Raya Tahun 2022 Yang Meriah Seperti Dulu

Assalamualaikum.

Hello reader! Tak terlambat Iza nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang beragama Islam. Untuk yang mengenali Iza Maaf Zahir dan Batin Iza ucapkan. Macam mana persiapan Raya korang baru-baru ni? Mesti masing-masing kelam kabut kan? Tahun ni kita boleh beraya kunjung-mengunjung family jauh dan dekat. Tapi yang jadi lebih kelakar bila masing-masing terkejut sebab raya awal.


Mujur lah hari sebelum raya tu Iza dah pesan awal-awal dekat mak suruh beli barang nak masak raya tu awal sebab ada dengar-dengar macam akan ada pertelagahan berkenaan hari raya ni. So memang kitorang pun beli bahan nak masak awal. Alhamdulillah malam before raya tu sempat lah juga nak siapkan semua hidangan raya walaupun stay up sampai pukul satu pagi.


Seronok rasanya bila dapat beraya macam dulu-dulu. Berkumpul ramai-ramai waktu pagi raya untuk sesi salam bersalaman. Lepas tu anak-anak yang masih kecil dan masih belajar masing-masing nak mengejar duit raya. Teringat pula masa zaman Iza kecil-kecil dulu. Berebut nak beratur untuk salam sebab nak duit raya punya pasal.


Balik beraya rumah mertua tahun ni memang meriah la sebab saudara-mara belah mertua memang dekat-dekat je rumahnya. So memang beraya sakan la kami semua. Lepas tu pula, dapat juga buat lemang walaupun membakar lemang tu dah waktu raya. Tapi tak apa yang penting adik beradik balik dan seronok membakar lemang.


Walaupun sibuk beraya Iza tak lupa skincare. Senang betul guna Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature sebab nak remove makeup senang dan paling peting boleh deep clean muka Iza yang dah berminyak seharian tu. Maklumlah, siang dah beraya sakan lepas tu malam kita bakar lemang pulak. Muka tak payah cakap la berminyaknya.


Yang bestnya cleanser ni tekstur dia  berbuih dan berair. Bila sapu dekat muka rasa soft je. Lepas cuci muka pun rasa kulit muka soft dan bersih. Tak risau langsung kalau kena hadap panas dan asap semua tu. Cleanser ni sangat gentle tau and memang refreshing rasa lepas cuci muka. Ibarat penat pun hilang gitu.


Lepas tu Iza pakai juga Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature yang baru je Iza try. Walaupun Iza baru je try tapi moisturizer ni dah menambat hati Iza. Best sangat bila pakai mositurizer ni. Bayangkan kita dah rasa fresh lepas cuci muka, lepas tu tambah pulak mositurizer yang melembapkan kulit. Soothing sangat.


Iza paling suka tekstur moisturizer ni sebab dia gel tapi bila kita sapu gel tu akan berubah jadi air. Unik kan? Feel dia macam kita basahkan muka dengan air. Best sangat! Moisturizer ni untuk mencerahkan kulit tau tapi at the same time beri kelembapan yang cukup pada kulit. Kalau pakai makeup lepas pakai skincare ni memang makeup cun habis.

So korang pulak macam mana? Dapat tak balik beraya dekat kampung halaman masing-masing? Iza harap  semua orang dapat beraya dengan keluarga masing-masing dengan seronok. Maklumlah dah dua tahun kita tak raya bersama. Till next time! Selamat Hari Raya!


Comments

Popular Posts