekejap je kan? Dengan kes Covid masih lagi tinggi ni, Iza rasa kita akan beraya sendiri macam tahun lepas. Walaupun beraya sendiri, biskut raya tetap kena ada. Kalau tak, tak rasa macam raya la.


BISKUT RAYA PREMIUM

Korang pernah dengar Cookies Vibe tak? Haa. Kalau tak tau, Cookies Vibe ni local brand tau and semua biskut dia diperbuat dari bahan premium antaranya dorang gunakan 100% pure butter jenama Anchor, coklat jenama Beryl’s dan kacang-kacang dia pun semuanya premium jugak macam Almond, Cashew dan Hazelnut. Yang paling penting biskut raya dari Cookies Vibe ni 100% produk Muslim dan halal.


Ada banyak jenis pilihan biskut raya dekat Cookies Vibe ni lebih kurang 35 jenis termasuk jugak dengan snack selain biskut raya. Banyak tu! Antara TOP 10 kegemaran biskut raya dari Cookies Vibe ialah Ombak Rindu, Malatops Crispy, Chocolate Heaven, Nutty Basket, Almond Chocobar, Royale Cadbury, Black Pistachio, Hazelnut Latte, Velvet Ohana dan Crispy Rainbow

REVIEW BISKUT DAN SNACK COOKIES VIBE

Ombak Rindu

Bila Iza rasa biskut Ombak Rindu ni, barulah Iza tau kenapa dia menjadi salah satu TOP 10. Biskut Ombak Rindu ni diperbuat dari Almond, cornflakes, cocoa dan white chocolate. Biskut ni tak terlalu manis and kombinasi semua bahan dia sangat balance. Iza kalau makan macam tak boleh berhenti. Kunyah-kunyah rasa rangup cornflakes lepas tu rasa koko. Kunyah lagi rasa white chocolate dengan almomd pulak. Sedap!


Black Pistachio

Yang ni pun salah satu TOP 10 jugak and yang ni fav anak Iza. Dia kalau makan biskut ni memang kalau boleh nak habiskan sebalang terus. Black Pistachio ni diperbuat dari Pistachio, cocoa dan white chocolate. Rasa cocoa dia memang sangat rich and bila mix dengan pistachio tu rasa dia agak unik jugak but still sedap. Biskut ni pun tak terlalu manis and buat kita rasa nak repeat banyak kali.


Cornflakes Bites

Kalau korang peminat tegar biskut cornflakes, maybe korang boleh cuba Cornflakes Bites ni. Biskut ni lebih kurang upgraded version sebab dalam biskut ni bukan setakat cornflakes je tapi ada jugak chocolate chips, Almond and white chocolate jugak. Kombinasi ras biskut ni pun sedap jugak and it taste just nice.


Mini Popiah Udang

Popiah ni memang fav snack kalau time raya. Kebanyakkan rumah mesti ada popiah, sama ada yg gulung or yang ikat. Mini Popiah Udang dari Cookies Vibe ni wajib ada untuk snack raya. Rasa popiah dia pedas-pedas manis yang sedap. Tapi kalau budak mungkin tak tahan kot pedas dia. Untuk orang dewasa pedas dia just nice and boleh makan banyak kali. 


OVERALL REVIEW

Bagi Iza semua cookies dan snack yang Iza dari dari Cookies Vibe ni kena dengan tekak Iza. Kadang-kadang kuih raya ni rasa dia macam lebih kurang sama je pastu manis. Tapi Cookies Vibe boleh rasa beza setiap biskut and tak terlalu manis. Fav Iza antara semua ni memang Ombak Rindu la. Perfect!


KAT MANA NAK BELI?

Nak beli korang boleh beli direct dekat showroom Cookies Vibe sendiri kalau korang duduk area Selangor or korang boleh jugak beli online or boleh beli dengan agent #VibersFamily yang terdekat dengan korang. Owh! Starting 1 Feb 2021 nanti Cookies Vibe akan buat Special Cookies Package sempena Tahun Baru Cina dan jugak Hari Raya. Setiap pembelian Special Cookies Package tu nanti akan berserta tiket Lucky Draw and banyak hadiah menarik untuk korang menang. Antara hadiah yang korang berpeluang menang seperti Air Fyer, produk Young Living, produk Norwex, Kayman Facial Kit dan ada suprise gift jugak (BONUS).

