Toner ONE THING 100% Berasaskan Tumbuhan

Assalamualaikum.

Hello readers! Hari ni Iza nak share dengan korang toner yang selalu jadi sebutan ramai iaitu toner dari ONE THING. Haa. Semestinya korang pernah dengar brand ni kan? Brand ni agak famous juga la. Kalau korang tak pernah dengar lagi tak apa, jom Iza share.


ONE THING


ONE THING ni diasaskan dari Korea Selatan. Kenapa ONE THING? Matlamat utama ONE THING adalah untuk buang semua kos yang tak perlu dalam bahan-bahan untuk skincare dan hanya fokus pada SATU (ONE) bahan utama yang diperlukan oleh kulit. Produk dari ONE THING hanya menggunakan raw materials yang terpilih je tau untuk safety which 100% bahan organik (EWG Grade 1) dan tanpa penambahan bahan kimia berbahaya. 


Antara toner yang ada di ONE THING ialah Artemisia Capillaris Extract, Centella Asiatica Extract, Houttuynia Cordata Extract, Citrus Unshiu Fruit Extract, Brassica Oleracea Ltalica Extract, Coix Lacryma-Jobi Ma Yuen Seed Extract, Calendula Officinalis Flower Extract dan Galactomyces Ferment Filtrate.


Tapi Iza akan share dengan korang cuma dua toner which is Artemisia Capillaris Extract dan Centella Asiatica Extract. Selain toner, ONE THING juga ada skincare lain seperti sabun, krim, lip essence dan minyak organik.

ARTEMISIA CAPILLARIS EXTRACT (150ml)


Diektsrak dari Gangwha-do, tumbuhan ni memang terkenal dalam ilmu perubatan dan telah digunakan berkurun lamanya untuk merawat masalah radang dan hepatic disorder.


Bila korang pakai Artemisia Capillaris Extract ni, kulit korang akan jadi lebih kuat which boleh kurangkan kemerahan dan jadikan kulit kurang sensitif. Selain tu, boleh bersihkan kesan kotoran yang halus terutamanya dari kesan pencemaran udara. Artemisia Capillaris Extract ni boleh seimbangkan kulit kita dan buatkan kulit kekal firm dan glowing disamping membekalkan kelembapan dan nutrisi yang diperlukan.

CENTELLA ASIATICA EXTRACT (150ml)


Diekstrak semestinya dari Centella Asiatica dan korang mesti selalu dengar Centella Asiatica Extract ni dekat banyak skincare. Centella Asiatica kaya dengan asid amino, beta karotena, asid lemak dan phytochemicals yang sesuai untuk kulit seperti yang bersifat anti-penuaan yang tinggi.


Centella Asiatica Extract ni buatkan kulit rasa lebih bersih dan menenangkan kerengsaan. Kesan-kesan merah pada kulit pun akan jadi berkurang. Lepas tu kulit akan rasa lebih elastik dan tegang. Korang akan rasa kulit lebih tenang dan lembut je.

OVERALL REVIEW


Both toner datang dalam tekstur yang sangat watery and bagi Iza mudah untuk absord pada kulit. Dari segi bau semestinya tak ada artifical perfume and korang akan dapat bau ala-ala herba dedaun yang agak kuat jugak but still acceptable. Both toner bagi effect yang lebih kurang sama, which kulit rasa lebih bertenang dan tak ada masalah kerengsaan. Since toner ni sangat gentle Iza rasa both toner worth to try and should be no problem untuk semua jenis kulit.


BELI DEKAT MANA?


Kalau korang nak try toner dari ONE THING ni atau nak cuba produk ONE THING yang lain atau juga produk skincare yang lain, korang boleh dapatkan dekat Threebs.co atau tekan terus link dekat bawah ni:

Website

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

Comments

  1. menariknya toner tu...bekas dia tu mcm very nostalgic

    ReplyDelete
  2. Bagus produk mcm ni.. Guna bhan2 semulajadi👍

    ReplyDelete
  3. 1st time dgr this brand.. biasa lah orang jarang² sgt pakai skincare. Suka la tgk packaging dia.. bagus lah produk ni

    ReplyDelete
  4. First time la dengar pasal One Thing ni.. elok la toner pun dah nak abes niii

    ReplyDelete
  5. Teruja lah dengan produk no. First time tahu jenama ni. Bole la fafa nak cuba jugak nanti

    ReplyDelete
  6. first yg I nampak, packaging toner tu, cantiknyeee! Menarik!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts