Review Produk Terbaru Cosmoderm Perfect Balanced In Pink

By Izaramli - February 22, 2021

Assalamualaikum!

Hello readers. Hari ni Iza nak share dengan korang skincare baru yang Iza cuba dari Cosmoderm. Kalau korang perasan Iza ada share pasal launching produk terbaru dari Cosmoderm ni dekat Facebook dan Instagram. Cosmoderm ada buat virtual launching secara live dekat Facebook bersama-sama dengan Watsons masa tu. Banyak juga info pasal produk ni. So jom kita tengok apa dia produk baru tu.



COSMODERM SKIN LAB - PERFECT BALANCED SERIES


Kalau korang memang suka beli produk Cosmoderm korang mesti perasan produk sebelum ni ada kaler hijau, kuning, merah dan biru. Produk kali ni packaging dia warna pink yang sangat comel! Untuk PR kit yang Iza dapat ni datang sekali dengan box yang cantik ni jugak. Dalam Perfect Balanced Series ni ada 4 jenis skincare yang basic korang perlu ada iaitu cleanser, toner, moisturizer dan juga sunscreen.


Perfect Balanced Series ni menggunakan dua bahan utama iaiti Prebiotic dan juga Calamine.

Prebiotics:
Prebiotics ni adalah sebagai makanan kepada bakteria baik pada micro skin eco-system which boleh bantu meransang pertahanan semulajadi kulit. Selain tu juga, dengan adanya prebiotics juga boleh perbaiki seri pada kulit muka serta memastikan microbioame pada kulit seimbang.

Calamine:
Calamine ni macam ala-ala bedak sejuk and sangat bagus melegakan iritasi dan kegatalan. Selain tu, calamine juga boleh mengurangkan merah-merah dan minyak pada kulit serta melegakan sunburn.

PERFECT BALANCED FOAMING CLEANSER


Packaging, Tekstur dan Bau


Dengan packaging menggunakan tube, Iza rasa lebih senang untuk cleanser jenis cream macam ni and lebih hyegiene. Ye betul Iza sebut cream sebab Iza rasa teksturnya lebih creamy berbanding foaming. Untuk jadikan cleanser ni foaming Iza gosok sampai berbuih dulu baru Iza apply dekat muka. Bau memang boleh katakan macam tak ada langsung. So korang jangan any fancy smell tau. Memang sangat sesuai untuk orang yang tak sukakan bau wangi pada skincare.



Review


Bagi Iza cleanser ni consider as mild cleanser. Lepas basuh muka Iza perasan ada sikit rasa kering but not too critical tapi korang tak akan rasa tegang which is still good. Cleanser ni juga agak bagus nak bersihkan liang pori and memang akan nampak muka lebih bersih especially kalau jenis muka berminyak. Boleh buat muka rasa lebih fresh. So Iza rasa kalau korang ada sensitive skin pun maybe tak ada masalah nak pakai cleanser ni.



PERFECT BALANCED TONING LOTION


Packaging, Tekstur dan Bau


Cosmoderm gunakan packaging botol macam ni untuk toner and Iza rasa most toner pun memang guna jenis botol macam ni. Senang nak tuang kat tangan and senang juga nak tuang dekat cotton pad. Tekstur dia memang sangat watery tapi ingat, korang kena pastikan korang shake well dulu sebelum guna. Sebab dalam toner ni kan ada calamine, so bila lama-lama tekstur dia akan terbahagi dua. Toner ni pun tak ada bau juga.



Review


Lepas cleanser make sure korang terus apply toner kalau korang jenis tak tahan kulit kering. Toner dia sedikit sejuk maybe sebab Iza membayangkan macam pakai bedak sejuk tapi tak buat muka putih. Hahah. Iza hanya guna tangan je untuk apply toner ni as per mention dekat botol. Sebabkan dia watery so bagi Iza  toner dia tak ada la susah sangat nak absorb.



PERFECT BALANCED SOOTHING WOW CREAM


Packaging, Tekstur dan Bau


To be honest Iza suka pakaging pump macam ni untuk moisturizer sebab lebih hyegine instead of jar yang kena ambil dengan jari or dengan spatula. Pump lagi senang dan semestinya tak akan tumpah punya. Tekstur Soothing WOW Cream ni memang creamy dan agak pekat. Fancy smell memang tak ada.



Review


Walaupun tekstur dia agak pekat dan creamy tapi Iza pakai tak rasa terlalu melekit dan rasa kulit lebih lembab lepas pakai. Untuk fully absorb takes time sikit just make sure massage thoroughly dekat seluruh muka ok?