Dah boleh plan la nak beli biskut apa untuk raya nanti. Nanti sepanjang bulan Ramadhan pun Cookies Vibe akan buat 30 Days Ramadhan Giveaway which setiap hari dalam tempoh bulan Ramadhan tu akan ada seorang pemenang setiap hari. Pemenang akan dipilih melalui, FB, IG, Twitter, Youtube dan Tik Tok. So good luck! Anyway, Iza ada promo code jugak untuk korang and korang boleh dapatkan 5% diskaun untuk pembelian korang. Just masukkan promo code tu nanti masa nak beli ok? Untuk maklumat lanjut korang boleh check out link dekat bawah:

Promo Code

Alamat
U1-19, Flexis, One South, Seri Kembangan, 43300 Selangor.
(10AM - 6 PM, Tuesday - Saturday)

Hotline
011 657 00101

Website

Instagram

Facebook

Twitter

Tik Tok

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: The product was sponsored by Cookies Vibe. All my reviews are honest after testing the product.)

  • Share:

You Might Also Like

16 comments

  1. Boleh order online kan? Abam Kie selalu order dgn akak yg duduk di Bangi. X makan la biskut2 di Kelate ni. Hehehe...
    Abam kie follows your blog..#112. Tq

    ReplyDelete
  2. Terasa sungguh nak masuk Ramadhan yer bila nampak orang start promote kukis raya. Kukis pun nampak sedap dan nampak premium. Kalau sedap camni memang berbaloi beli. Nanti nak ushar jugaklah.

    ReplyDelete
  3. Sedar tak sedar dah nak ramadhan dah. Dan iklan biskut raya menggoda jiwa raga mula bergentayangan. Adushhhh

    ReplyDelete
  4. Amboi amboi dah biskut raya. Esok nak ganti puasa lah. Rasa mood Ramadan dan Raya Aidilfitri ni nak mai. Bahaya kalau puasa belom ganti. Banyak nak makan biskut ni. Hahahaha.

    ReplyDelete
  5. menarik jugak. dah nak dekat raya ni kan. tapi kalau tak raya pun kadang2 teringin biskut raya hehe

    ReplyDelete
  6. Uishhhh nama ombak rindu dia tu. Terus ternyanyi lagu, tuhan bawa air mataku yang mengalir membasuh lukaku. Haha. Pemurahnya dorang kan siap buat giveaway tiap hari lagi bulan Ramadhan nanti

    ReplyDelete
  7. wow wow wow sedpanya tengok gambar biskut raya ni. nak jugak rasa sikit. hehhee walaupun tak lama lagi nak puasa kan

    ReplyDelete
  8. Ok ada kod diskaun, harus Bella beli ni nanti. Nmpk gaya beli biskut raya, pastu raya kt opis lagila tahun ni. Huhu

    ReplyDelete
  9. Nampak sedapnya popia tu, haritu mencari sana sini popia tu.. nak try jugalah, tak payah tunggu raya dah, nak makan beli aje kan..

    ReplyDelete
  10. Huwaaa gayanya memang raya macam tahun lepas lah kita. Saya dah pernah rasa CookiesVibe ni. Saya peminat tegar tart nenas dan tart dia antara yg sedap pernah jumpa. Mak pun approve sbb mak pun minat tart nenas.

    ReplyDelete
  11. Mood Ramadhan dah hampir dah.. Sana sini dah nampak biskut Raya. Nak try nanti yang ni, tertarik popia kecik tuu

    ReplyDelete
  12. aww the premium cookies look so yummy. made from premium Almond, Cashew dan Hazelnut sure taste very nice right

    ReplyDelete
  13. Huwaaaaaaaaaaaaaaaa bestnya biskut raya ni hee. terimakasih atas perkongsian sis :)

    ReplyDelete
  14. i absolutely love how these cookies look so real and homemade. and the varieties is amazing too. very tempted to buy some now!

    ReplyDelete
  15. Omg.. many friends yang dah try Cookies Vibe ni pub feedback bagus, i nak try their Ombak Rindu.

    ReplyDelete
  16. Pejam celik pejam celik, Raya dah bakal menjelangkan... Time untuk usha cookies for celebration nanti.. My favorite ni the popiah.. boleh topup stock for my CNY treats la macam ni..

    ReplyDelete