Review Face Republic Vita Capsule Luminous Serum Untuk Hilangkan Dark Spot

By Izaramli - June 01, 2021

Assalamualaikum!

Hello readers! Lamanya Iza tak ada blog ni. Bukan tak ada content nak share dekat sini. Ada je sebenarnya tapi sebab Iza lebih banyak share content dekat IG so kesian blog kena tinggal. Ok kali ni kita cuba rajin update blog lagi. So hari ni Iza nak share dengan korang serum baru keluaran Face Republic. Mesti korang pernah dengar bran ni kan? So kalau korang up-to-date dengan brand ni mesti tau brand ni baru je launch produk baru and salah satunya ialah Vita Capsule Luminous Serum.


VITA CAPSULE LUMINOUS SERUM

Bahan Utama

Dalam serum ni memang pack dengan bahan-bahan yang best and memang korang akan suka punya. Antara bahan utama yang best terdapat dalam serum ni antaranya:

Hippophae Rhamnoides Water (Vitamin C)
Niacinamide (Vitamin B3)
Panthenol (Vitamin B5)
Jeju Lemon Extract (Vitamin C)
Tocopherol (Vitamin E)
Jojoba Seed Oil

Siapa yang tak suka vitamin kan? And definitely Vitamin C, B dan E memang sangat bagus untuk kulit kita. Kebiasasaannya vitamin ni akan memudahkan lagi skin kita absorb kebaikan dari serum. Tapi paling fav Niacinamide tu la sebab memang paling bagus untuk treat masalah pores dengan untuk brightening. Vitamin E dengan Jojoba Seed Oil pulak untuk seimbangkan minyak dan kelembapan pada kulit muka.


Tekstur Dan Bau

Untuk Vita Capsule Luminous Serum ni tekstur dia agak pekat jugak tapi tak terlalu pekat tapi dan at first korang akan rasa a bit sticky tapi sekejap je then rasa tu hilang but still kulit muka akan nampak dewy yang best. Bau dia hampir tak ada bagi Iza, kalau hidu betul-betul pun cuma akan rasa sikit je bau lemon. For those yang tak suka skincare ada bau or fragrance, this is for you guys.


Packaging

Packaging untuk serum ni sama je macam serum-serum yang ada kat luar sana which datang dalam botol kaca and ada dropper kaca sekali. Cuma botol kaca serum ni nampak cantik dengan warna serum yang orange lepas tu botol dia jenis frosted. Dropper kaca dia pun works well je. So overall ok for packaging.


Review

Iza dah cuba serum ni dalam seminggu lebih and almost dua minggu dah. Apa yang Iza nampak paling ketara dark spot Iza makin berkurang. Dark spot ni memang masalah paling susah nak hilang. Kadang dah hilang pastu ada balik sebab tangan ni gatal je nak tinggalkan kesan. So ni memang masalah Iza yang tak berkesudahan. So far this serum memang boleh jadi one of my dark spot fighter gituh. 


Selain tu, Iza sangat suka after effects Vita Capsule Luminous Serum ni lepas dah apply kat muka. Muka memang mula-mula rasa melekit tapi once rasa sticky tu hilang korang rasa kulit muka korang best sangat. Nampak dewy and rasa macam plump and bouncy. Best teruk. 


Serum ni bukan serum yang pakai terus menjadi ok, takes time jugak and bergantung pada kulit muka masing-masing. Kulit muka kita tak sama and effects pun definitely akan berbeza. Cuma kalau korang mencari serum yang boleh bagi brigthening effect, dewy effect and cuba nak hilangkan dark spot Iza boleh recommend korang serum ni. Worth to try!


BELI DEKAT MANA?

Untuk maklumat lanjut, korang boleh check link dekat bawag and Vita Capsule Lumious Serum ni korang boleh dapatkan secara online je dengan harga RM79.90 dekat link bawah ni jugak:

Instagram

Shopping

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: Product was given to me by Face Republic Malaysia to try out. All review are honest and product I’m using might goes well with my skin but not with yours.)

  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. menarik jugak yek produk ni.. boleh la try nanti...

    ReplyDelete
  2. Belum pernah try brand ni, nt boleh cuba juga, nampak best

    ReplyDelete
  3. Nice..nanti blh usha sbb zaza pun ada mslh mcm tu jgk..nt zaza tgk kt shopee

    ReplyDelete
  4. Kita pun kalau cari produk dan skincare yg boleh hilangkan dark spot je.. menarik juga Vita Capsule Lumious Serum.. nak cari jugak la

    ReplyDelete
  5. The texture of this Face Republic Vita Capsule Luminous Serum is lightweight and good consistency.

    ReplyDelete