Video Datuk K Menyentuh Hati, Asyraf Akhirnya Dihargai

Sedihkan jika ada kisah perit di sebalik kejayaan. Dahulu, kita semua anggap kalau Datuk K kaya, anak-anak pun sama kaya. Tapi kisah Asyraf Khalid ini bermula dari bawah bersama isterinya dalam membina perniagaan. 

Ada sesuatu yang berlaku beberapa tahun dahulu, seperti mereka mempunyai hutang ratusan ribu. Disebabkan itu, mereka bangkit buat sesuatu untuk berjaya. Tidak boleh duduk begitu sahaja kerana pada waktu itu juga, mereka sudah mempunyai seorang anak. 

Setelah 3 tahun berlalu, perniagaan yang dibina Asyraf kini makin maju dan berkembang. Seluruh Malaysia pasti tahu akan perniagaan mereka kerana mereka banyak membantu para wanita untuk sihat. Seperti tagline mereka, ‘Sihat itu nikmat’.



Hari Jadi Datuk K Yang Terbaik Buat Asyraf


Asyraf panjatkan rasa syukur kerana pada hari jadi Datuk K 2022 ini, beliau merasa sangat dihargai. Datuk K telah meluahkan rasa gembira akan kejayaan yang telah dicapai oleh Asyraf. Semuanya tak lain tak bukan kerana rezeki Allah SWT dan Asyraf juga mempunyai seorang mentor usahawan yang berjaya dan ternama di Malaysia. 


Dalam majlis makan malam itu juga, Datuk K telah menjemput Mentor usahawan anaknya untuk bersama-sama menyertai mereka. Beliau telah berucap di dalam majlis tersebut dan kata-kata itu telah menyentuh hati Asyraf dan juga mentornya.





Siapa Mentor Perniagaan kepada Asyraf Khalid?


Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik," kata Asyraf dalam video yang telah ditonton hampir 15,000 orang dalam tempoh beberapa jam saja.


Datuk Wira Dr Azizan Osman yang merupakan Mentor usahawan nombor satu di Malaysia dan juga pakar pemasaran Asia terbaik merupakan Mentor usahawan bagi Asyraf. Beliau membimbing Asyraf dalam program mentoring Titanium. Ia merupakan salah satu program Richworks kepada para usahawan mengikut tahap bisnes masing-masing. 


Setelah menyertai Titanium dan dibimbing rapat oleh Dr Azizan Osman, Asyraf yang merupakan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza ini menunjukkan beberapa perubahan dalam hidup dan perniagaan beliau.


Kata Datuk K, Datuk Wira Dr Azizan Osman telah mengubah dan membimbing anaknya dari segi perniagaan dan juga kehidupan yang mengambil masa dalam tempoh tiga tahun sahaja. Hal ini bukan mudah kerana beliau cukup mengenali anaknya yang dahulunya merupakan seorang yang nakal dan pernah mengecewakannya tetapi kini anaknya menjadi seorang yang berjaya dan mempunyai sikap yang sangat bagus.




Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup. 


"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini," jelasnya. 


Bimbingan Dan Nilai Azizan Osman Berikan Terhadap Asyraf Lebih Dari Bisnes


Mentor Dan Ilmu


Asyraf Khalid melihat Datuk Dr Wira Dr Azizan Osman sebagai Mentor yang terbaik buat dirinya kerana bimbingan yang diberikan. Bukanlah semata-mata untuk mencapai wang dan keuntungan. malah mencapai keuntungan di akhirat juga kerana diterapkan perhubungan sesama manusia dan hubungan dengan Tuhan.


Kumpulan Usahawan Saling Bantu 


Asyraf juga bersyukur kerana mempunyai nilai yang baik sesama anak didik Azizan Osman yang lain dan itu menjadikan beliau Bertambah baik lagi dalam setiap apa yang dilakukannya.


Mereka sangat merendah diri walaupun mempunyai banyak wang jutaan ringgit dan mencapai jualan yang sangat tinggi mereka juga tidak lokek ilmu dan sentiasa berkongsi Apakah perkara betul yang mereka lakukan kepada rakan-rakan lain Itulah gunanya ada kawan Seperjuangan di dalam teka Titanium.



"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan," Ujar Asyraf.


Datuk K Turut Dedah Perbuatan Datuk Wira Dr Azizan Osman



Datuk K mengucapkan sesuatu kepada Datuk Wira,


Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat. 


“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya. 


“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,”


Boleh dikatakan ucapan beliau kepada Datuk Wira ini amat menginspirasikan kerana ia adalah kebenaran yang ramai orang tidak sedar. Kata Datuk K, Datuk Wira Dr Azizan Osman ini memiliki kebolehan dalam melahirkan ramai usahawan jutawan. 


Itu tidak dimiliki oleh orang lain. Beliau juga memberi tunjuk ajar sehabis baik sehinggakan sanggup menghabiskan masanya untuk memberi manfaat kepada orang lain. 


Beliau tidak hanya menekankan tentang perniagaan sahaja malah beliau juga sering mengingatkan berkaitan dengan agama, ibadah, bersedekah dan banyak lagi



Suka untuk Datuk K mengingatkan juga kepada usahawan di luar sana bahawa sekiranya sudah berjaya masih ada tanggungjawab untuk kita membantu ramai orang yang ingin berjaya di luar sana. Merendah diri dan hati adalah perkara penting supaya kita tidak jadi seorang yang terlalu ego dan bangga, takut makan diri nanti.


Jom lihat perkongsian penuh video Datuk K berucap. Semoga bermanfaat buat kita semua.



Comments

Popular Posts