Main Game Free Dekat plays.org

By Izaramli - June 15, 2021

Assalamualaikum.

Hello readers! Macam mana semua so far? Ok ke sambung MCO lagi? Sabar je la yang kita mampu kan. Harapnya cepat la settle masalah COVID-19 ni. So harini Iza nak share dengan korang satu platform game yang korang boleh main secara online and definitely it’s FREE! 


Iza tak tau korang pernah dengar ke tak website plays.org ni. Kalau korang tak pernah dengar, sini Iza cerita sikit. Ok actually, plays.org ni website yang menyediakan game online yang korang main secara PERCUMA tanpa perlu download. Haaa. Jimat space phone kan? Dekat plays.org ni je ada lebih 200 game korang boleh try and selalu juga dorang tambah game baru.

Teringat pulak Iza masa zaman belajar dekat universiti dulu. Nak hilangkan stress belajar gigih la cari game nak download dekat laptop. Tapi punya la susah sebab file besar and kadang kena bayar pulak. Masa tu memang tak tau la game online macam ni. Tapi sekarang nak main game simple-simple semua boleh online je. Yang penting ada internet je la.


Macam Iza cakap tadi, dalam plays.org ni ada lebih 200 game and pilihan dia memang rambang mata sampai tak tau nak pilih game mana nak main. Tapi apa yang lagi best website ni, korang main game tanpa rasa semak mata sebab website ni tak ada iklan and korang boleh widescreen game korang. So feel dia sama macam main game download dekat phone. Sumpah best!


Iza dah try main banyak juga la game dekat plays.org ni and overall game dia semua simple je and korang tak perlu baca instruction sangat pun dah boleh faham and banyak jugak game yang legend (kalau korang sebaya Iza la) time Iza belajar dulu ada dekat sini and boleh main free je. Iza bagi juga anak Iza try main, punya la dia suka and budak besar dia yang tak tau baca sangat pun boleh main game dekat sini. Nampak tak betapa simple nya game yang ada?


Website plays.org ni pun simple je, buka-buka je dah ada pilihan game yang ramai recommend and dekat bahagian bawah sekali korang boleh tengok pilihan jenis game yang korang nak try and banyak ok.


Kalau nak senaraikan game yang korang boleh try banyak sangat pulak tapi ni antara game yang Iza suka main dekat plays.org:



Kalau korang suka game simulation, Iza recommend korang main game ni. Addicted bila dah start main. Game dia tak ada la susah mana pun and simple je tapi bila dah main macam tak boleh nak stop. Game ni just perlukan korang untuk tap bahagian dalam supermarket tu untuk refill barang and tap counter untuk cepatkan que orang bayar. Simple kan? Lepas tu, kalau korang berhenti main pun korang still boleh sambung balik game korang bila buka balik.



Ok, game ni mesti korang sangat familiar. Time Iza belajar dulu Iza suka main game ni tapi yang version katak tu. Sumpah best main game ni. Game dia senang je. Korang just tembak bola berwarna tu dekat warna yang sama je sebelum bola warna-warni yang banyak tu sampai dekat lubang tengah.



Call me nerd! Hahah. Iza suka ok main sudoku. Sebelum tau boleh download dekat phone, gigih tau Iza buat sudoku dalam surat khabar dulu. Lepas tu baru donwload dekat phone pulak. Sekarang boleh main online je and tak perlu download, nikmat apakeh yang kau dustakan ini? Hahah. Untuk sesiapa yang tak tau, game ni sedikit mencabar minda which korang kena masukkan nombor yang betul dekat dalam box tu ikut susunan yang betul.



Last but not least, game paling simple sekali. Tapi game ni best kalau guna keyboard sebab nak kena menaip laju. So Iza akan main dekat ipad and on keyboard. Ni pun addicted bila main sebab nak kena taip laju perkataan yang dia bagi tu. Tapi game ni tak boleh widescreen and Iza pun tak pasti kenapa tak ada button widescreen. Maybe game ni dorang kena improve part tu.

Banyak pulak game favourite kan, ada lagi tapi cukup la ni je Iza share. Yang lain korang boleh explore sendiri. Nak main game boleh click plays.org. Enjoy!

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

  • Share:

You Might Also Like

9 comments

  1. Wah..macam- macam game ada..at least anak- anak boleh main dan takde la bosan kat rumah kan..selain mengisi masa main game ni membantu melatih minda mereka juga tahap kreativiti mereka kan...

    ReplyDelete
  2. banyak betul game yang ada dekat situ kan, takde la bosan lagi time lockdown ni. hehehe

    ReplyDelete
  3. First time dangar website ni. Banyak juga game-game dalam tu ya. Sekali sekala boleh lah bagi anak main game. Bosan juga kalau asyik belajar je kan. Tapi kena make sure game yang bersesuaian lah. Thanks for sharing Iza.

    ReplyDelete
  4. dah lama tak main games dekat phone atay pc. baca ni rasa nak main game semula la pulak haha

    ReplyDelete
  5. menarik ni, iza. jap lagi aida nak masuk tgk camne. if ok, nak recommend kat anak2. lepas pdpr, boleh la main games release stress.
    aida pun sekarang main games cafeland. saje-saje :) hi hi hi hi...

    ReplyDelete
  6. Rawlins dah bagi kat adik - anak-anak depa dok main. Haha now kena jaga masa main HP plak, sebab kena belajar gak kan

    ReplyDelete
  7. Uik banyaknya game free hehehe best lah boleh layan time bosan-bosan kat rumah ni hehehe memang menyeronokkan juga yer hehehehe ada yang menguji minda. Tapi selalu kalau free ni mesti banyak popup iklan hehehehe

    ReplyDelete
  8. Alamakkk bestnyaa, Sis plak teruja, ni pun bosan punya pasal, dah main balik Candy Crush hahahaha

    ReplyDelete
  9. Haaa ni best .. dok ngadap keja pun boring gak. nanti weekend ni nak main ngan anak-anak . Sian tengok depa stress gak asyik ngadap homework . Tq tau share ...serious tak tau . huhuhu

    ReplyDelete