Jom Buat Extra Income Dengan Mudah Di Tasneem Marketplace!

Assalamulaikum.

Hello readers! Iza percaya mesti ramai suri rumah dekat luar sana yang kadang-kadang struggle nak cari side income sendiri. Ye la, dah nama pun suri rumah kan macam mana nak ada income sendiri. Sama la macam Iza sebab Iza pun suri rumah. Kalau ada side income tu boleh la bantu apa yang patut kan? Tapi jangan risau, Iza ada berita menarik untuk suri rumah dekat luar sana. Jom kita jana pendapatan dengan Tasneem Marketplace.


KERJASAMA LIMA SYARIKAT


Mesti pernah dengan jenama Tasneem kan? Ya! Jenama yang terkenal dengan produk untuk bayi iaitu Tasneem Businees Legacy yang bawa jenama Tasneem Naturel, Tasneem Food dan Twobirds ni telah berkolaborasi dengan jenama besar seperti Tanamera, Aqiqah Centre, Pustaka Darul Iman (PDI) dan Eyyoo untuk membuat satu platform yang dinamakan sebagai Tasneem Marketplace.


Usahasama lima syarikat besar ni adalah untuk membantu golongan yang berpendapatan sederhana untuk jana pendapatan tanpa modal tapi dengan keuntungan yang tinggi disamping mendapat banyak ganjaran  yang menarik.

APA ITU TASNEEM MARKETPLACE DAN FUNGSINYA?


Haa! Mesti tertanya-tanya kan apa Tasneem Marketplace ni? Tasneem Marketplace ni merupakan sebuah platform yang mengumpulkan produk-produk di bawah niche keluarga, kanak-kanak dan bayi dengan gabungan jenama produk daripadaa Tasneem Business Legacy sendiri, Tanamera, Pustaka Darul Iman (PDI), Eyyo dan Aqiqah Centre. Bayangankan semua produk yang sesuai untuk keluar dalam satu platform. Mudahkan?



Di platform ni nanti kita boleh pilih sama ada untuk jadi customer atau reseller dan kedua-duanya mempunyai kelebihannya sendiri. Jom Iza kongsikan di bawah:

Tasneem Marketplace Customer

  • Daftar percuma
  • Minimum 3% cashback
  • Komisen
  • Kumpul point
  • Postage direct HQ

Tasneem Marketplace Reseller

  • Daftar percuma
  • Tak perlu keluarkan modal
  • Postage diuruskan oleh HQ
  • Pelan pemasaran yang membantu untuk memdapatkan pendapata dengan mudah
  • Produk berkualiti dan sudah ada pasaran tersendiri
  • Reward yang menarik
  • Bonus dibayar di awal 7hb bulan seterusnya
  • Menyediakan penyata pendapatan

TASNEEM MARKETPLACE SESUAI UNTUK SURI RUMAH


Macam menarik kan? Jadi customer pun boleh dapat cashback, komisen dan point apa lagi kalau jadi reseller, lebih banyak ganjaran dapat. Selaras dengan objektif penubuhan Tasneem Marketplace ni untuk bantu suri rumah menjana pendapatan dengan mudah dan senang. Pihak Tasneem Marketplace meletakkan sasaran untuk melahirkan seramai 10,000 usahawan yang berjaya  menjana pendapatan melalui platform yang telah disediakan ni menjelang Disember 2022.



Bagi Iza, ni peluang keemasan untuk suri rumah di luar sana yang memang betul-betul nak jana pendapatan sendiri. Daftar pun percuma je dan tak perlu langsung untuk keluarkan modal. Semua urusan juga dilakukan oleh HQ, memang sangat mudah.

Kalau ada yang beminat untuk sertai jemaah Tasneem Marketplace ni boleh tekan link di bawah untuk maklumat lanjut dan link telegram untuk sesi preview:

Website

Preview Tasneem Marketplace

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

Comments

Popular Posts