Beli Marrybrown Serendah RM2.90 Dengan Aplikasi MarryBrown

Assalamualaikum.

Hello readers! Ada ke yang masih beraya lagi tu? Ke dah jemu dah makan lemang, ketupat? Ha! Dah jemu jom Iza share dengan korang deals best yang rugi kalau korang tak grab. Iza percaya mesti ramai juga yang suka makan Marrybrown kan? Tau tak sekarang ni Marrybrown dah ada aplikasi online dan menawarkan banyak deals untuk korang tebus? Kalau tak tau jom baca!


APLIKASI MARRYBROWN

Kalau korang nak tau, baru-baru ni Marrybrown dah keluarkan aplikasi yang boleh dimuat turun dekat phone sama ada Google Playstore atau Apple store. Aplikasi tu free je untuk korang muat turun. Tapi apa yang bestnya ialah dalam aplikasi tu ada banyak deals menarik yang masih ada untuk korang tebus tau.

Atau kalau nak lagi senang boleh je muat turun aplikasi Marrybrown dekat sini:

DISKAUN SEHINGGA 40%

Biasanya kalau ada deals best ni mesti masa hujung atau permulaan musim perayaan je. Lepas tu dah tak ada dah. Tapi korang jangan risau sebab dekat aplikasi Marrybrown ni still ada deals sehingga 40% untuk korang tebus.


Apa je yang korang boleh dapat tu? Haaa! Macam-macam dari serendah RM2.90 tau, so ni antaranya:

1. Potato Wedges (6 ketul) - RM2.90
2. Onion Rings (6 ketul) - RM3.00
3. Mushroom Soup - RM3.90
4. Chicken Nugget (6 ketul) - RM5.90
5. Bubur Ayam Combo - RM 6.90
6. Kiddy Meals Chicken Burger - RM9.90
7. 2 x Boba Tea - RM10.00
8. Hotouch Burger Combo - RM10.00
9. Cheesy Burger + Cheesy Wedges - RM10.99
10. Tower Burger Combo - RM13.99


Banyak kan yang boleh tebus? Lepas tu untuk yang baru pertama kali daftar dekat aplikasi Marrybrown ni korang boleh juga tebus satu ketul Marrybrown’s Crispy Chicken. Best kan?

CARA UNTUK REDEEM

Cara nak redeem pun sangat mudah, pastikan korang dah download aplikasi Marrybrown. Dekat tab Home korang akan boleh nampak Deals yang tertera di bahagian atas ataupun boleh terus terkan tab Deals dekat bahagian bawah. Lepas tu pilih deals mana yang korang nak dan Redeem. Korang boleh check deals yang dah redeem tadi dekat tab My Reward. 



Deals yang ada tu korang boleh je redeem semua and boleh pakai sekali je. So nanti kalau pergi Marrybrown boleh terus tunjuk QR code dekat kaunter untuk dapatkan deals tu. Senang je kan? 


DAPATKAN SEGERA

Haa! Lepas ni lebih puas lah nak makan Marrybrown dengan deals ni. Banyak pula tu yang boleh redeem and semuanya berbaloi-baloi. Iza pun dah redeem untuk diri Iza. Korang bila lagi? Cepat-cepat redeem ok? 


Untuk semak outlet yang terpilih dan maklumat lanjut korang boleh tekan link dekat bawah:

Outlet Terpilih

Website

Instagram

Facebook

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum

Comments

Popular Posts