Assalamualaikum!
Hello readers. Korang tau tak Raya tahun tak lama dah? Kalau tak silap bulan April kita dah start puasa, so Hari Raya bulan May. Sekejap je kan? Dengan kes Covid masih lagi tinggi ni, Iza rasa kita akan beraya sendiri macam tahun lepas. Walaupun beraya sendiri, biskut raya tetap kena ada. Kalau tak, tak rasa macam raya la.
BISKUT RAYA PREMIUM
Korang pernah dengar Cookies Vibe tak? Haa. Kalau tak tau, Cookies Vibe ni local brand tau and semua biskut dia diperbuat dari bahan premium antaranya dorang gunakan 100% pure butter jenama Anchor, coklat jenama Beryl’s dan kacang-kacang dia pun semuanya premium jugak macam Almond, Cashew dan Hazelnut. Yang paling penting biskut raya dari Cookies Vibe ni 100% produk Muslim dan halal.
Ada banyak jenis pilihan biskut raya dekat Cookies Vibe ni lebih kurang 35 jenis termasuk jugak dengan snack selain biskut raya. Banyak tu! Antara TOP 10 kegemaran biskut raya dari Cookies Vibe ialah Ombak Rindu, Malatops Crispy, Chocolate Heaven, Nutty Basket, Almond Chocobar, Royale Cadbury, Black Pistachio, Hazelnut Latte, Velvet Ohana dan Crispy Rainbow.
REVIEW BISKUT DAN SNACK COOKIES VIBE
Ombak Rindu
Bila Iza rasa biskut Ombak Rindu ni, barulah Iza tau kenapa dia menjadi salah satu TOP 10. Biskut Ombak Rindu ni diperbuat dari Almond, cornflakes, cocoa dan white chocolate. Biskut ni tak terlalu manis and kombinasi semua bahan dia sangat balance. Iza kalau makan macam tak boleh berhenti. Kunyah-kunyah rasa rangup cornflakes lepas tu rasa koko. Kunyah lagi rasa white chocolate dengan almomd pulak. Sedap!
Black Pistachio
Yang ni pun salah satu TOP 10 jugak and yang ni fav anak Iza. Dia kalau makan biskut ni memang kalau boleh nak habiskan sebalang terus. Black Pistachio ni diperbuat dari Pistachio, cocoa dan white chocolate. Rasa cocoa dia memang sangat rich and bila mix dengan pistachio tu rasa dia agak unik jugak but still sedap. Biskut ni pun tak terlalu manis and buat kita rasa nak repeat banyak kali.
Cornflakes Bites
Kalau korang peminat tegar biskut cornflakes, maybe korang boleh cuba Cornflakes Bites ni. Biskut ni lebih kurang upgraded version sebab dalam biskut ni bukan setakat cornflakes je tapi ada jugak chocolate chips, Almond and white chocolate jugak. Kombinasi ras biskut ni pun sedap jugak and it taste just nice.
Mini Popiah Udang
Popiah ni memang fav snack kalau time raya. Kebanyakkan rumah mesti ada popiah, sama ada yg gulung or yang ikat. Mini Popiah Udang dari Cookies Vibe ni wajib ada untuk snack raya. Rasa popiah dia pedas-pedas manis yang sedap. Tapi kalau budak mungkin tak tahan kot pedas dia. Untuk orang dewasa pedas dia just nice and boleh makan banyak kali.
OVERALL REVIEW
Bagi Iza semua cookies dan snack yang Iza dari dari Cookies Vibe ni kena dengan tekak Iza. Kadang-kadang kuih raya ni rasa dia macam lebih kurang sama je pastu manis. Tapi Cookies Vibe boleh rasa beza setiap biskut and tak terlalu manis. Fav Iza antara semua ni memang Ombak Rindu la. Perfect!
KAT MANA NAK BELI?
Nak beli korang boleh beli direct dekat showroom Cookies Vibe sendiri kalau korang duduk area Selangor or korang boleh jugak beli online or boleh beli dengan agent #VibersFamily yang terdekat dengan korang. Owh! Starting 1 Feb 2021 nanti Cookies Vibe akan buat Special Cookies Package sempena Tahun Baru Cina dan jugak Hari Raya. Setiap pembelian Special Cookies Package tu nanti akan berserta tiket Lucky Draw and banyak hadiah menarik untuk korang menang. Antara hadiah yang korang berpeluang menang seperti Air Fyer, produk Young Living, produk Norwex, Kayman Facial Kit dan ada suprise gift jugak (BONUS).
Dah boleh plan la nak beli biskut apa untuk raya nanti. Nanti sepanjang bulan Ramadhan pun Cookies Vibe akan buat 30 Days Ramadhan Giveaway which setiap hari dalam tempoh bulan Ramadhan tu akan ada seorang pemenang setiap hari. Pemenang akan dipilih melalui, FB, IG, Twitter, Youtube dan Tik Tok. So good luck! Anyway, Iza ada promo code jugak untuk korang and korang boleh dapatkan 5% diskaun untuk pembelian korang. Just masukkan promo code tu nanti masa nak beli ok? Untuk maklumat lanjut korang boleh check out link dekat bawah:
Promo Code
Alamat
U1-19, Flexis, One South, Seri Kembangan, 43300 Selangor.
(10AM - 6 PM, Tuesday - Saturday)
Hotline
011 657 00101
Website
Instagram
Facebook
Twitter
Tik Tok
Thanks for reading. Till we meet again.
Assalamualaikum.
* * *
(Disclaimer: The product was sponsored by Cookies Vibe. All my reviews are honest after testing the product.)