PERFECT BALANCED MINERAL SUN MILK


Packaging, Tekstur dan Bau


Sunscreen Cosmoderm ni pun gunakan botol jenis pump jugak. Kebiasan Iza jumpa sunscreen akan guna tube so dah terbiasa nak agak banyak mana nak pakai. Tapi bila pakai pump ni kekok sikit but it’s ok. Still nice jugak cumanya untuk sunscreen yang pakai jenis pump ni rasa macam bulky sikit la. Tekstur Mineral Sun Milk ni pun sedikit creamy tapi lebih light dari WOW Cream tadi dan tak ada bau juga untuk yang ini,



Review


Macam Iza cakap, Mineral Sun Milk ni light dari WOW Cream so memang tak rasa melekit bila pakai and senang jugak nak apply. Cumanya sunscreen ni tinggalkan white cast. Untuk pastikan white cast tu tak terlalu ketara, korang perlu ratakan betul-betul sunscreen tu pada muka ok?




OVERALL REVIEW


Bagi Iza Cosmoderm Perfect Balanced Series ni just nice kalau korang baru nak cuba-cuba guna skincare. Especially kalau memang tak tau nak beli apa kan. So korang boleh grab je one set ni. Dah complete dah. Since skincare ni tak harsh pada kulit so, sensitive skin pun boleh cuba. Plus Cosmoderm Perfect Balanced ni tanpa Paraben, tanpa Fragrance, tanpa Atificial Colorant dan tanpa SLS/SLES. Skincare ni mild je, so don’t afraid to try ok? Iza dah cuba like about a week, merah-merah dekat area hidung Iza pun nampak faded and rasa kulit lebih relax sebab before this Iza try skincare macam-macam.



KAT MANA NAK BELI?


Korang boleh dapatkan Cosmoderm Perfect Balanced dekat Watsons berdekatan kornag or korang boleh beli online jugak and direct website Cosmoderm. Untuk maklumat lanjut, korang boleh check out link dekat bawah ni ya:

Website

Instagram

Facebook

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: Product was given to me by Cosmoderm to try out. All review are honest and product I’m using might goes well with my skin but not with yours.)

  • Share:

You Might Also Like

15 comments

  1. saya pun suka Cosmoderm ni, senang nak guna coz tiap botol tu dah ada label 1,2,3,4 dan paling saya suka toner dia tu. tiap hari saya pakai produk ni.

    ReplyDelete
  2. I'm thrilled when look at this product's packaging. So pretty in pink. Thank you for sharing your review here with me.

    ReplyDelete
  3. Rawlins teruja sungguh tengok packaging (kotak pink) tu seakan-akan dollhouse. Kagum betul.
    Manakala Rawlins memang teringin nak try toner dia tu. Banyak dah rave reviews pasal produk cute nie

    ReplyDelete
  4. tertarik dengan ingredient baru dia tu. Maybe boleh try sebab available dekat drugstore. Packaging dah la cantik, geram je tengok

    ReplyDelete
  5. Cosmoderm berwajah baru ,cantik dan nampak international sangat . Saya pun pengguna Cosmoderm bertahun lamanya . Tapi belum cuba yang packing baru nih. nanti nak usha baliklah , harap kualiti produk masih sama bagus macam dulu.

    ReplyDelete
  6. Belum pernah cuba Cosmederm. Tapi Bella tertarik dgn pakaging dia. Lawa warna pink. Nanti boleh try tgk sesuai ke tak.

    ReplyDelete
  7. Wow you look beautiful! I love your photographs too! <3

    Mari | www.dazedmari.com

    ReplyDelete
  8. I m loving this Cosmoderm Perfect Balanced range too, the packaging and products are awesome.

    ReplyDelete
  9. Ramai dah guna feedback semua kata bagus yaa.. ingat nak try jugalah, cantik sangat pakaging terbaru dia.. Sis pengguna Cosmoderm gak tapi pakai yang Teatree facewash tu..

    ReplyDelete
  10. Cantik sungguh packaging Cosmoderm terbaru ni kan.. sure the ladies gonna love it.. very the feminine.. nak jaga kulit pun senang dengan simple few steps sahaja..

    ReplyDelete
  11. lain macam range cosmoderm kali ni.. biasanya warna hijau and kuning. kali ni pink. packaging lawa gila.

    ReplyDelete
  12. Dari review iza macam best je produk cosmoderm pink ni. Box dia pon cantik

    ReplyDelete
  13. aritu ada nampak sapa tah share pasal ni. terkejut juga sebab warna pink! hahaha why pink! cuma nak tahu warna ni untuk certain produk atau semuanya? kalau semuanya mcm syang juga sebab lelaki pun ada pakai. takut segan pula nanti

    ReplyDelete
  14. the packaging and the colours of these products just make me so happy. i am sure i will be more rajin to look after my skin if i use this range!

    ReplyDelete
  15. I love reading honest reviews like this instead of the typical sponsored posts. This is very useful information for prospective buyers.

    ReplyDelete