Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum Yang Baru

By Izaramli - November 27, 2021

Assalamualaikum.

Hari ni Iza nak share dengan korang produk terbaru rangkaian Safi Youth Gold iaitu Lifting Golden C Duo Serum. Macam yang korang tau, Safi ni adalah satu jenama yang terkenal juga dekat Malaysia dan menjadi Halal skincare No. 1 dekat Malaysia ni. Baru-baru ni Safi ada keluarkan rangkaian Safi Youth Gold which upgraded version untuk Safi Rania Gold. Fokus utamanya memang untuk masalah aging dengan formulasi yang baru tapi dengan harga yang mampu milik.


So dalam range Safi Youth Gold ada dua produk baru sebenarnya iaitu Safi Youth Gold  Lifting 24K Serum Cleanser dan juga Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum. Tapi kali ni Iza nak share tentang kebaikan Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum.


Bila umur meningkat ni mesti kita risau tanda-tanda penuaan dekat kulit muka kita nampak kan? Iza pun selalu juga risau and mencari produk yang sesuai untuk atasi masalah tanda penuaan ni. Haaa. Kalau korang nak tau banyak benefit yang kita boleh dapat dari Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum ni. Ianya merawat secara mikro dan mengurangkan tanda penuaan seperti dagu berlapis dan kulit kendur sebanyak 50% dalam masa 15 minit je. Menarik kan? Lepas ni boleh dapatkan wajah yang lebih muda gitu.


Lagi best bila serum ni diformulasikan dengan Teknologi Golden C-Lift , kombinasi Vitamin C dan
Nano Emas 24K yang lebih berkesan dari Vitamin C biasa. Bukan setakat tu je, Iza suka juga teksturnya yang tak terlalu berat dan semestinya tak melekit atau berminyak serta mudah meresap dan selesa pada kulit.


Selain tu juga, Safi Youth Gold diperkaya dengan Duo Age-Correcting Actives, gabungan Golden C dan Ceramide untuk memberi 7 Dimensi Pembaharuan Keremajaan Kulit iaitu:

1. Menegangkan kulit
2. Meningkatkan keanjalan
3. Mengurangkan garis halus & kedutan
4. Meningkatkan kelembapan kulit
5. Melindungi kulit dari pengoksidaan
6. Meningkatkan kehalusan kulit
7. Memperbaiki kulit rosak


Korang jangan tunggu lagi. Jom dapatkan produk Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum pada harga RM59.00 dan Safi Youth Gold  Lifting 24K Serum Cleanser pada harga RM19.80 di semua cawangan farmasi Watsons, Guardian, Aeon Wellness dan Caring serta serta secara online di kedai rasmi Wipro Unza di Shopee dan Lazada.

Untuk maklumat lanjut korang boleh pergi ke link bawah ni:

Instagram

Facebook

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

  • Share:

You Might Also Like

17 comments

  1. Produk Safi ni best tau. First produk skin care yang Ai guna. Sekarang maybe dah kena guna yang youth gold pula untuk kekal muda. Ecehhh..

    ReplyDelete
  2. This serum looks so good!!!!!!!!!!! I like the packaging of this product too. Thank you for sharing your review with me.

    ReplyDelete
  3. best serum die...sesuai dengan kuli. harga pun sangat ok dengan kuantiti die. lagipun jenama ni dah lama di pasaran

    ReplyDelete
  4. Kerlass packaging Safi Youth Gold ni. Serum baru ni pun nampak macam best. Dan Safi adalah antara jenama produk kecantikkan yang dah lama bertapak. Trusted.

    ReplyDelete
  5. Produk safi ni memang dah lama guna..serum safi ni memang tengah guna..best je bila apply kat muka.

    ReplyDelete
  6. Safi’s serum looks really moisturizing the benefits are great as well can’t wait to add this to my skincare essentials

    ReplyDelete
  7. Best kita suka sangat siri SYG ni. Lagi yang terbaru ni Lifting Golden C Duo Serum ni banyak manfaat lagi2 boleh reduce lemak bawah dagu. Haishhh dahlah bau wangi ehhh memang best lah produk safi ni

    ReplyDelete
  8. This looks like a good cosmetics product to help those who want to stay youthful. I am impressed with the ingredients and the effects one could reap.

    ReplyDelete
  9. aww your skin looks so flawless after using it! Memang best la Safi brand should try it out one day

    ReplyDelete
  10. Wow.. Serum SAFI memang jadi pilihan kerana ianya cepat menyerap dan tak melekat.. AM dah cuba dah..

    ReplyDelete
  11. Lama dah tengok serum Safi ni. Macam nak try je nanti heee. Sesuai untuk umur ni

    ReplyDelete
  12. Saya pun guna safi sekarang sebab serasi dengan kulit. Soon boleh cuba SYG ni pula.

    ReplyDelete
  13. Safi sekarang makin banyak keluarkan produk yang bagus. Pakaging pun makin cantik.

    ReplyDelete
  14. best kan produk terbaru SAfi ni, huda pun start guna. memang serasi dengan kulit dan suka sangat dengan pada kulit. harap lepas ni tak de double chin

    ReplyDelete
  15. best sebab dah try.. mmg nampak efeknya.. dahi dah x berlapis sgt dah heheh

    ReplyDelete
  16. Teringin nak try juga la Safi Gold product ni... ingatkan sure mahal since product dia really good kan.. rupanya so affordable too bah! Boleh consider ni.. thanks for sharing this... nanti nak pergi check kat kedai la, excited nak try ni..

    ReplyDelete
  17. This anti-aging Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum is good and price also affordable

    ReplyDelete