Cetaphil Baby Dengan Organic Calendula Untuk Anak Kulit Sensitif

By Izaramli - July 29, 2021

Assalamualaikum.

Hello readers! Sejak ada baby ni, Iza memang memilih sikit mandian anak. Anak yang kecil ni pula jenis kulit sensitif pastu masa baru lahir tu doktor kata dia ada eczema, lagi la Iza risau. Tapi dokto ada suggest untuk pakai mandian Cetaphil Baby and so far memang ok untuk anak Iza. Cetaphil Baby dah keluarkan range baru which Cetaphil Baby dengan Organic Calendula pula. 



CETAPHIL BABY DENGAN ORGANIC CALENDULA


Cetaphil Baby Wash & Shampoo Dengan Organic Calendula

Macam biasa, semestinya akan ada baby wash and shampoo yang sangat senang especially bila newborn kan. Senang bila ada mandian yang sekali dengan shampoo macam ni. Jangan risau tau, Cetaphil Baby Wash & Shampoo ni tear free which means mata anak kita tak akan pedih kalau terkena sabun mandian tu.


Kalau nak compare dengan Cetaphil yang before this, Cetaphil Baby dengan Organic Calendula lebih wangi tapi sangat soft je. Bau floral yang bagi Iza sesuai la dengan baby. Guna baby wash and shampoo ni memang tak risau kulit anak kering sebab calendula extract yang ada dalam baby wash and shampoo ni boleh legakan kulit kering dan sensitif.

Cetaphil Baby Daily Lotion Dengan Organic Calendula

Kebiasaannya lotion ni pekat and akan buat kulit macam berminyak lepas sapu and melekit. Tapi Cetaphil Baby Lotion dengan Organic Calendula ni tak pula. Lepas apply kat badan anak, kulit anak rasa lebih lembut dan lembab tapi langsung tak melekit. 


Bau dia pun wangi juga macam body wash and shampoo. Bau dia buat rasa nak cium anak selalu je. Warna dia pun lain, biasanya lotion warna putih tapi Cetaphil Baby Lotion dengan Organic Calendula warna kuning. Iza pun rasa macam nak guna untuk diri sendiri kadang-kadang. Punya la best lotion dia ni.

Cetaphil Baby Advanced Protection Cream Dengan Organic Calendula

Kalau macam anak Iza yang kulit sensitif ni kadang-kadang kalau ada ruam kat badan dia, Iza guna Cetaphil Baby Advanced Protection Cream dengan Organic Calendula ni. Iza sapu dekat bahagian ruam tu je lepas dah sapu lotion. Krim yang ni sesuai untuk lindugi kulit anak dari kering lebih extra and nak legakan rengsa juga. 


Dalam Cetaphil Baby Advanced Protection Cream dengan Organic Calendula ni ada calendula, allantoin dan shea butter yang berfungi untuk kembalikan kelembapan dan menguatkan lagi skin barrier. Apa yang doktor pernah kongsi dengan Iza masa check anak Iza dulu, ruam or eczema ni buatkan kulit jadi kering sebab barrier pada kulit tu menipis. Jadi sebab tu kita kena make sure bahagian tu sentiasa lembap. Iza perasan juga lepas guna ni, mana ruam yang ada dekat anak macam cepat hilang which Iza pun rasa impressed juga sebab biasanya susah nak hilang cepat.

OVERALL


Bagi Iza lepas dah try range Cetaphil Baby dengan Organic Celandula, Iza rasa lepas ni Iza akan repeat beli yang ni je. So far sesusai dengan kulit anak Iza yang agak sensitif and boleh katakan ada mild eczema.   Especially Cetaphil Baby Advanced Protection Cream Dengan Organic Calendula yang bagi Iza paling sesuai dengan kulit anak Iza. Kadang ruam lampin sebab terlambat ganti lampin pun Iza sapu je krim tu.


Bau wangi tu kira bonus la tapi Iza rasa bau dia just nice je untuk baby. Tak ada la kuat sangat and memang soft je. Memang korang akan rasa macam nak cium gomol-gomol je anak lepas mandi tu. Untuk yang ada anak kulit sensitif, Iza boleh recommend korang untuk guna Cetaphil Baby ni. Cetaphil baby memang tak ada paraben, colorant ataupun mineral oil. So selamat untuk yang kulit sensitif.

DEKAT MANA NAK BELI?


Cetaphil Baby dengan Organic Calendula range ni korang boleh dapatkan dekat Watsons or korang boleh klik link dekat bawah ni ok?

Watsons

Website

Instagram

Facebook

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: Product was given to me by to try out. All review are honest and product I’m using might goes well with my baby skin but not with yours.)

  • Share:

You Might Also Like

6 comments

  1. Rawlins ngah pakai yang untuk dewasa nie and kagum sebab kulit sensitif Rawlins tak meragam.

    Psst nak pakai yang baby tak sesuai kan untuk orang tua cam Rawlins hehe

    ReplyDelete
  2. Anak Aten pun tengah pakai yang range baru ni. Paling suka advanced protection cream tu. Sesuai untuk yang kulit kering

    ReplyDelete
  3. menarik produk cetaphil ni, bukan untuk dewasa tapi dah ada range untuk baby pula :)

    ReplyDelete
  4. Anak-anak Sis pakai Cetaphil ni untuk kulit muka, Sis takde anak, tapi suka beli juga untuk anak sedara, memang bagus untuk kesihatan kulit produk ni..

    ReplyDelete
  5. wah rangkaian baru produk cetaphil yer? bagus ni untuk baby kan... kulit diorang kan sensitif

    ReplyDelete
  6. Brand Cetaphil memang best. Eiza guna pembersih wajah. Walaupun tanpa buih, bau dan warna tapi wajah tambil bersih dan sihat. Rangkaian Baby tak pernah cuba. Tapi will cadangkan kepada rakan-rakan.

    ReplyDelete