Biotics Series Skincare Baru Dari EVOLCARE

Assalamualaikum.

Hello readers! Hari ni Iza nak share dengan korang skincare baru dan unik Iza cuba baru-baru ni which is dari EVOLCARE. EVOLCARE baru-baru ni telah lancarkan skincare siri terbaru iaiyu Biotic Series yang mengandungi Harmony Revitalising Toner, Rose Prebiotic Serum dan Serence Prebiotic Gel Cream. 


Disebabkan sekarang kita perlu pakai mask bila dekat luar dan akhirnya akan menyebabkan maskne, so EVOLCARE hasilkan Biotic Series untuk mengimbang dan mengembalikan Microbiome pada kulit kit untuk mengurang dan mencegah maskne.


HARMONY REVITALISING TONER

Toner memang part of skincare yang biasa kita ada buat untuk balance out skin kita lepas cleanser. Bahan yang ada dalam Harmony Revitalising Toner ni antaranya prebiotic (Alpha-Glucan Oligosacharide) dan probiotic (Lactobacillus Fement Lysate) yang mana both bahan untuk align microbiome pada kulit dan mengurangkan kemerahan serta mengembalikan kelembutan dan menghilang complexion. 


Selain tu terdapat juga Alpine Rose Extract untuk lindungi kulit untuk tekanan oksidatif sambil tu juga melembap dan melegakan kerengsaan. Terdapat juga Fig Extract yang boleh kurangkan aktivit di kalenjar sebum sekaligus mengecilkan pori dan hasilkan complexion yang smooth and radiant. Manakala Maclura Cochinchinensis Leaf Prenylflavanoids yang membantu melegekan keradangan  dan mengurankan masalah jerawat.

Review

Tekstur toner ni tak telalu pekat dan tak terlalu cair. It is more like gel-water punya texture. Iza expect bau dia akan macam bau ubat sebab ada prebiotic kan, tapi tak pun. Bau dia more to herbal scent macam tu. Maybe sebab mix of ingredient yang ada since EVOLCARE hanya gunakan 100% bahan natural. Masa mula-mula apply rasa a bit sticky tapi once toner tu dah completely absorb dah tak ada rasa sticky dah. Kulit rasa lembap, lembut dan sangat hydrating.


ROSE PROBIOTIC SERUM

Untuk serum ni ada probiotic (Lactobacillus Ferment Lysate) which membantu untuk rebalance microbiome yang boleh restore balik glow yang natural pada kulit. Dalam serum ni juga ada Rosa Damascena Flower Water, Saccharide Isomerate dan Hyaluronic Acid yang sangat bagus untuk melegakan kerengsaan serta perbaharui dan perhalusi kulit.


Bahan lain yang ada seperti Bisabolol yang diekstrak dari tumbuhan boleh melindungi  kulit dari kerengsaan dan keradangan, sementara tu Sunflower Seed Oil pula boleh menguatkan skin barrier, melegakan kulit disebabkan maskne dan dari sinaran UV serta pencemaran.

Review

Iza suka serum ni, rupa tekstur dia macam agak pekat juga tapi sebenarnya serum ni sangat lightweight. Kadar penyerapan yang sangat cepat and tak rasa melekit lansung. Bau pula memang ada bau ros tapi tak terlalu kuat sampai mengganggu pun. Lepas dah fully absorb korang akan rasa kulit muka korang lembut sangat.


SERENE PREBIOTIC GEL CREAM

Gel cream ni boleh consider as moisturizer dalam skincare routine and gel cream ni pula ada prebiotics (Inulin Fructose) dan bahan aktif natural lain yang boleh menguatkan microbiome dan melegakan kerengsaan pada kulit. Terdapat juga Vitamin E dan Schinacea Extract yang menguatkan kuasa pengoksidaan dan imuniti kulit unruk perlindungan yang lebih baik daripada kerosakan dari persekitaran dan garisan halus.


Selain tu ada Apricot Kernel Oil dan Sunflower Oil yang boleh melembutkan dan menyegarkan kawasan yang terkesan disebakan maskne. Dalam gel cream ni juga mempunya beberapa jenis Hyaluronic Acid untuk memastikan kelembapan kulit terjamin.

Review

Tekstur gel cream ni memang pekat dan creamy. Feeling masa apply tu lebih kurang macam toner, rasa sedikit melekit at first then rasa melekit tu hilang lepas dah fully absorp pada kulit. Bau dia pun nice, flowery scent yang sangat soft. Skin pun rasa lebih soft dan lembap. Gel cream ni memang sangat hydrating and korang akan feel kulit korang macam brand new.


OVERALL REVIEW

Overall bagi Iza pengalaman yang menarik sangat cuba skincare ni. Paling yang menambat hati Iza is their packaging. Single dose packaging ni memang signature EVOLCARE which Iza rasa konsep ni sangat bagus. Senang sangat nak bawa pergi travel dan kebersihan pun terjaga. Plus kuantiti nak pakai banyak mana pun tak perlu fikir dah. Kalau compare tu sample size pun besar dan kadang tak boleh nak habiskan satu pack sebab banyak sangat. So this one memang good. Selain tu, Iza suka juga series ni sebab semuanya tak melekit dan buatkan kulit muka soft sangat lepas sapu dekat kulit. Very recommended to try even kulit berminyak macam Iza pun tak ada masalah guna. Kulit pun tak rasa berminyak sangat even dah pakai for few hours. 


LIMITED EDITION EVOLCARE x REMATTER BIOTIC SERIES MASK SET

Well, sebabkan Biotic Series ni memang untuk cegah dan kurangkan maskne so, EVOLCARE telah collab bersama dengan reMatter dari Hong Kong dan telah keluarkan limited edition ReBalance; Restore Set yang berharga RM 140 per set. Dalam set ni korang akan dapat:

1. Harmony Revitalising Toner (1ml x 10pcs)
2. Rose Probiotic Serum (0.5ml x 10pcs)
3. Serence Prebiotic Gel Cream (1ml x 10pcs)
4. reMatter Biodegradable ASTM Level 3 Mask (10pcs)


DEKAT MANA NAK BELI?

Produk dari EVOLCARE ni korang boleh beli dekat kedai atau pun secara online seperti di bawah:

Retail Store
Lot L1-49, Mitsui Shopping Park LaLaport Bukit Bintang City Centre , No. 2, Jalan Hang Tuah, 55100 KL
(Mon - Fri & Public Holidays: 10.00 AM - 10.00 PM)

Website

Instagram

Facebook

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum

Comments

Popular Posts