Buffet Ramadhan “Poh Paleh Wey” Di AnCasa Royale Pekan

Assalamualaikum.

Hello readers! Hari ini Iza nak share dengan korang buffet Ramadhan yang Iza berpeluang cuba baru-baru ini ketika menginap dia AnCasa Royale Pekan, Pahang. Haa. Buffet Ramadhan yang disediakan di AnCasa Royale ini bertemakan “Poh Paleh Wey” yang maksudnya lebihh kurang begini, “fuh memang hebat” atau korang boleh tanya orang Pekan sendiri untuk maksudnya yang lebih tepat.


BUFFET RAMADHAN “POH PALEH WEY”


Buka puasa di AnCasa Royale Pekan ini memang boleh buat kita rambang mata dengan menu-menunya yang ada. Banyak sangat pilihan makanan yang mesti korang rasa nak cuba kesemuanya. Iza yang buka puasa dekat sini pun sampai tak tahu nak ambil makanan yang mana satu dulu.



Antara menu utama yang korang boleh cuba di sini ialah Nasi Pilaf, Spaghetti Arrabbaita, Ayam Peri-Peri, Daging Stew Ala Itali, Talapia Sumbat Daun Kunyit, Ketam Lemak Cili Api, Tempe Sambal Jawa, Kambing Panggang, Ancasa Murtabak, Roti John, BBQ Daging, Ayam dan Ikan, Kepak Ayam Madu, Mee Goreng Mamamk, Kari Nyonya, Yee Mee, Bubur Lambuk Ganchong, Kari Ayam, Roti Canai, Kuew Teow Goreng dan pelbagai jenis kerabu antaranya Kerabu Kaki Ayam Seri Thai, Kerabu Daging Pedai Berserai, Kerabu Kerang Dinihari, Kerabu Kasih dan banyak lagi lah.



Kepada peminat ulam-ulaman, korang pasti akan terus ke seksyen ini untuk dapatkan penambah rasa hidangan utama korang di mana antaranya Ulam Ulam Kampung, Tapai Ubi Kayu, Tapai Pulut, Jeruk Betik, Tempe Goreng, Ikan Jeruk  Gelama, Ikan Masin Talang dan Jantung Pisang. Korang juga boleh nikmati bersama Ancasa Sambal Mangga, Sambal Kicap Pedas, Sambal Belacan, Sambal Tempoyak dan Sambal Cincalok. Fuh memang rasa seperti makan waktu balik kampung betul.



Sebagai pemanis mulut pula, korang pasti akan rambang mata sebab ada banyak sangat pilihan antaranya lima jenis Kuih Muih, Cream Puff, Manggo Pudding, Strawberry  Cream Cake, Chocolate Cheese Cake, Pandan Caramel, Kuih Ketayap, Bread Pudding, Pengat Pisang dan banyak lagi.




Tidak dilupakan juga seksyen buah-buahan potong yang boleh dibuat Rojak Buah atau untuk di makan begitu sahaja sebagai pemanis mulut. Serta tidak dilupakan kurma yang wajib ada setiap kali bulan Ramadhan.


Bulan puasa ni minuman memang target utama juga bila nak berbuka. Haa, di sini ada pelbagai jenis minuman yang boleh legakan rasa haus korang tu antaranya Air Batu Campur, Lai Chi Kang, Nescafe Ais, Teh Ais, Sirap Selasih, Bandung Cincau, Lemon Serai, Mango Susu, Teh Tarik dan Pandan Susu.


Oh! Sambil-sambil pilih makanan tu juga korang boleh saksikan chef-chef masak secara live di seksyen Goreng-Goreng, Kambing  Golek dan juga Murtabak dan Roti John.




REVIEW BUKA PUASA

Overall makananan dekat sini memang sedap-sedap semuanya. Walaupun Iza tak sempat nak rasa semua tapi makanan yang Iza ambil semuanya tak mengecewakan. Daripada menu utama hingga ke pemanis mulut memang sedap.



Suasana tempat makan pun sangat selesa dan ada pula persembahan nyanyian secara live. Jadi buka puasa tak ada la bosan senyap je. Suara yang menyanyi pun memang lunak merdu sedap didengar.


PAKEJ RAMADHAN ANCASA ROYALE PEKAN


Mungkin ada antara korang yang cuma nak datang berbuka sahaja di sini atau mungkin juga yang dari jauh nak bermalam sekali di AnCasa Royale Pekan ini, di sini Iza senaraikan harga dan pakej yang korang boleh dapat:

Buffet Ramadhan “Poh Paleh Wey”

Dewasa - RM98
Kanak-kanak (6-12 tahun) - RM58
Warga Emas - RM58

Ramadhan Staycation at AnCasa Royale Pekan

2 Hari / 1 Malam Single Room - RM298
2 Hari / 1 Malam Twin Sharing Room - RM398
(Kedua-duanya termasuk Buffet Ramadhan dan Sahur)

Jadi untuk korang yang nak mencuba jangan lepaskan peluang ini tau. Korang boleh terus buat tempahan dengan membuat panggilan nombor di bawah:

Buffet Ramadhan - 018-916 1462
Ramadhan Staycation - 09-424 6600

Website

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

Comments

Popular Posts