Review Krim Pencerah ViViwhite Yang Best

By Izaramli - February 09, 2021

Assalamualaikum!

Hello readers. Hari ni Iza nak share dengan korang krim pencerah yang Iza tengah cuba sekaranag. Tapi sebelum tu. pernah tak korang ada masalah tona warna kulit tak sekata. Pastu kalut la nak cari krim pencerah yang boleh sekatakan tona warna kulit korang tu. Tapi selalunya jumpa mesti krim pencerah yang tak best. Bila opakai nampak muka macam bercapuk la, berminyak la dan macam-macam la. Haaa. Kali ni Iza nak bagitau krim pencerah yang best patut korang cuba.

VIVIWHITE PEARL EXTRACT HYDRA BRIGHTENING CREAM


Kalau korang nak tau, krim pencerah dari ViViwhite ni memang mengamalkan prinsip 4N iaitu Nature, Nutrition, No Irritation dan No Addition. Krim ni memang untuk melindungi tekstur kulit kita tapi dalam masa yang sama mencerahkan jugak kulit kita dengan menggunakan bahan-bahan yang natural.

BAHAN-BAHAN UTAMA 

Natural Ingredients

Akoya Pearl Extract - yang berfungsi untuk mencerahkan kulit
Heliance Annus Seed Oil - untuk mengawal minyak pada kulit 
Cynanchum Atratum Extract - sebagai ejen anti-radang
Rose Damascena Phytplacenta Extract - untuk melegakan dan mengurangkan kemerahan pada kulit muka


Nutrients Ingredients

Sodium Hyaluronate - melembabkan dan menjadi lapisan kekunci air pada kulit
Lecithin - membaiki dan menyuburkan kulit
Vitamin E - sebagai ejen anti-penuaan dan antioksidan
Titanium Dioxide - untuk mengurangkan dark spot

KELEBIHAN

Hasil dari ujian klinikal, penggunaan ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream ni boleh selesaikan lapan masalah kulit yang biasa kita hadapi antaranya ialah kulit yang menguning, tona kulit yang tak sekata beserta jerawat, pigmentasi, dark circle, kemerahan pada kulit, kulit kering, liang pori yang besar dan garisan halus pada kulit.

TEKSTUR & BAU


Tekstur ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream ni agak pekat jugak dan berwarna putih. Walaupun pekat tapi tak melekit bila sapu dekat muka. Bau pulak wangi, floral scent. Kalau korang jenis tak suka produk yang wangi kena take note la yang ni. Tapi Iza suka bau dia and bau wangi tu tak kekal pun. Sekejap je dah hilang.

PACKAGING


Krim ni datang dalam bekas yang tak telalu besar dan tak terlalu kecil. Korang still boleh masukkan krim ni dalam beg bila travel. Owh ya, krim ni disediakan spatula juga untuk pastikan hygiene krim terjaga. So tak perlu la guna jari untuk ambil krim dari bekas.

REVIEW


Masa mula-mula nak cuba Iza risau jugak sebab ni kan krim pencerah, jadi takutla kulit muka jadi bercapuk bila pakai and muka napak terlalu putih atau cerah. Tapi so far Iza pakai tak ada masalah tu. ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream ni boleh berikan instant brightening tau secepat 8 saat. Walaupun macam tu, cerah dia just nice je dengan kulit muka Iza and tak ada la cerah melampau.

Walaupun krim ni pekat tapi macam Iza cakap la, langsung tak melekit. Suprisingly rasa dia sangat best bila apply dekat muka. Lepas sapu rata, ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream absorb cepat pada kulit. So rasa macam tak pakai krim pulak. Yang bestnya korang still rasa kulit muka lembap and kulit muka pun tak rasa berminyak sangat.


Lebih menarik lagi bila krim ni langsung tak ada bahan yang membahayakan. ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream ni Tanpa Paraben, Tanpa Mineral Oil, Tanpa Formaldehyde, Tanpa Silicone, Tanpa Alkohol, Tanpa Artifical Coloring, Tanpa Talcum dan Tanpa Triethanolamine.

KAT MANA NAK BELI?

Kalau korang mencari krim pencerah yang best dan paling penting tak berminyak or melekit, Iza sangat recommend korang untuk cuba ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream ni. Boleh pergi dekat link dekat bawah ni untuk maklumat lanjut:

Website

Instagram

Facebook

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: Product was given to me by ViViwhite Malaysia to try out. All review are honest and product I’m using might goes well with my skin but not with yours.)

  • Share:

You Might Also Like

0 comments