Assalamualaikum!
Hello readers. Hari ni Iza nak share dengan korang skincare baru yang Iza cuba dari Cosmoderm. Kalau korang perasan Iza ada share pasal launching produk terbaru dari Cosmoderm ni dekat Facebook dan Instagram. Cosmoderm ada buat virtual launching secara live dekat Facebook bersama-sama dengan Watsons masa tu. Banyak juga info pasal produk ni. So jom kita tengok apa dia produk baru tu.
COSMODERM SKIN LAB - PERFECT BALANCED SERIES
Kalau korang memang suka beli produk Cosmoderm korang mesti perasan produk sebelum ni ada kaler hijau, kuning, merah dan biru. Produk kali ni packaging dia warna pink yang sangat comel! Untuk PR kit yang Iza dapat ni datang sekali dengan box yang cantik ni jugak. Dalam Perfect Balanced Series ni ada 4 jenis skincare yang basic korang perlu ada iaitu cleanser, toner, moisturizer dan juga sunscreen.
Perfect Balanced Series ni menggunakan dua bahan utama iaiti Prebiotic dan juga Calamine.
Prebiotics:
Prebiotics ni adalah sebagai makanan kepada bakteria baik pada micro skin eco-system which boleh bantu meransang pertahanan semulajadi kulit. Selain tu juga, dengan adanya prebiotics juga boleh perbaiki seri pada kulit muka serta memastikan microbioame pada kulit seimbang.
Calamine:
Calamine ni macam ala-ala bedak sejuk and sangat bagus melegakan iritasi dan kegatalan. Selain tu, calamine juga boleh mengurangkan merah-merah dan minyak pada kulit serta melegakan sunburn.
PERFECT BALANCED FOAMING CLEANSER
Packaging, Tekstur dan Bau
Dengan packaging menggunakan tube, Iza rasa lebih senang untuk cleanser jenis cream macam ni and lebih hyegiene. Ye betul Iza sebut cream sebab Iza rasa teksturnya lebih creamy berbanding foaming. Untuk jadikan cleanser ni foaming Iza gosok sampai berbuih dulu baru Iza apply dekat muka. Bau memang boleh katakan macam tak ada langsung. So korang jangan any fancy smell tau. Memang sangat sesuai untuk orang yang tak sukakan bau wangi pada skincare.
Review
Bagi Iza cleanser ni consider as mild cleanser. Lepas basuh muka Iza perasan ada sikit rasa kering but not too critical tapi korang tak akan rasa tegang which is still good. Cleanser ni juga agak bagus nak bersihkan liang pori and memang akan nampak muka lebih bersih especially kalau jenis muka berminyak. Boleh buat muka rasa lebih fresh. So Iza rasa kalau korang ada sensitive skin pun maybe tak ada masalah nak pakai cleanser ni.
PERFECT BALANCED TONING LOTION
Packaging, Tekstur dan Bau
Cosmoderm gunakan packaging botol macam ni untuk toner and Iza rasa most toner pun memang guna jenis botol macam ni. Senang nak tuang kat tangan and senang juga nak tuang dekat cotton pad. Tekstur dia memang sangat watery tapi ingat, korang kena pastikan korang shake well dulu sebelum guna. Sebab dalam toner ni kan ada calamine, so bila lama-lama tekstur dia akan terbahagi dua. Toner ni pun tak ada bau juga.
Review
Lepas cleanser make sure korang terus apply toner kalau korang jenis tak tahan kulit kering. Toner dia sedikit sejuk maybe sebab Iza membayangkan macam pakai bedak sejuk tapi tak buat muka putih. Hahah. Iza hanya guna tangan je untuk apply toner ni as per mention dekat botol. Sebabkan dia watery so bagi Iza toner dia tak ada la susah sangat nak absorb.
PERFECT BALANCED SOOTHING WOW CREAM
Packaging, Tekstur dan Bau
To be honest Iza suka pakaging pump macam ni untuk moisturizer sebab lebih hyegine instead of jar yang kena ambil dengan jari or dengan spatula. Pump lagi senang dan semestinya tak akan tumpah punya. Tekstur Soothing WOW Cream ni memang creamy dan agak pekat. Fancy smell memang tak ada.
Review
Walaupun tekstur dia agak pekat dan creamy tapi Iza pakai tak rasa terlalu melekit dan rasa kulit lebih lembab lepas pakai. Untuk fully absorb takes time sikit just make sure massage thoroughly dekat seluruh muka ok?
PERFECT BALANCED MINERAL SUN MILK
Packaging, Tekstur dan Bau
Sunscreen Cosmoderm ni pun gunakan botol jenis pump jugak. Kebiasan Iza jumpa sunscreen akan guna tube so dah terbiasa nak agak banyak mana nak pakai. Tapi bila pakai pump ni kekok sikit but it’s ok. Still nice jugak cumanya untuk sunscreen yang pakai jenis pump ni rasa macam bulky sikit la. Tekstur Mineral Sun Milk ni pun sedikit creamy tapi lebih light dari WOW Cream tadi dan tak ada bau juga untuk yang ini,
Review
Macam Iza cakap, Mineral Sun Milk ni light dari WOW Cream so memang tak rasa melekit bila pakai and senang jugak nak apply. Cumanya sunscreen ni tinggalkan white cast. Untuk pastikan white cast tu tak terlalu ketara, korang perlu ratakan betul-betul sunscreen tu pada muka ok?
OVERALL REVIEW
Bagi Iza Cosmoderm Perfect Balanced Series ni just nice kalau korang baru nak cuba-cuba guna skincare. Especially kalau memang tak tau nak beli apa kan. So korang boleh grab je one set ni. Dah complete dah. Since skincare ni tak harsh pada kulit so, sensitive skin pun boleh cuba. Plus Cosmoderm Perfect Balanced ni tanpa Paraben, tanpa Fragrance, tanpa Atificial Colorant dan tanpa SLS/SLES. Skincare ni mild je, so don’t afraid to try ok? Iza dah cuba like about a week, merah-merah dekat area hidung Iza pun nampak faded and rasa kulit lebih relax sebab before this Iza try skincare macam-macam.
KAT MANA NAK BELI?
Korang boleh dapatkan Cosmoderm Perfect Balanced dekat Watsons berdekatan kornag or korang boleh beli online jugak and direct website Cosmoderm. Untuk maklumat lanjut, korang boleh check out link dekat bawah ni ya:
Website
Instagram
Facebook
Thanks for reading. Till we meet again.
Assalamualaikum.
* * *
(Disclaimer: Product was given to me by Cosmoderm to try out. All review are honest and product I’m using might goes well with my skin but not with yours.)