Majlis Berbuka Bersama Anak Yatim Dan Asnaf Di AnCasa Royale Pekan, Pahang

Assalamulaikum.

Hello readers. Hari ini Iza nak share dengan korang majlis yang Iza join baru-baru ini di AnCasa Royale Pekan, Pahang. Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, UDA menerusi AnCasa Royale Pekan, Pahang salah satu rangkaian hotel milik UDA mengambil langkah murni menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) UDA Cares dengan menghulurkan sumbangan zakat berjumlah RM26,000.


SUMBANGAN ZAKAT DI MAJLIS SYUKURI RAMADHAN


Sebanyak RM14,000 telah disumbangkan kepada Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Jerantut untuk diagihkan kepada asnaf yang layak yang diwakili Ahli Undangan Negeri Bukit Ibam, Yang Berhormat Datin Shamsiah Haji Arshad.


Manakala sebanyak RM12,000 pula telah disumbangan kepada 40 anak-anak yatim dan asnaf, di mana setiap seorang menerima sumbangan sebanyak RM300 berupa duit raya dan baju raya. 

Antara rumah anak-anak yatim dan asnaf yang menerima sumbangan ialah:
  1. Rumah Anak Yatim dan Miskin Darussalam Al-Mukhtar
  2. Rumah Kebajikan Anak Yatim Kampung Ketapah Tengah
  3. Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Pulau Rusa
  4. Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Mukim Ganchong

Penyerahan sumbangan ini telah disempurkan oleh YBhg Datuk Norliza Abdul Rahim, Pengerusi UDA Holdings Berhad dan diiringi oleh YBrs Encik Azrudyn Rashid, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Pengurusan Aset UDA Holdings Berhad.

UDA ERAT HUBUNGAN BERSAMA KOMUNITI


Inisiatif seperti ini adalah untuk berkongsi rezeki besama golongan kurang berkemampuan agar mereka juga merasai keseronokan  menyambut lebaran sekaligus dapat mengeratkan hubungan UDA dengan komuniti di wilayah perniagaan UDA. 

Selain itu, Inisiatif CSR UDA Cares ini juga selari dengan konsep penjenamaan baharu UDA iaitu LIFE yang menekankan kepada Legacy, Integrated, Finesse dan Enrich sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa menyokong UDA selama ini.


BUFFET RAMADHAN DI ANCASA ROYALE PEKAN


Dengan Fasa Peralihan ke Endemik sekarang ini, pihak AnCasa Royale Pekan, Pahang juga turut merebut peluang merancakkan kembali operasi perniagaan dengan menawarkan pelbagai promosi menarik dan antaranya ialah pakej Buka Puasa iaitu Ramadan Buffet 'Poh Paleh Wey' sepanjang bulan Ramadan.

Untuk yang tidak pernah sampai ke Pekan lagi, boleh menginap dia AnCasa Royale Pekan yang menyediakan fasiliti terbaik dan sekaligus mencuba pelbagai menu yang disediakan sepanjang bulan Ramadhan ini.

Comments

  1. Alhamdulillah tahniah Uda & Ancasa anjurkan maljis meraikan ank yatim

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts