Penyelesaian Untuk Yang Takut Pakai Skincare

Assalamualaikum.

Hello readers! Korang pernah tak ada pengalaman ngeri pakai skincare? Iza pernah ada pengalaman tu. Masa tu zaman Iza sekolah menengah and kebetulan pula Iza duduk asrama. Iza memang tak pernah pakai apa-apa skincare masa tu, so abang Iza suggest untuk pakai satu cleanser ni. Masa mula-mula pakai cleanser tu rasa memang bersih je muka tapi bila dah lama pakai rasa muka kering tiba-tiba and terus breakout teruk. Memang naik jerawat, lepas tu Iza jadi serik and takut nak pakai skincare lagi. 


Masa tu Iza memang tak tau apa-apa tentang skincare. Maklumlah masa tu sekolah lagi kan. Abang Iza pun bukan tau juga and dia recommend je apa yang dia pakai. Sebelum kita nak pakai apa-apa skincare sebenarnya kita kena tau jenis kulit muka kita dulu. Lepas tu baru kita boleh decide skincare apa yang sesuai. Step nak pakai skincare pun kita kena tau, dari cleanser, toner, moisturiser ke sunscreen.

Perkara pertama dalam skincare routine adalah cleanser, sebelum kita ada skincare routine pastikan kita buat pilihan yang betul untuk cleanser dulu. Cleanser atau pencuci muka ni sebenarnya adalah perkara yang paling wajib sekali dalam step pemakaian skincare.


Iza percaya ada ramai orang dekat luar sana yang teringin nak pakai skincare tapi takut nak mencuba nak pula ada pengalaman ngeri macam Iza. Sebenarnya ini semua bergantung pada pemilihan cleanser tu sendiri.

Memang tak dinafikan, bukannya mudah nak jumpa cleanser yang sesuai even Iza sendiri pun try and error banyak kali sampai jumpa cleanser yang betul-betul ok dengan kulit muka. Ada cleanser yang cuci tak bersih, ada juga cleanser yang buat muka Iza tegang lepas cuci dan macam-macam lagi lah. 

Sebenarnya ada cara yang lebih mudah untuk cuba cleanser ni. Korang boleh cuba dengan cleanser yang ada mention "Sesuai Untuk Semua Kulit". Bila ada mention macam ni, cleanser tu kebiasaannya mild cleanser.


Selain daripada tu, korang boleh cari cleanser yang PARABEN FREE, SULFATE FREE dan ALCOHOL FREE. Ini kerana, bahan-bahan ni tak sesuai untuk kulit sensitif dan lebih selamat digunakan. Jadi bahan-bahan ni boleh jadi punca bila skin kita breakout atau berjerawat bila kita pakai.

Macam Iza, Iza suka cleanser yang berasal dari Korea, sebab dekat Korea memang terkenal dengan skincare product yang berkualiti sebab dekat sana memang mudah nak dapatkan bahan yang berkualiti untuk buat skincare. Kalau skincare daripada Korea suka gunakan bahan yang berasaskan tumbuhan yang natural dan definitely memang selalu ada banyak good review tentang produk skincare daripada Korea.


Sebagai contoh cleanser yang Iza pakai sekarang, Aloe AC Clean Bubble Cleanser daripada Hanseagee Nature yang sesuai untuk semua jenis kulit, normal, berminyak, kering atau kombinasi. Cleanser ni juga paraben free, sulfate free and alcohol free. Bahan yang digunakan pun mengandungi Aloe Vera dan Tea Tree Oil.

Iza kena cleanser ni pun sebab ramai kawan-kawan Iza recommend untuk cuba. Semua bagi good feedback which buatkan Iza rasa teringin nak cuba juga. Lagi menarik minat Iza nak cuba bila kawan-kawan Iza share yang Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni boleh bersihkan hingga ke liang pori. Iza dah la memang ada masalah liang pori tersumbat.


Kulit kita kan memang sentiasa terdedah pada habuk. Kalau korang tengok rumah korang banyak habuk, macam tu la juga kulit muka kita kena hadapi. Bukan setakat habuk je, Iza pun suka makeup jadi memang Iza akan cari cleanser yang betul-betul boleh bersihkan kulit muka Iza. Bila kita tak cuci muka dengan bersih pun boleh menyebabkan breakout dan jerawat sebab liang pori kita tersumbat.

Macam cleanser yang Iza pakai sekarang ni, teksturnya berbuih lembut dan watery memang senang nak masuk liang-liang pori sekaligus boleh bersihkan liang pori dengan lebih better. Iza boleh rasa skin Iza lebih bersih lepas cuci muka dan paling penting tak rasa kulit tegang. Iza pun dah tak ada masalah liang pori tersumbat lagi dah.


So sebenarnya kita tak perlu pun nak takut pakai skincare ni, as long as kita tahu jenis kulit kita ataupun sekurang-kurangnya kita tahu apa yang ada dalam skincare. Iza harap lepas ni korang dah boleh la cari skincare atau step pertama cleanser yang sesuai dengan korang.

Kalau korang nak tau lanjut tentang cleanser yang Iza pakai tu boleh pergi ke link bawah ni:


Website

Instagram

Facebook

Youtube

Selamat mencuba!

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

Comments

Popular Posts