Assalamualaikum!
Hello readers. Apa khabar semua? Masih duduk dekat rumah ke tu? Ke ada yang dah berjalan ke sana ke sini? Iza masih dekat rumah. Tak pergi mana-mana pun. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pulak dah dilanjutkan sampai 9 Jun 2020 ni. Maka bertabah la kita semua. Tapi katanya masih boleh beraya dengan famili dalam satu negeri. Walau apa pun kita jaga la diri kita ok? Mana yang ada anak-anak tu mesti risau kan bila PKP ni sekolah tak buka. Sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P) sedia ada terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu. Tapi jangan risau, Iza nak perkenalkan dengan korang Pandai Tutor dan Pandai Video yang boleh bantu anak-anak korang belajar dari rumah. Yang bestnya PERCUMA tau!
APA ITU PANDAI TUTOR?
Pandai Tutor sebenarnya ialah Tuisyen Online yang pelajar boleh sertai sesi pembelajaran live dari rumah dengan hanya gunakan gadjet seperti komputer, laptop, tablet, internet TV, atau pun telefon pintar.
Walaupun kita ni tengah PKP tapi anak-anak still boleh belajar tau! Tutor-tutor berpengalaman akan mengajar pelajar-pelajar sekolah rendah & sekolah menengah secara live melalui:
- Webinar Online
- Tuisyen Online
Webinar Online (PERCUMA)
Webinar Online ni lebih kepada sesi seminar dan pengajaran secara live untuk pelajar-pelajar mempelajari pelbagai topik dan terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah & menengah. Guru-guru yang mengajar pun hebat-hebat tau. Masing-masing ada background seperti SBP, MRSM, lepasan universiti dan ramai lagi la. Selain tu jugak, kita boleh belajar Mandarin tau melalui Webinar Online ni. Yang bestnya Webinar Online ni PERCUMA je. So jangan lepaskan peluang ni tau. Mak-mak or bapak-bapak pun boleh join sekali belajar Mandarin tu.
Tuisyen Online
Untuk Tuisyen Online ni dia lain sikit. Pelajar-pelajar boleh seratai kelas tuisyen secara live dan belajar dalam kumpulan kecil. Kelas tuisyen ada dikenakan bayaran tapi murah je dan cuma bayar ikut sesi-sesi yang pelajar pilih je. Manarik kan?
- Caj Pendaftaran: PERCUMA (tiada caj pendaftaran)
- Caj Bahan: PERCUMA (bahan soft copy akan diberikan)
- Caj Kelas: Sangat murah.
- Setiap kelas akan mempunyai maksima 25 pelajar sahaja.
- Pelajar-pelajar dapat berinteraksi dan membincangkan soalan dan segala kemusykilan pelajar.
JOM KITA TENGOK JADUAL KELAS PADA MINGGU INI!
(JADUAL KELAS INI DIUPDATE TIAP MINGGU TAU~)
PANDAI VIDEO TU APA PULAK?
Pandai Video ni pulak ialah kompilasi video pembelajaran secara PERCUMA yang dilakukan oleh guru-guru di Malaysia melalui kerjasama Pandai Educational Sdn. Bhd. serta beberapa sumber lain di YouTube. Lebih unik lagi bila semua video tu akan sentiasa dikemaskini, ditapis dan disusun secara sistematik mengikut tahap, subjek, bab hinggalah kepada topik tu sendiri.
Haa. Kat sini Iza sertakan link untuk Pandai Video mengikut kategori masing-masing:
Sekolah Rendah:
Tahun 1: video.pandai.org/year1
Tahun 2: video.pandai.org/year2
Tahun 3: video.pandai.org/year3
Tahun 4: video.pandai.org/year4
Tahun 5: video.pandai.org/year5
Tahun 6: video.pandai.org/year6
Sekolah Menengah:
Tingkatan 1: video.pandai.org/form1
Tingkatan 2: video.pandai.org/form2
Tingkatan 3: video.pandai.org/form3
Tingkatan 4: video.pandai.org/form4
Tingkatan 5: video.pandai.org/form5
PANDAI VIDEO DAN PANDAI TUTOR INISIATIF KHAS OLEH PANDAI.ORG
Apa pulak pandai.org ni? Actually, pandai.org ni adalah platform pembelajaran secara interaktif di mana pelajar-pelajar ni boleh ulangkaji pelajaran dan buat latih tubi secara berterusan. Selain tu jugak, pelajar-pelajar boleh pantau prestasi dorang dan mencapai gred yang lebih baik. Untuk pelajar yang nak uji kefahaman dorang, dekat panda.org ni ada sediakan soalan kuiz harian, ujian topikal, kertas peperiksaan dan kertas sampel jugak mengikut sukatan pelajaran sekolah tau. Senang kan bila semuanya hanya dihujung jari?
Menarik kan teknik pembelajaran macam ni? Zaman Iza dulu tak canggih macam ni, zaman sekarang kat mana-mana pun boleh belajar. Janji ada gajet dan internet. So kalau korang nak donwload apps untuk anak-anak or nak tau maklumat lebih lanjut korang boleh click link dekat bawah ni ok?
Aplikasi untuk tablet dan telefon pintar:
Website:
Facebook:
Instagram:
Thanks for reading. Till we meet again.
Assalamualaikum.