Tab Stand Paling Berbaloi Beli

By Izaramli - August 24, 2021

Assalamualaikum!

Hello readers. Haa. Hari ni Iza nak racun korang beli benda berbaloi punya. Haruslah berbaloi kan, baru la kita share. Macam kita tau, sekarang ni kita pun bukan boleh ke mana kan. Lepas tu anak-anak semua kena PDPR. Kita pun meeting pakai seluar tidur je sebab semuanya online. Benda paling penting kena ada bila melibatkan kerja online ni semestinya stand atau tripod.


Sebelum ni Iza pakai tripod je bila anak Iza nak class, memandangkan dekat rumah pun memang ada macam-macam saiz tripod. Tapi Iza still tak puas hati sebab Iza tak boleh guna untuk iPad Iza and dalam masa yang sama tripod ni dia macam makan space sebab kena kembangkan kaki dia untuk rendahkan phone. So selepas godeh-godeh dekat Shopee Iza terjumpa stand idaman Iza ni.

STAND IDAMAN


Kenapa la yang suka sangat dengan stand ni? Ok first thing first stand ni boleh lipat and tak besar pun, so boleh bawa ke mana-mana korang nk g-meet or zoom. Kan senang, nak meeting kat ruang tamu kang anak bising la, bunyi tv la. So stand ni lipat-lipat je and boleh carry je pergi mana-mana. Cuba dia berat sikit sebab material dia metal tau. So definitely tak akan patah punya kalau dah lipat banyak kali.


Memandangkan stand ni boleh lipat, lagi satu Iza suka stand ni sebab stand ni adjustable. Maksud Iza holder dia adjustable. Nak senget, nak straight tegak or mana-mana la ikut keselesaan korang. Haaa. Senang tau sebab macam Iza yang tak ada laptop and bergantung sepenuhnya dekat iPad memang perlukan stand macam ni. Gituu. Korang tak perlu risau skru longgar pun tau sebab stand ni datang sekali dengan allen key. So bila longgar boleh ketatkan balik.


Lagi satu Iza suka stand ni sebab dia besar. Actually dekat seller Iza beli ni ada dua size and Iza memang pilih size besar sebab Iza boleh letak iPad tanpa perlu cabut casing dia. Leceh kan bila nak guna stand tapi kena cabut casing sebab nanti tak muat. This one, takde hal. Dengan casing pun jalan.


So korang rasa korang perlu ke tak stand ni? Jawapan dia perlu pada yang ada tab atau iPad yang perlukan stand untuk buat kerja online. Lepas beli stand ni memang Iza tak pakai dah tripod, even handphone pun Iza guna stand ni juga bila anak ada PDPR. Kan senang.


Ok harga dia sedikit pricey la kalau nak compare stand lain yang ada dekat Shopee. Tapi kalau tanya Iza price wise dia, bagi Iza berbaloi dengan apa yang kita dapat. InsyaAllah tahan lama. So kalau korang nak juga boleh pergi link dekat sini ok?

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

  • Share:

You Might Also Like

10 comments

  1. Nampak menariklah Iza... nanti nak survey jugalah dekat shopee, untuk tab sy.. sedih kena tukar bateri dulu dah 2 tahun jugalah x pakai sebab bateri dah kong

    ReplyDelete
  2. Menarik nie Iza.. boleh lah Kak Sue pi intai kat Shopee jugak nanti..

    ReplyDelete
  3. Nampak tahan ni iza. Marsha nak tengok juga lah dekat shopee. Ni dia boleh masuk mana-mana iPad ye iza? Sebab iPad Mar ni zaman tok kaduk punya.

    ReplyDelete
  4. nampak kukuh. Nak buat video selfie pun boleh nie guna stand cm nie

    ReplyDelete
  5. Oh thanks for sharing, i tengah cari one for my niece.

    ReplyDelete
  6. Mcm tau2 je kita tgh cri tab stand juga hehheem. Ok nk cri juga la

    ReplyDelete
  7. Nad pun ade beli ni, tapi design tapak bulat.. Boleh juga letak tab semua.. Kukuh.. Nad punya jenis metal.. Bagus juga guna masa cas.. Hehe

    ReplyDelete
  8. Bila PdPr ni mmg perlu ada stand tab mcm ni. Rumah ni pun ada juga. Senang dan selesa utk anak2.

    ReplyDelete
  9. alaaa ni yg lemah ni..haha jari rasa gatal2 nak membeli jugak ni

    ReplyDelete