Jom Beli Rumah Mampu Milik

Assalamualaikum.

Hello readers! Kali ni Iza nak share dengan korang berkenaan dengan pembelian rumah. Iza percaya mesti ramai yang mengimpikan untuk ada rumah sendiri. Maklumlah, kalau menyewa ni kita terhad nak buat macam-macam deko dekat rumah kita. Kalau ada rumah sendiri boleh la persembahkan idea tu menjadi kenyataan.


PERLU ATAU TAK BELI RUMAH?

Tapi sebenarnya perlu ke nak beli rumah ni? Kan boleh menyewa? 

Bagi pendapat Iza, rumah ni adalah aset yang perlu kita ada terutamanya bila kita nak mendirikan rumahtangga. Memang la, boleh je duduk rumah mak/mertua kan. Definitely dorang pun ok je. Tapi percaya la, kebebasan kita dalam rumah tu nanti akan terhad.


Macam mana pula dengan rumah sewa? Kalau kita bujang untuk menyewa ni memang tak ada masalah sangat la. Tapi bila kita dah bekerluarga and ada anak-anak, rumah sendiri adalah lebih baik. Kalau kita menyewa, kita terhad nak berdeko juga.

Bila kita ada rumah sendiri, kita boleh tentukan hiasan dalam rumah tu. Cat ikut warna yang kita suka atau kita nak tambah apa-apa binaan pun tak ada masalah. 

Andainya korang belum kahwin lagi, mula la simpan sikit-sikit duit untuk beli rumah. Jadi bila kahwin nanti takde la kelam kabut baru nak cari. Lagipun, kalau korang tak duduk pun rumah tu, boleh je korang sewakan pada orang lain which boleh jadi sumber pendapatan pula sementara nak tunggu jodoh sampai.

GAJI SAYA KECIL, BOLEH KE BELI RUMAH?

Ni memang selalu jadi masalah pada kita, even husband Iza pun sama masa mula-mula nak beli rumah dulu. Ye la gaji tak ada la besar mana, tapi kalau boleh tak nak dah PJJ lama-lama. Sebab tu husband nekad juga cari rumah dan kebetulan pula ada kawasan perumahan baru buat and harga dia Alhamdulillah mampu milik untuk kami.


Apa-apa pun, paling utama sekali korang kena pastikan pinjaman rumah yang korang nak buat nanti tak boleh melebihi satu pertiga (1/3) gaji kasar korang. Kalau terlebih tu dah dikira rumah tu bukan mampu milik untuk korang.

Korang boleh buat kira-kira dulu berapa bulanan perlu bayar dengan harga rumah impian korang tu supaya nanti tak terlebih bajet pula.

SENARAI RUMAH MAMPU MILIK

Macam kitorang memang rezeki terpijak sebab kebetulan jumpa rumah yang murah and mampu milik. Walapun masa mula-mula masuk waiting list dulu. Tapi Alhamdulillah rezeki kitorang, ada yang tak jadi ambil makanya dapatlah dekat kitorang.


Tapi jangan risau, korang juga boleh mohon dekat skim perumahan mampu milik yang ada di Malaysia ni, antaranya:

  1. Rumah PR1MA
  2. Rumah SelangorKu (Selangor)
  3. Residensi Wilayah (Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan)
  4. Projek Rumah Makmur (Pahang)
  5. Rumah Mampu Milik Johor (Johor)
  6. Lembaga Perumahan Melaka (Melaka)
  7. Projek Perumahan Rakyat (Negeri Sembilan)
  8. Rumah Aman Jaya (Perak)
  9. Rumah Mampu Milik Terengganu (Terengganu)
  10. Rumah Mampu Milik Kelatan (Kelantan)
  11. Rumah Mesra Rakyat SPNB (Kedah)
  12. Rumah Mampu Milik Pulau Pinang (Penang)
  13. Skim Pinjaman Perumahan (Sabah)
  14. Rumah Mampu Milik Sarawak (Sarawak)
Lepas ni jangan ragu-ragu lagi untuk beli rumah ok? Korang cuma perlu buat research sikit lagi dan dah boleh plan nak beli rumah. Semoga impian korang nak ada rumah sendiri tercapai!

Comments

Popular Posts